Lemak Manis, Memang Sedap. Resipi Kuih Talam Pandan Versi Acuan

Share

Bagi penggemar Kuih Talam Pandan, resipi dari saudari Zura Zul ini anda patut cuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan namun rasanya sangat enak. Jika anda merasakan kuih ini susah disediakan, anda patut ubah tanggapan. Dengan resipi ini, pandangan anda pasti berubah. Mudah sangat! Jom cuba. Anda pasti kagum dengan hasilnya.

 

CARA MEMBUAT KUIH TALAM PANDAN GUNA ACUAN LOMPANG

BAHAN LAPISAN BAWAH:
1 1/2 cawan tepung gandumbeli online disini
1/2 cawan tepung ubi beli online disini


1 cawan gula beli online disini
8 – 10 helai daun pandan
3 cawan air
1 kotak kecil santan kara (nak guna santan kelapa pun boleh) beli online disini
Secubit garam

BAHAN LAPISAN ATAS:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 kotak kecik santan kara (brand lain pun boleh)
3 cawan air
Sedikit garam

 

Dapatkan PRIMADA MIRCOCOMPUTER RICE COOKER dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:

1. Untuk lapisan bawah, kisar daun pandan dengan air kemudian tapis.
2.Tuang air kisaran daun pandan tadi ke dalam bekas berisi semua tepung, santan dan juga garam.
3. Kacau rata semuanya hingga sebati. Kemudian tapis ke dalam bekas lain.
4. Ambil acuan lompang dan sapu sedikit minyak.
5. Tuang sesudu besar atau lebih sedikit (sudu sukatan metrik) adunan pandan ke dalam acuan lompang saiz besar dan kukus selama 10 minit menggunakan api sederhana.


6. Sediakan bahan untuk lapisan keatas. Satukan semua bahan, kacau sebati kemudian tapis.
7. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, tuang 1 sudu besar atau lebih sedikit adunan lapisan atas ke dalam acuan tadi.

8. Kukus kembali selama 15 – 20 minit.


9. Kuih Talam Pandan siap disediakan dan tunggu kuih sejuk terlebih dahulu baru dikeluarkan dari acuan.

NOTA: Untuk kuih ini, ikut suka nak tuang sama ada yang putih atau yang hijau terlebih dahulu.

Jika nak kukus dalam loyang yang bersaiz 10×10, alas loyang dengan plastik. Kukus lapisan pertama selama 20 minit. Bila sudah masak, tuang lapisan kedua dan kukus lagi selama 20 minit.

 

Kredit resipi & foto: Zura Zul

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur