Resipi Mee Kuah Udang perkongsian saudara Muhamad Ismail Mohd Ali nampak sangat sedap dan menyelerakan. Malah bahan-bahan yang digunakan juga tidak sukar diperolehi. Bagi anda yang menggemari sajian mee yang berkuah sebegini, bolehlah mencuba resipi mudah ini. Pasti puas hati dan tidak menyesal dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI MEE KUAH UDANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Udang kertas laut secukupnya Kulit & kepala udang 2 biji bawang merah – hiris – beli online disini 4 ulas bawang putih – beli online disini 3-4 sudu makan cili kisar – beli online disini 6 sudu makan sup tomato – beli online disini Sawi secukupnya 1 paket mee kuning Fishcake jika suka Telur rebus Daun bawang – hiris Cili merah – hiris Air secukupnya Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Ambil kulit, kepala udang kemudian goreng. Kemudian kisar dan tapis air kisaran kulit dan kepala udang tersebut.
Ads
2. Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar.
3. Bila sudah pecah minyak, masukkan air kisaran udang tadi. Tambahkan air ikut kesesuaian nak kuah cair atau pekat.
4. Seterusnya masukkan sup tomato. Kacau sebati. 5. Bila kuah telah mendidih, masukkan udang. 6. Masukkan juga hirisan sawi, garam dan sedikit penambah perisa. Sesuaikan jumlahnya ikut selera. 7. Seterusnya masukkan mee. Sebatikan dan biar mee masak. 8. Angkat dan hidangkan Mee Kuah Udang bersama telur rebus, fishcake (jika suka), hirisan cili dan hirisan daun bawang. 9. Sedia untuk dinikmati.
Burger, Muffin, Keropok, Murtabak, Pizza dan banyak lagi menu dalam koleksi ini adalah olahan dari mi kering dan mi segera, Eh, macam tak percaya, tapi ia memang betul dan hasilnya sangat sedap. Harap inovasi ini boleh membantu anda semua berkarya menambah menu sedia ada agar ahli keluarga tidak jemu dengan mi rebus, goreng, sup atau kari. Untuk permulaan, anda boleh mulakan dengan 10 resipi yang RASA kongsikan ini untuk anda semua mencuba.
BEBOLA MI AYAM SAYUR-SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
2 keping mi kering | celur dan tos
1/2 cawan serbuk roti
1/2 cawan isi ayam rebus | carik-carik
1/2 cawan hirisan daun bayam
Sedikit hirisan cili benggala
Sedikit potongan dadu lobak merah
1 biji telur
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 Sudu teh garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng.
CARA MEMASAK:
Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati.
Keluarkan dalam mangkuk adunan, kemudian campurkan isi ayam, hirisan sayur-sayuran.
Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata.
Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
Bulat-bulatkan doh hingga habis.
Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan.
Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.
BURGER DAGING MI KERING
BAHAN-BAHAN:
UNTUK MI
3 keping mi kering | rebus dan tos
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Piring sos saiz besar | untuk acuan
BAHAN PATTY DAGING:
250gm daging kisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan serbuk roti
1/2 sudu teh garam halus
BAHAN-BAHAN LAIN:
Hirisan timun
Hirisan tomato
Tomato ceri
Beberapa keping keju
Sos cili secukupnya
Mayones secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat membentuk mi bagi mengantikan roti, pecahkan telur dalam mangkuk kemudian tambahkan garam dan perasa ayam.
Kacau rata, masukkan mi yang telah dicelur ke dalamnya, Gaul lagi.
Seterusnya masukkan campuran telur dan mi dalam piring sos saiz besar sebagai acuan.
Panaskan pengukus dan kukus lima minit.
Setelah mi membentuk seperti roti, bakar pula lebih kurang 7-10 minit supaya mi kelihatan garing keperangan. Setelah siap ketepikannya.
Untuk sediakan petty. Campurkan daging kisar, serbuk lada hitam, serbuk roti dan garam. Gaul rata hingga sebati.
Bentukkan bulat kemudian leperkannya.
Panaskan sedikit mentega di atas kuali leper kemudian goreng daging hingga keperangan lebih kurang lima minit. Jangan terlalu garing, asal masak cukup.
Untuk membuat burger. Ambil dua keping roti mi segera yang telah siap tadi. Sapukan bahagian bawah dengan sos cili, bahagian atas dengan mayones.
Lapiskan atas roti mi lapisan sos cili dengan hirisan timun dikuti, pattie kepingan keju dan tomato.
Akhir sekali lapiskan dengan satu lagi lapisan mi segera yang disapu dengan mayonies..
Burger mi siap dan sedia dihidangkan.
KEROPOK LEKOR MI DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
2 keping mi kering | celur dan tos
1 biji telur
4 sudu makan tepung ganadum
2 sudu makan tepung ubi.
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh garam halus
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan mi kering yang telah dicelur dalam mesin pengisar bersama daun ketumbar, telur, serbuk pati ayam, serbuk lada sulah dan garam.
Kisar hingga halus, kemudian tuang ke dalam mangkuk adunan.
Tambahkan dengan tepung ubi gaul rata.
Seterusnya tambah sedikit demi sedikit tepung gandum, gaul rata sehingga boleh dibentuk.
Dengan tangan yang bertepung (untuk mengelakkan adunan lekat di tangan dan papan pencanai, bentukkan adunan seperti keropok lekor. Lakukan hingga habis.
Panaskan air dalam periuk, rebus keropok lekor, apabila timbul angkat dan toskan airnya.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
Potong serong keropok kemudian goreng hingga garing.
