Manisan Thai banyak menggunakan beras pulut. Antara yang popular adalah seperti Pulut Mangga, Pulut Nangka, Pulut Durian dan banyak lagi. Semuanya memang ada peminat  tersendiri. Pulut lembut yang dihidangkan bersama kuah santan manis serta hirisan buah-buahan segar. Sedapnya! Terasa nak makan pulut? Jom cuba resipi ni.

PULUT HITAM, MANGGA & PISANG THAILAND

Resipi Pulut Hitam Mangga Thailand Paling Mudah & Sedap!

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji mangga | hiris
  • 2 biji pisang berangan | belah dua dan hiris
  • 250 gm beras pulut  hitam | rendam sekurang-kurangnya 1 jam

BAHAN SOS SANTAN:

  • 150 ml santan
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 150 ml air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu kecil tepung jagung | larutkan dengan sedikit air 

CARA MEMASAK :

  1. Masak pulut hitam hingga masak menggunakan periuk elektrik biasa. Jika agak berderai tampah air. Hingga tekstur pulut hitam lembut.  Setelah masak, ketepikan.
  2. Sementara itu sediakan sos santan, campurkan semua bahan, kacau rata dan cukup rasa.
  3. Kemudian didihkan atas api sederhana bersama daun pandan hingga mendidih.
  4. Cara menghidang, masukkan pulut  hitam, mangga dan pisang dalam mangkuk daun pisang yang telah disediakan.
  5. Tuangkan sos santan di atasnya dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Pulut hitam boleh juga dikukus tetapi ia perlu direndam sekurang-kurangnya empat jam kerana pulut hitam agak keras dan berderai tekstur bila dimasak.

Ads

 

 

Ads

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI