Lemak Manis Kuih Kalakatar Ni Memang Ketagih Nak Makan

Share

Siapa pernah merasa kuih kalakatar ni? Memang sedap dan berlemak. Sekali rasa gerenti nak lagi. Jom kita buat sendiri ikut resipi dikongsi oleh Arbainah Said. Boleh menggunakan loyang bersaiz 9x9x3′. Nak berlemak boleh saja tambah santan iaitu satu cawan santan kara dan tiga cawan air kelapa. Selamat mencuba.

KUIH KALAKATAR
Bahan-bahan:
4 cawan air kelapa muda
4 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
1 ¾ cawan gula pasir
(Kalau nak manis lebihkan gula)
1 sudu kecil garam halus
1 biji telur
Isi kelapa muda (asingkan)

Cara memasak:
1.Campurkan semua bahan-bahan di atas, kemudian tapis.

2.Masukkan isi kelapa muda,kacau rata.Sapu minyak pada loyang.
3.Masukkan adunan ke dalam oven.


4.Panaskan oven terlebih dahulu.
5.Bakar dalam suhu 180C selama satu jam.
6.Guna api atas bawah,tambah 20 minit api atas sahaja,untuk garing kan permukaan atas.

Kredit: Arbainah Said

IKLAN