Bila cuaca panas begini, enak dapat makan puding atau agar-agar sejuk. Teringin pula nak makan agar-agar cendul ni. Nikmatnya tak terkata,dengan rasa lemak manisnya.
AGAR-AGAR CENDUL
Bahan-bahan:
Lapisan cendol
10gm agar-agar tali
3 cawan air
1 cawan gula.
1 cawan santan paket
Sedikit garam
Cendul (Agak-agak saja)
Cara memasak:
1.Masak agar-agar.
2 Dah hancur masukkan gula kemudian santan. Kacau saja.
3.Dah sebati semua padam api.
4.Masukkan cendol separuh.
5.Separuh dimasukan dalam loyang/acuan.
6.Tuang agar-agar dalam acuan.
Lapisan atas
2 cawan air
3/4 cawan gula merah (Dimasak guna daun pandan.Sejukkan. Tapis. 10gm agar-agar dimasak guna 1 1/2 cawan air.
Dah hancur masuk air gula yang sudah ditapis.
Tambah 1/2 cawan susu cair/santan(tak nak tak apa)Letak sedikit garam. Mungkin lain orang lain caranya.
Sedap dimakan sejuk-sejuk.
Kredit: Badariah Abdrahman