Lemak Manis Air Mangga Memang Terasa Nikmat

Share

Cuaca panas terik begini enak jika dapat meneguk air buah yang fresh.Kalau nak lebih fresh tak payah letak ais dan gula memang nikmat rasanya. Ikutlah kesukaan anda nak buat air buah apa, pilihlah buah yang mempunyai kandungan serat yang tinggi.

Air mangga

Bahan-bahan:
4 biji mangga
2 biji mangga dipotong dadu untuk topping
1 tin krimer sejat cair Saji
2 cawan susu rendah lemak
Ais secukupnya (Jika suka cair boleh tambahkan kuantiti air)
Gula atau susu pekat boleh nak tambah tapi akak tak guna sebab nak manis original mangga
Secubit garam nak rasa lemak

Cara membuat:
1. Kisar buah mangga, susu rendah lemak, susu cair dan sedikit ais kiub sehingga sebati.


2. Tuang ke dalam gelas atau jug dan letakkan ais, tambahkan topping kiub mangga yang dipotong dadu tadi di atas sekali.
3. Sedia untuk dihidangkan.


Kredit: Shidah Asmuni

Published by
Putri Adila Saari