Resipi Puteri Ayu Jagung ni semestinya perlu anda cuba. Kalau biasanya makan Puteri Ayu perisa pandan, kali ini ubah suai selera dengan menggunakan perasa jagung. Lagi sedap! Lain dari yang lain. Bagi yang nak cuba, sukatan cawan yang digunakan pula adalah cawan minum teh yang bersaiz 200ml. Ha..Mudah lah nak agak nanti kan? Jom lah cuba resipi perkongsian saudari Zurina Kifli ni. Pasti puas hati dengan rasanya.
Sedikit coklat rice untuk letak dalam adunan atau kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam dan 1 sudu tepung ubi untuk isi dalam dasar acuan.
CARA MEMASAK:
1.Panaskan pengukus sementara nak mula mengadun.
2.Dengan kelajuan perlahan, putar telur hingga berbuih halus.
3. Masukkan gula dan ovalette. Apabila ovalette sudah sebati, naikkan ke kelajuan paling tinggi.
4. Putar dengan kelajuan ‘high speed’ hingga adunan telur naik sehabis tinggi dan kelihatan gebu bertanduk, lebih kurang 10 hingga 15 minit.
5. Perlahankan mixer ke no 2, masukkan minyak, bahan kisar dan pewarna.
Ads
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus diadun sebati. Pada masa yang sama, sisip adunan yang melekat pada tepi mangkuk adunan dan kacau biar sebati.
7. Matikan mixer, kacau adunan biar sebati. Boleh terus kukus atau rehatkan adunan 30 minit hingga 1 jam untuk hasil kuih yang lebih cantik.
8. Ambil acuan Kuih Puteri ayu, oles minyak dan isi kelapa dalam acuan. Kukus sekejap acuan berisi kelapa agar kelapa tidak mudah masam dan kuih tahan lama.
9. Kemudian isikan adunan separas acuan.
10. Kukus semula kuih guna api sederhana selama 7 -10 minit ikut saiz acuan.
11. Keluarkan acuan dari pengukus kemudian picit tepi acuan supaya kuih lekang dari acuan dan mudah tanggal. Puteri Ayu Jagung siap disediakan.
NOTA:
Ads
Untuk Puteri Ayu Jagung Coklat Rice, masukkan coklat rice ke dalam adunan dan kacau sebelum isi adunan ke dalam acuan kuih.
Setelah masukkan bahan kisar dan tepung, jangan adun terlalu lama. Cukup sekadar semua bahan sebati.
Adunan Lempeng Pisang perkongsian saudari Eniza M. Salim nampak sedap dan gebu. Makan panas-panas di waktu pagi atau petang, memang terbaik. Bahan-bahannya ringkas sahaja malah nak masaknya pun cukup mudah. Boleh guna pisang emas. Namun jika tiada, anda boleh sahaja guna mana-mana jenis pisang yang ada. Paling penting, masak sempurna. Barulah sedap lempeng anda masak nanti. Terasa nak makan Lempeng Pisang yang sedap, wangi dan beraroma? Nah..resipi ni sangat sesuai anda cuba. Pasti puas hati dengan hasilnya.
Kalau selalu kita makan kuih tepung pelita, kali ni cuba pula versi unik Kuih Pelita Sagu! Gabungan tekstur sagu yang kenyal dan manis lemak bersama lapisan kastard memang cukup seimbang. Kuih tradisional ini bukan saja cantik, tapi lagi sedap bila dihidang sejuk setiap suapan terasa nikmat dan lembut di tekak.
Resipi Kuih Pelita Sagu, Sedap Makan Sejuk Sejuk
Bahan Lapisan Bawah
Sagu secukupnya
Daun pandan (disimpul)
Pewarna merah
Gula secukupnya
Air secukupnya
Kelongsong daun pandan
Cara Penyediaan Lapisan Bawah
Rendam sagu bersama pewarna merah sehingga kembang.
Masukkan ke dalam periuk bersama daun pandan, gula dan air.
Masak dengan api sederhana hingga sagu betul-betul masak dan menjadi jernih.
Tutup api dan terus masukkan sagu ke dalam kelongsong daun pandan. Padatkan sedikit supaya terbentuk kemas.
Bahan Lapisan Atas
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan santan pekat
2 sudu besar gula
Secubit garam
1 biji telur
Cara Penyediaan
Satukan semua bahan dalam periuk dan kacau hingga sebati.
Masak atas api sederhana sambil kacau sampai adunan likat dan masak sempurna.
Tuang adunan ke dalam blender dan kisar sekejap supaya lebih halus dan licin.
Tuang ke atas lapisan sagu yang telah siap dimasak tadi.
Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dihidang.
Tip Buat Kuih Pelita Sagu Yang Sempurna
Untuk hasil lebih wangi, gunakan santan segar dan daun pandan asli.