Keropok lekor mi sedia dihidangkan bersama sos pilihan anda.
KOKTEL MI GULUNG
BAHAN-BAHAN:
10-12 biji koktel ayam
2 keping mi kering | celur dan tos
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan tepung ubi
Lidi satey secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan mi dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan garam, lada sulah dan serbuk perasa ayam. Gaul rata dan cukup rasa,
Taburkan tepung ubi atas campuran mi dan gaul rata.
Lilitkan mi pada koktel yang telah dicucuk pada lidi satey. Lakukannya hingga habis.
Panaskan minyak, goreng koktel yang telah bersalut mi hingga garing.
Angkat dan toskan minyak.
Setelah siap hidangkan bersama sos kegemaran anda.
MI SOSEJ KEJU BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 paket mi segera kari | celur dan tos
4 biji telur
1 cawan parutan kaju Mozzarella
1/2 cawan keju parmesan
1 sudu teh serbuk perasa ayam
2 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN:
4 batang sosej | hiris nipis
6 kuntum cendawan shitake | cincang
BAHAN TUMISAN:
1/2 biji bawang Holland | cincang
4 ulas bawang putih | cincang
1 paket perencah mi kari
1 sudu makan serbuk kari
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga layu.
Masukkan perencah kari bersama serbuk kari, kacau seketika masukkan sedikit air.
Apabila pecah minyak masukkan sosej dan cendawan shitake.
Gaul rata dan rasa jika kurang masin boleh tambah sedikit garam gula.
Tutup api jika sudah masak. Ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata, tambahkan dengan serbuk perasa ayam.
Kacau rata, kemudian masukkan mi yang telah dicelur tadi bersama bahan tumisan.
Kacau rata, masukkan separuh dari keju Mozzarella gaul sekata. Ketepikan.
Panaskan ketuhar, 180C.
Masukkan campuran mi kering dengan tumisan tadi ke dalam acuan aluminium foil yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Taburkan lebih Mozzarela dan parmesan di atasnya.
Bakar lebih kurang 30-40 minit.
Setelah masak dan sejuk, ia sedia dihidangkan.
MINI MUFFIN MI BALOGNES
BAHAN-BAHAN:
2 keping mi kering | celur dan tos
3 biji telur
6 kuntum cendawan shitake
150gm daging kisar
1/2 biji bawang Holland | cincang
3 ulas bawang putih | cincang halus
3 sudu makan sos balognes segera
1 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh garan
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk oregano
2 sudu makan mentega
10 biji tomato ceri | belah empat untuk hiasan
Sedikit keju parmesan
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan sos balognes, kacau rata masukkan pula daging kisar.
Kacau rata seketika kemudian masukkan cendawan shitake.
Jom masak Sambal Tumis Udang Goreng yang sedap dan mudah untuk sajian keluarga guna resipi perkongsian saudari Har Ryea. Sangat enak malah resipi ini juga tidak menggunakan banyak bahan.
Bagi anda yang sukakan sambal yang pedas, boleh guna cili kering yang pedas. Jika sebaliknya, boleh guna cili kering yang besar dan tidak pedas. Bolehlah anak-anak makan tanpa rasa risau kepedasan. Ayuh lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK SAMBAL TUMIS UDANG GORENG YANG SEDAP & MUDAH
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan udang. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
2.Panaskan minyak masak kemudian goreng. Pastikan goreng tapi tidak garing sangat.
3.Kisar bahan-bahan sambal seperti lada kering yang telah direbus, cili merah, bawang besar, bawang putih dan sedikit belacan. Sukatannya bergantung pada jumlah udang yang diguna. Jika buat sambal lebih, lebihkan bawang serta cili.
4. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar.
5.Masukkan seketul kecil gula melaka. Biarkan ia sebati dan sedikit garing bersama sambal.
6. Perasakan dengan garam dan aji dengan secukup rasa.
7. Tambah juga sedikit pes asam jawa & sedikit gula pasir. Gaul rata & biar sampai garing dan naik minyak.
8. Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul rata bersama sambal dan biarkan seketika.
9. Sambal Tumis Udang Goreng sedia untuk dinikmati.
Ikan masak asam ini boleh jadi idea buat yang buntu untuk menyediakan lauk berasaskan ikan. Penyedapnya adalah rasa masam dari asam jawa yang menyatu dengan isi ikan.
Resipi ini boleh menggunakan sebarang jenis ikan selain ikan kembung, sama ada ikan tenggiri, siakap, bawal, selar dan sebagainya.
Resipi ikan masak asam
Bahan-bahan
Ikan kembung -dibersihkan
Halia -dihiris memanjang
Bawang putih -dihiris
Bawamg merah -dihiris
Cili hijau dan cili merah -dihiris
Asam jawa atau cuka
Biji sawi (jika suka)
Air
Garam dan serbuk perasa
Timun atau tomato -dibelah
Cara memasak
1. Ikan digaul garam dan kunyit, kemudian digoreng. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang, halia dan cili hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan biji sawi (jika suka), goreng seketika lalu masukkan air asam jawa. Jika tiada boleh gunakan cuka.
4. Tambah air ikut kuantiti kuah yang diinginkan. Biarkan kuah mendidih kemudian masukkan garam, serbuk perasa dan gula.
5. Selepas cukup rasa, boleh masukkan ikan yang siap digoreng tadi. Biar ikan terendam dengan kuah. Kemudian tutup api. Hidangkan.
Tip: Lagi lama ikan terendam dengan kuah asam lagi sedap rasanya. Rasa asam dan halia akan menyerap pada isi ikan dan mengurangkan bau hanyir ikan kembung.