Suka makan Kuih Seri Muka Durian? Maklumlah, tengah musim kan. Durian antara buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran ramai. Selain dimakan begitu sahaja, raja buah ni juga enak dicampur dalam pelbagai sajian. Nak cuba buat? Saudari Atier Syah ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SERI MUKA DURIAN
BAHAN LAPISAN BAWAH:
- 2 cawan pulut susu – dibasuh – beli online disini
- 2 1/2 cawan santan cair ( sy guna 1 cwn santan kotak & 1 1/2 cawan air)
- 1 sudu teh garam
- 2 helai daun pandan – simpul
- Sedikit minyak masak (kalau guna santan kotak)
CARA MEMASAK:
- Oles sedikit minyak pada loyang. Kemudian masukkan semua bahan lapisan bawah ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
- Buang daun pandan, gaul rata dan mampatkan pulut tadi.
BAHAN LAPISAN ATAS:
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan lapisan atas. Kemudian tapis dan masak di atas api perlahan sehingga naik wap. Anggaran masa lebih kurang 3 minit. Adunan kena sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
- Tuang adunan ke atas lapisan pulut tadi.
- Kukus kuih Seri Muka selama 40 minit. Buka tudung periuk kukusan dan kukus lagi selama 5 minit bagi mengeringkan air pada permukaan kuih.
- Padamkan api dan sejukkan selama beberapa jam. Potong kuih menggunakan pisau plastik untuk hasil potongan yang cantik.
- Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Atier Syah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official