
Resipi Belebat Ubi Keledek Oren Ungu perkongsian opah Mas Cotek ni memang terbaik. Melihat gambarnya sahaja sudah dapat membayangkan rasanya yang sedap dan membuka selera. Bagi anda yang dah lama tak makan kuih tradisional, resipi ni tentunya perlu dicuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK BELEBAT UBI KELEDEK

BAHAN-BAHAN:
- 1 ketul ubi keledek oren (anggaran 200gm)
- 1 ketul ubi keledek ungu (anggaran 200gm)
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan gula
- 4 cawan santan
- 1/2 sudu teh garam
- Daun pisang secukupnya untuk membungkus (ukuran daun guna 4×6″)
CARA MEMASAK:
1. Ubi keledek dibersihkan, dipotong dadu kemudian dikukus sehingga empuk.
2. Satukan tepung beras, santan, gula dan garam. Kacau sebati. Guna api perlahan, masak adunan sehingga pekat dan berkilat.
3. Padamkan api dan masukkan keledek. Angkat dan ketepikan adunan.
4. Sediakan daun pisang, sudukan 2 sudu makan adunan belebat, bungkus dan kemaskan.

5. Susun bungkusan Belebat Ubi dalam periuk dan kukus selama 10 minit menggunakan api perlahan.

6. Angkat kuih dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mas Cotek
JOM CUBA RESIPI LAIN:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
3 Resipi Roti Ringkas & Sedap Boleh Buat Sendiri, Sedap & Mudah.

Kalau anak-anak korang suka sarapan dengan roti, korang mesti cuba resipi yang ringkas dan senang ni, kalau ada mesin pembuat roti lagi senang. Pejam je mata, gerenti jadi ye. Apapun tiga menu roti yang dikongsikan ini sangat sedap dan shat. Ia bukan hanya sedap untuk sarapan tetapi juga sesuai untuk dijadikan bekal.

BUTTER ROLLS
BAHAN-BAHAN
- 300gm tepung gandum berprotein tinggi
- 15gm susu tepung
- 40gm gula pasir
- 204gm campuran kuning telur dengan susu cair | sejukkan
- 3gm garam halus
- 4gm yis segera
- 50gm mentega tanpa garam
BAHAN SAMPINGAN:
- 3 sudu makan bijan hitam | sangai
- Mentega tanpa garam
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung gandum, susu tepung, gula, garam dan campuran susu dengan telur.
2. Adun hingga sebati, masukkan bijan, yis segera dan mentega.
3. Uli lagi hingga sebati, kemudian biarkan doh mengembang lebih kurang 45 minit- 1 jam.
4. Timbang adaunan ikut kesesuaian, bulat-bulatkan dan rehatkan 10 minit lai.
5. Canai memanjang dan gulung, kemudian susun dalam loyang pembakar.
6. Biarkankan roti mengembang sekali ganda saiz asal.
7. Panaskan ketuhar180-190 C atau ikut kesesuaian ketuhar masing-masing.
8. Oleskan atas roti dengan dengan telur kuning yang dibancuh dengan susu dengan nisbah campuran 1:1.
9. Bakar lebih kurang 15 minit. Selepas masak sapurkan pula dengan mentega semasa panas-panas.
10. Roti sedia dihidangkan.
Recipe: @icenguik

ROTI SOBEK ISI KEJU
BAHAN-BAHAN:
ROTI:
- 250gm tepung gandum protein tinggi
- 10gm susu tepung
- 35gm mentega
- 40gm gula pasir
- 2 biji kuning telur | kacau
- 150m susu cair sejuk
- 4gm yis segera
INTI:
- Butter cream secukupnya
- Keju parut secukupnya
CARA MEMASAK:
- Camprkan Telur dengan susu cair, kacau rata. Ketepikan.
- Campurkan tepung gandum, susu tepung, yis dan gula pasir, gau rata.
- Tambahkan campuran susu sedikit demi sedikit sambil uli sampai adunan sebati dan tak melekat pada mangkuk adunan atau tangan.
- Masukkan mentega, uli lagi hingga betul-betul sebati.
- Tutup adunan dengan plastic atau kain lembab. Biarkan 30 minit atau adunan mengembang dua kali ganda.
- Timbang lebih kurang 20gm, bulat-bulatkan dan isi dalam loyang yang disapurkan mentega.
- Biarkan satu jam atau hingga mengembang.
- Sementara itu panaskan ketuhar dengan suhu 180C, bakar roti selama 15-20 minit atau hingga masak.
- Angkat dan oleskan permukaan dengan mentega semasa panas-panas.
- Setelah sejk belah tengah roti dan masukkan keju parut.
- Roti sedia dihidangkan.
Oleh @manty_ravika

