Jika menyebut kuih talam, siapa saja tidak menyukainya. Rasanya lemak manis memang tidak cukup sepotong. Namun membuat kuih talam ini tidak semua orang pakar. Ada yang berkali-kali membuatnya, baru menjadi. Buat yang suka sangat dengan kuih talam, bolehlah cuba buat. Ada rezeki menjadilah kuihnya boleh diberi pada jiran tetanga untuk merasa.
TALAM LABU
Bahan-bahan untuk lapisan bawah:
2 cawan labu yang telah direbus(kisar saja senang bersama santan)
1 cawan tepung gandum -BELI ONLINE DI SINI
2 sudu tepung ubi -BELI ONLINE DI SINI
1 cawan santan
1 cawan gula
secubit garam
Bahan lapisan atas:
2 cawan santan
2 cawan air suam
1/1/2 cawan tepung gandum(kalau nak keraskan sikit bahagian atas jadikan 2 cawan)
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Cara memasak:
1.Satukan semua bahan lapisan bawah kacau hingga sebati.
2.Masukkan ke dalam loyang saiz 9.
3.Panaskan terlebih dahulu pengukus bila dah panas masukkan loyang ke dalam pengukus, kukus selama 10 minit.
4.Selepas itu masukkan semua bahan lapisan atas ke dalam loyang tadi dan dikukus selama 25 minit hingga 30 minit atau sampai masak dengan api yang sederhana perlahan.
Selamat mencuba.
Kredit resipi: Mia Zareef Afiq
ADA YANG NAK MEMBELI PERIUK KUKUS, BOLEH LIHAT DI SINI.