Kalau nak warna lebih menarik, boleh guna pewarna hijau pandan atau ungu lembut.
Kuih Pelita Sagu ini lebih sedap dinikmati sejuk, jadi simpan seketika dalam peti ais sebelum dihidang.
Tidak lengkap rasanya jika sesuatu hidangan tanpa pencuci mulut. Terdapat pelbagai jenis manisan yang enak untuk hidangan keluarga mahu pun tetamu yang datang bertamu. Jika tercari-cari apa menu, ini ada tiga resipi dessert yang mudah disediakan yang boleh anda cuba.
PUDING TRIFLE RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN:
1kg isi rambutan yang siap dihiris | Tapis air rambutan tadi dan asingkan ke dalam mangkuk lain
1 biji kek swiss roll | dipotong setebal 2cm
BAHAN LAPISAN KASTARD :
1cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air (sukat pakai tin susu tadi)
BAHAN LAPISAN AGAR-AGAR:
11gm agar-agar serbuk
800gm air
5 sudu makan gula
Sedikit pewarna merah
CARA MEMASAK:
Pertama, potong kek swiss roll dan masukkan ke dasar mangkuk. Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk. Tekan sedikit bagi padat.
Siram atau renjiskan air rambutan yang telah diasingkan tadi di atas kek. Ia bertujuan supaya kek lebih lembap. Ketepikan.
Masakkan semua bahan untuk lapisan kastard sehingga pekat dengan api kecil.
Susun separuh hirisan isi rambutan di atas kek dan tuang adunan kastard di atas lapisan rambutan tadi. Ketepikan.
Untuk memasak agar-agar; satukan agar-agar , air dan gula serta masak hingga ia hancur. Masukkan sedikit pewarna merah. Angkat dan ketepikan.
Susun baki hirisan rambutan di atas lapisan kastard tadi dan tuang adunan agar-agar di atas lapisan rambutan tersebut.
Biarkan ia sejuk dan sedia dinikmati.
SAGU NANGKA GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
5 ulas nangka masak | hiris nipis
1 cawan biji sagu
2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Sedikit pewarna kuning
BAHAN AIR GULA:
2 ketul gula melaka
1 cawan air
2sudu makan gula pasir
1 helai daun pandan
BAHAN KUAH SANTAN:
1 cawan santan
1/2 cawan air
1/2sudu teh garam
3 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
Rendamkan biji sagu selama 1/2 jam kemudian toskan airnya.
Masak air sehingga mendidih dan masukkan sagu tadi dan masak sehingga bertukar jernih atau hilang biji-biji putih. Tutup api biarkan sejuk (suam) sedikit. Bahagikan kepada dua adunan dan satu adunan dititiskan dengan pewarna kuning.
Susun nangka ke dalam acuan dan masukkan sagu yang suam tadi. Ketepikan.
Untuk memasak air gula; satukan gula Melaka, air, gula pasir dan daun pandan di dalam periuk an masak hingga gula hancur. Angkat dan ketepikan.
Untuk memasak kuah santan; satukan santan dan air di dalam periuk. Masakkan di atas api dan kacau sehingga menggelegak. Masukkan tepung gandum dan masak sehingga pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Untuk menghidang, keluarkan sagu dari acuan, yang berwarna kuning di bawah dan telungkupkan yang tanpa warna di atasnya. Siram dengan air gula dan kuah santan. Boleh hias dengan sedikit hirisan nangka di atasnya untuk lebih menarik. Sedia dinikmati sejuk.
KUIH JONGKONG VERSI JOHOR
BAHAN A:
150gm tepung beras cap teratai
70gm tepung ubi kayu
600ml santan cair
3 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
BAHAN B (INTI):
2 ketul gula melaka dihiris dadu
BAHAN C (KUAH ):
100 ml santan
3sudu makan tepung gandum
BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya (dibersihkan dahulu)
Lidi kecil secukupnya
Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk memasak adunan tepung; Satukan dan masak semua bahan A di atas api sehingga likat. Kacau sentiasa. Tutup api dan biarkan sejuk. Ketepikan.
Untuk kuah santan; satukan semua bahan C dan masak di atas api dan kacau perlahan. Angkat dan ketepikan.
Untuk membungkus jongkong, daun pisang dipotong saiz 20 x25cm persegi atau mengikut saiz yang dikehendaki. Layurkan sedikit terlebih dahulu. Letakkan adunan tepung yang telah dimasak di atas daun pisang, leperkan sedikit dan masukkan ketulan gula Melaka sebagai inti di dalamnya.
Tutup dengan adunan kuah santan dan bungkus seperti membungkus tapai. Mula-mula, lipat dua dahulu dan kelepetkan bahagian kiri kanan. Kemaskan dengan lidi. Lebihan daun boleh dipotong untuk nampak lebih kemas.
Ulangi langkah hingga selesai.
Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 25-30 minit.