Siapa pernah merasa kuih kalakatar ni? Memang sedap dan berlemak. Sekali rasa gerenti nak lagi. Jom kita buat sendiri ikut resipi dikongsi oleh Arbainah Said. Boleh menggunakan loyang bersaiz 9x9x3′. Nak berlemak boleh saja tambah santan iaitu satu cawan santan kara dan tiga cawan air kelapa. Selamat mencuba.
KUIH KALAKATAR Bahan-bahan: 4 cawan air kelapa muda 4 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1 ¾ cawan gula pasir (Kalau nak manis lebihkan gula) 1 sudu kecil garam halus 1 biji telur Isi kelapa muda (asingkan)
Cara memasak: 1.Campurkan semua bahan-bahan di atas, kemudian tapis.
Ads
2.Masukkan isi kelapa muda,kacau rata.Sapu minyak pada loyang. 3.Masukkan adunan ke dalam oven. 4.Panaskan oven terlebih dahulu. 5.Bakar dalam suhu 180C selama satu jam. 6.Guna api atas bawah,tambah 20 minit api atas sahaja,untuk garing kan permukaan atas.
Salah satu hidangan lauk yang dicari-cari ketika kenduri kahwin adalah pajeri nanas. Sedap kan pajeri nanas ni. Bukan makan dengan nasi minyak je sedap. Makan dengan nasi putih pun sedap. Jom try buat pajeri nanas. Aroma wangi dan rasanya yang pedas-pedas manis memang membangkitkan selera.
PAJERI NANAS TERUNG
BAHAN KISAR
• Bawang besar
• Bawang putih
• Halia
BAHAN REMPAH
• Rempah daging
• Kerisik
• Santan
• Rempah 4 beradik
• Daun kari
• Gula
• Garam
BAHAN ASAS
• Terung
• Nanas
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan Kisar. Kemudian masukkan Bahan Rempah.
2. Tumis sampai rempah agak-agak masak. Masukkan terung.
3. Apabila terung hampir masak bolehlah masukkan nanas.
4. Pajeri dimasak ikut cita rasa masing-masing. Ada yang suka manis ada yg nak kurang manis. Jadi pandai-pandai la ya agak gula.
Kuetiau goreng basah ini selalu jadi hidangan waktu malam tapi kalau tak kena cara membuatnya memang tak menjadi. Boleh lembik dan hancur, memang takde rupa kuetiau jadinya.
Supaya hidangan yang diingini menjadi, boleh ikut resipi ini. Kuahnya tak terlalu banyak tapi cukup membasahi setiap helai kuetiau, pekat, pedas dan sedap.
Resipi ini juga fleksibel. Nak letak udang, ayam, atau kekal dengan fishball dan fishcake saja pun dah cukup sedap. Paling penting, tumisan cili mesti masak sampai pecah minyak supaya rasa benar-benar padu.
Resipi Kuetiau Goreng Basah
Bahan-Bahan
1 bungkus kuetiau
1 labu bawang besar – ditumbuk
3 ulas bawang putih – ditumbuk
4 sudu makan cili kisar atau cili boh
Fishball dan fishcake secukupnya – dihiris nipis
Udang atau ayam (jika suka)
3 biji telur
2 cawan air
5 sudu makan kicap manis (mudim + habhal)
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sos tiram (jika ada)
Garam, gula (disyorkan guna gula perang), serbuk cukup rasa/serbuk hilal
Tauge dan kucai secukupnya – dicuci bersih
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang ditumbuk hingga wangi dan kekuningan.
2. Masukkan fishball dan fishcake, goreng seketika hingga naik bau.
3. Tambahkan cili kisar, tumis hingga benar-benar pecah minyak.
4. Bila cili dah masak, masukkan udang atau ayam jika ada, bersama 2 cawan air.
5. Masukkan kicap manis, sos cili, sos tomato dan sos tiram (jika guna). Kacau sebati dan biar mendidih.
6. Perasakan dengan garam, gula perang dan serbuk hilal secukup rasa. Hati-hati letak garam jika dah guna sos tiram.
7. Pecahkan telur satu per satu ke dalam kuah yang mendidih, biarkan seketika tanpa kacau untuk hasil telur yang cantik dan gebu.
8. Masukkan kuetiau yang telah dibasuh bersih. Gaul perlahan-lahan supaya tidak hancur.
9. Jika suka lebih kuah, boleh tambah sedikit air. Boleh tambah lagi sedikit kicap untuk warna lebih gelap.
10. Akhir sekali, masukkan kucai dan tauge. Gaul perlahan, masak seketika dan sedia dihidang.
Tip Ekstra
Kuetiau mudah hancur jika terlebih kacau. Gaul perlahan dengan api kecil untuk tekstur lembut dan tidak berderai.
Telur pecah dalam kuah panas tanpa dikacau akan beri tekstur telur yang lembut dan lebih sedap.
Boleh tambah hirisan cili merah atau cili padi jika suka lebih pedas.
Bagi anda yang suka makan hidangan barat, boleh cuba buat sendiri Creme Meatball ni. Istimewanya resipi ni ajar anda buat bebola daging hinggalah ke penyediaan sos. Mudah. Tak perlu lagi beli bebola daging sejuk beku. Jom cuba. Anda pasti suka.
CREME MEATBALL
BAHAN MEATBALL:
300gm daging kisar
1/2cawan serbuk roti
Sedikit hirisan daun parsli
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
BAHAN SOS:
2 sudu makan mentega
1 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan krim masam
1/2cawan susu rendah lemak
2 sudu makan serbuk keju parmesan
2 ulas bawang putih – ketuk kasar
1 mangkuk air
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan meatball, masukkan daging cincang dalam mangkuk dan campurkan serbuk roti, telur, serbuk lada hitam, hirisan daun parsli, garam dan serbuk pati ayam. Gaul rata.
Cubit doh, bulatkan dan golek dalam bekas berisi tepung gandum. Ulang langkah hingga habis adunan.
Panaskan minyak, goreng meatball hingga habis, Ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan mentega, kemudian masukkan bawang putih dan sedikit air. Biarkan hingga bawang agak garing.
Keluarkan bawang putih, masukkan tepung. Kacau hingga keperangan.
Masukkan krim masam dan kacau lagi hingga sebati.
Tambahkan susu rendah lemak. Setelah mereneh, kecilkan api.
Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan serbuk pati ayam. Kacau rata.
Masukkan meatball yang telah digoreng tadi ke dalam sos.
Taburkan serbuk keju parmesan diikuti hirisan daun parsli.
Padamkan api. Creme Meatball sedia untuk dihidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!