ROTI MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 30gm susu tepung full cream
- 29g tepung gandum protein tinggi
- 40gm gula pasir
- 1/4 garam
- 1/2 sudu yis segera
- 200gm campuran 1 kuning telur + susu full cream
- 30gm mentega
BAHAN ISIAN:
- Keju Cheddar parut
- Coklat aurai
CARA MEMASAK:
- Campurkan susu tepung, tepung gandum, gula, garam dan yis segera.
- Tuangkan bancuhan telur dengan susu sedikit demi sedikit sambil uli hingga doh tidaka melekat pada tangan dan mangkuk adunan.
- Masukkan mentega, uli lagi hingga sebati.
- Rehatkan adunan 50 minit ke 1 jam atau sampai doh kembang dua kali ganda.
- Bulat-bulatkan doh anggaran 60,gm atau ikut cita rasa., kemudian rehatkan 10 minit.
- Masukkan inti dan tutup semula. Susun dalam loyang pembakar.
- Rehatkan adunan 30-40 minit lagi atau hingga kembang dan ringaa.
- Sementara itu panaskan ketuhar dengan suhu 180 C.
- Bakar roti selama 25 minit atau hingga roti masak dan betukar warna keperangan bahaian atasnya.
- Setelah sejuk roti sedia dihidangkan.
.@shirleyliem
Meriah Warna Apam Susu Ni Buat Teringin Nak Makan

Kuih apam memang menjadi kegemaran ramai. Bukan hanya sedap dimakan ketika minum petang, bila-bila masa pun boleh menikmatinya. Jom kita cuba buat apam susu. Selain rasanya yang sedap, ia mudah. Sudah pasti mereka yang kurang mahir akan tertarik membuatnya.
Bahan-bahan:
4 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila – BELI ONLINE DI SINI
1 sudu besar ovalet -BELI ONLINE DI SINI
4 sudu besar susu pekat -BELI ONLINE DI SINI
2 cawan tepung gandum -BELI ONLINE DI SINI
1 cawan gula
Pewarna
Cara memasak:
1.Pukul telur, vanila, ovalet, gula sampai kembang gebu dan putih.
2.Masuk susu pekat dan kembali pukul.
3.Masuk tepung dan kacau sampai sebati.
4.Kalau nak warnakan bahagikan kepada beberapa bahagian.Warnakan sesuka hati mengikut citarasa anda.
5.Akhir sekali, kukus kek apam susu anda selama empat puluh lima minit atau sampai masak.
Kredit : Dia Adila
#mahn
INGIN DAPATKAN PERALATAN RUMAH, BOLEH BELI DI SINI
https://www.rasa.my/resipi-odading-dari-indonesia-ni-memang-sedap-patutlah-viral/
Sajian Terbaik 4 Aneka Nasi Arab dan Mediterranean Paling Sedap

Nasi iaitu dari beras basmathi boleh dimasak dengan pelbagai cara masakan. Lebih-lebih lagi nasi dari negara Arab mahupun Mediterranean.
Kalau masak guna basmathi tu jangan lupa direndam dahulu sekurang-kurangnya setengah jam sebelum memasak. Barulah gebu nasi tu.
Ni min kongsikan 4 resipi Nasi dari negara Yemen, Turki, Palestin dan Mesir. Boleh jadikan juadah raya.
1. NASI DAGING YEMEN

BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging | potong kiub besar
- 4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
- 2 biji bawang besar | mayang halus
- 4 cawan air rebusan daging
- 3 sudu makan mentega/minyak sapi
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu teh air rendaman safron
- 1 sudu teh jus lemon
- 2 helai daun bay leaf
- 1 sudu teh biji lada hitam
- 5 ulas bawang putih
- Garam dan gula perang secukupnya
- Bawang goreng dan kismis secukupnya
- Air secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- 4 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia |kisar
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging bersama bay leaf, lada hitam dan bawang putih hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B dan bawang besar yang dimayang halus hingga wangi.
3. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis bersama sedikit air lalu teruskan menumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan daging. Masukkan beras, garam dan gula perang secukup rasa. Tanak hingga masak.
5. Tuang air rendaman safron dan jus lemon ke dalam nasi. Kacau sebati.
6. Tambah bawang goreng dan kismis jika suka.
7. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Yemen
Keistimewaan : Penuh perisa
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Tidak perlu masak lauk lain kerana sudah terdapat daging di dalam nasi.
2. NASI KOSHARY RINGKAS (MESIR)

BAHAN-BAHAN A:
- 4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
- 4 cawan air rebusan ayam/daging
- ½ cawan tomato puri
- ½ cawan kacang dhal | rebus hingga empuk
- 1 sudu teh air rendaman safron/pewarna kuning
- Garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
- 2 sudu makan minyak sapi
- 4 ulas bawang merah |mayang halus
- 2 ulas bawang putih | mayang halus
- 4 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan B hingga wangi.
2. Masukkan beras, tomato puri dan air rebusan ayam/daging.
3. Tambah garam, lada sulah, lada hitam dan tanak hingga nasi masak.
4. Renjiskan air rendaman safron/pewarna kuning dan gaul rata.
5. Gemburkan nasi sebelum dihidangkan bersama lauk-pauk yang bersesuaian.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Mesir
Keistimewaan : Penuh perisa dan lemak
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Jika ikut resipi asli dari Mesir mereka akan menambah ½ cawan kacang kuda dan ½ cawan makaroni ketika nasi sedang mendidih. Kacang kuda direndam dulu.
3. NASI TURKI KAMBING

BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi | basuh & toskan
- 2 cawan air rebusan daging kambing
- 2 cawan susu cair
- 300gm daging kambing | potong dadu sederhana & rebus empuk
- 2 biji ubi kentang |belah empat
- 2 biji tomato | potong bulat
- 1 batang lobak merah |potong bulat
- 3 sudu makan minyak sapi
- Garam secukup rasa
- Kismis & bawang goreng | untuk hiasan
- 2 – 3 biji telur rebus | pilihan
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2 sudu teh jintan putih
BAHAN-BAHAN C:
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan B dan C hingga wangi dan naik bau.
2. Masukkan daging kambing berserta air rebusan, susu cair, beras, garam, ubi kentang dan lobak merah lalu didihkan hingga nasi tanak.
3. Gemburkan nasi menggunakan garpu dan ratakan.
4. Jika suka boleh tambah 2-3 biji telur yang telah direbus ketika cecair telah sejat dan gaulkan sebati. Tabur dengan kismis dan bawang goreng.
5. Angkat dan sedia dinikmati
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Turki
Keistimewaan : Rasa daging kambing
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Enak jika dihidangkan bersama sup dan salad sayuran sebagai tambahan.
4. Nasi Maqlubah Kambing (PALESTIN & SYRIA)

BAHAN-BAHAN :
- 1 kg beras basmathi /basuh dan rendam setengah jam
- 2 kg daging kambing /dipotong kiub 2 inchi@ 5 sm
- 4 sudu makan rempah Maqlubah
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 2 liter air stok daging
- 2 biji bawang besar /dimayang
- 10 ulas bawang putih/ diketuk
- 2 batang kayu manis
- 10 biji bunga cengkih
- 10 biji buah pelaga
- 5 biji cili hijau / potong 1 inci@ 2.5 sm
- 3 biji lobak merah /dihiris dan goreng kuning keemasan
- 3 biji terung panjang /dipotong bulat 1 sm, digoreng kuning keemasan
- 6 biji kentang / dipotong bulat 1 sm , digoreng kuning keemasan
- 300 gm kubis bunga/ dipotong, digoreng kuning keemasan
- 1/2 cawan minyak masak
- 4 sudu makan minyak sapi
- 1 sudu makan garam halus
Bahan hiasan :
- Beberapa hiris tomato
- Beberapa helai daun pudina
- Beberapa hiris lemon
CARA MEMASAK :
1. Daging kambing direbus selama 30 minit, dan ambil air stoknya.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk.
3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
4. Masukkan cili hijau bersama rempah ratus kayu manis, cengkih, pelaga, tumis hingga naik bau.
5. Masukkan rempah maqlubah dan serbuk lada hitam . Tumis hingga pecah minyak.
6. Masukkan air rebusan daging kambing dan masukkan garam halus
7. Didih dengan api perlahan selama 45 minit. Angkat asingkan kambing dan masukkan pula beras.
8. Kacau dan ratakan beras, laraskan sukatan air kira-kira 40 mm melebihi paras beras.
9. Biarkan mendidih dengan api sederhana dan tutup api sebelum kering.
10. Sediakan periuk lain, masukkan satu sudu makan minyak masak.
11. Masukkan satu senduk daging kambing, masukkan satu lapisan sayuran yang telah digoreng tadi diikuti satu lapisan beras. Lapiskan sayur, daging dan beras secara berselang seli.
12. Setelah semua dimasukkan keringkan nasi menggunakan api paling kecil selama 20 minit.
13. Setelah masak ambil dulang dan tutup periuk menggunakan dulang. Angkat periuk dan terbalikkan atas dulang tadi dan ketuk perlahan-lahan bahagian luar periuk.
14. Tarik periuk keluar perlahan-lahan dan hiaskan nasi dengan hirisan lemon, daun pudina dan tomato.
Saiz hidangan : 8 -10 orang
Waktu memasak : 1 jam 45 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Nasi Arab Palestin dan Syria
Keistimewaan : Berbeza dengan nasi Arab yang lain, nasi Maqlubah menggunakan sayur goreng sebagai ramuan.
Anggaran kos : RM 70
INFO CHEF : Nasi Maqlubah adalah sajian Arab yang terkenal di Palestin dan Syria. Campuran daging dan sayur menjadikan ia sajian nutrisi lengkap berempah dan lazat.

