Cuaca panas terik begini enak jika dapat meneguk air buah yang fresh.Kalau nak lebih fresh tak payah letak ais dan gula memang nikmat rasanya. Ikutlah kesukaan anda nak buat air buah apa, pilihlah buah yang mempunyai kandungan serat yang tinggi.
Air mangga
Bahan-bahan: 4 biji mangga 2 biji mangga dipotong dadu untuk topping 1 tin krimer sejat cair Saji 2 cawan susu rendah lemak Ais secukupnya (Jika suka cair boleh tambahkan kuantiti air) Gula atau susu pekat boleh nak tambah tapi akak tak guna sebab nak manis original mangga Secubit garam nak rasa lemak
Ads
Cara membuat: 1. Kisar buah mangga, susu rendah lemak, susu cair dan sedikit ais kiub sehingga sebati. 2. Tuang ke dalam gelas atau jug dan letakkan ais, tambahkan topping kiub mangga yang dipotong dadu tadi di atas sekali. 3. Sedia untuk dihidangkan.
Menerusi perkongsian saudari Khairani Binti Ismail, berliau berkongsi cara-cara membuat pulut lemang atau ketupat lemak versi homemade yang boleh masak secara cepat. Memang mudah sebab tak perlu kukus atau bakar. Hanya masak guna plastik bersesuaian yang sesuai untuk suhu tinggi dan tahan panas. Jom cuba!
RESIPI PULUT LEMANG / KETUPAT LEMAK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Beras pulut – anggaran 1 kg
Secubit garam
1 keping asam gelugur
Daun pandan – disimpul
Plastik bersesuaian – yang tahan panas & sesuai untuk haba yang tinggi
1 kotak santan
Air secukupnya
Sedikit gula – ikut citarasa. Nak abaikan pun tak apa.
CARA MEMASAK:
1. Rendam beras pulut bersama garam, asam keping dan daun pandan. Biarkan selama 5 jam. Jika guna beras pulut susu, rendam sekejap sahaja.
2. Isi beras pulut ke dalam plastik. Jangan letak penuh supaya bila dimasak, santan boleh meresap pada pulut.
Plastik aiskrim boleh digantikan dengan plastik bersesuaian yang sesuai untuk suhu tinggi dan tahan panas.
3. Cucuk lubang pada plastik pulut tadi.
4. Masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan santan dan air sehingga pulut tenggelam. Tambah sedikit gula ikut citarasa masing-masing. Tutup periuk dan tunggu hingga masak.
5. Ketupat /lemang homemade ni dah masak bila air dah kering, santan putih-putih dah tak ada dan jadi berminyak.
6. Angkat, biarkan sejuk dan bolehlah dinikmati bersama rendang.
INFO: Bila pulut hampir masak, tolak beras pulut supaya padat di dalam plastik kemudian ikat balik. ( supaya teksturnya lemak, lembut dan gebu.) Plastik aiskrim boleh digantikan dengan plastik bersesuaian yang sesuai untuk suhu tinggi dan tahan panas.
Keenakan daging panggang @ bbq ni banyak bergantung kepada sosnya. Masak daging berjus, dapat pulak sos lada hitam yang sedap melampau makin menjadilah kesedapannya. Sos lada hitam atau sos black pepper ni kalau dibuat gaya homemade lagi terjamin kebersihan dan kesedapannya.
Ada rahsianya mengapa sos ni sedap sangat. Tumiskan guna majerin, gunakan ramuan sos spageti keju, serbuk keju dan kicap lemak manis adalah antara bahan ramuan yang menjadi penyedap sos ini. Buatnya mudah sangat , jom ikut resipi yang dikongsikan oleh cikgu Afy Al Habibi ini. Memang patut ler viral…
CARA MEMASAK : 1. Panaskan 1 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja. 2. Masukkan bawang putih yang telah diracik halu , tumis hingga naik bau. kecil sahaja.
3. Masukkan 1 tin sos spageti keju seperti dalam gambar. Rasanya lain dari yang lain. Saiz tin paling kecil. Untuk kepekatan semalam cikgu tambahkan air lebih dari biasa. * Dari 1 tin sahaja sebelum ni, Cikgu Afy tambah jadi dua tin. * kacau dahulu sehingga sos dan air sebati. Jika nampak masih pekat boleh tambah lagi sedikit air*
4. Masukkan 1 sudu besar serbuk keju. Kalau takda takpa. Kacau rata.
5. Tambahkan 1 sudip kicap Jalen lemak manis. * Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. 6. Masukkan serbuk lada hitam kisar.
7. Juga masukkan satu sudu besar gula ( boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat). Kacau sebati.
8. Tutup api setelah semuanya sebati boleh dihidang bersama ayam, daging dan kambing panggang.
Pernah cuba Jeruk Limau Nipis? Pelbagai guna tau. Anda boleh menikmatinya sebagai ulam jeruk dengan cara dimakan bersama nasi, boleh dicampur dalam masakan Acar Buah malah boleh juga dicampur ke dalam minuman bersama sedikit madu. Sedap…. Bagi anda yang nak cuba, saudari Ami Sue Haji Sanusi ada kongsikan cara-caranya.
CARA MEMASAK: 1. Basuh limau, lenyek-lenyekkan supaya lembut dan belah 4.
2. Panaskan air dalam periuk, rebus sekejap limau sehingga bertukar warna. Kemudian masukkan air baru, rebus sekali lagi, namun jangan rebus lama. 3. Angkat limau tadi dan toskan dulu. Biar sejuk sedikit.
4. Masukkan garam kasar ke dalam limau yang dibelah tadi. Sukatannya anggaran lebih kurang 1/2 sudu kecil untuk setiap biji.
5. Ambil gula pasir, larutkan dengan 1 cawan air mendidih dan biarkan sejuk dahulu. 6. Sediakan juga 1 cawan cuka makan. 7. Masukkan limau yang sudah diisi garam ke dalam balang. Susun elok-elok. 8. Tuang cuka dan air gula yang sudah sejuk ke dalam balang berselang seli sehingga habis. 9. Peram @ jerukkan limau selama 3 minggu hingga 1bulan. Selepas itu, bolehlah dimakan.
10. Selepas 1 bulan boleh simpan Jeruk Limau Nipis dalam peti sejuk supaya ia boleh tahan lama.
INFO:
Jeruk Limau Nipis ini boleh dibuat ulam jeruk yang dimakan bersama nasi panas, dicampur dalam Acar Buah dan boleh dibuat air yang dicampur dengan ais dan sedikit madu.
Limau perlu dilenyek bukan sekadar untuk melembutkan tetapi ia juga bagi mengeluarkan air pahit pada kulit limau.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!