Lemak Manis, Tak Jemu Makan. Puteri Ayu Jagung Ni Memang Sedap

Share

Resipi Puteri Ayu Jagung ni semestinya perlu anda cuba. Kalau biasanya makan Puteri Ayu perisa pandan, kali ini ubah suai selera dengan menggunakan perasa jagung. Lagi sedap! Lain dari yang lain. Bagi yang nak cuba, sukatan cawan yang digunakan pula adalah cawan minum teh yang bersaiz 200ml. Ha..Mudah lah nak agak nanti kan? Jom lah cuba resipi perkongsian saudari Zurina Kifli ni. Pasti puas hati dengan rasanya.

 

CARA MEMBUAT KUIH PUTERI AYU JAGUNG LEMAK MANIS

BAHAN-BAHAN:

BAHAN KISAR HINGGA BERBUIH HALUS:

 

BAHAN HIASAN:

  • Sedikit coklat rice untuk letak dalam adunan atau kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam dan 1 sudu tepung ubi untuk isi dalam dasar acuan.

 

CARA MEMASAK:

1.Panaskan pengukus sementara nak mula mengadun.

2.Dengan kelajuan perlahan, putar telur hingga berbuih halus.

3. Masukkan gula dan ovalette. Apabila ovalette sudah sebati, naikkan ke kelajuan paling tinggi.

4. Putar dengan kelajuan ‘high speed’ hingga adunan telur naik sehabis tinggi dan kelihatan gebu bertanduk, lebih kurang 10 hingga 15 minit.

5. Perlahankan mixer ke no 2, masukkan minyak, bahan kisar dan pewarna.

6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus diadun sebati. Pada masa yang sama, sisip adunan yang melekat pada tepi mangkuk adunan dan kacau biar sebati.

7. Matikan mixer, kacau adunan biar sebati. Boleh terus kukus atau rehatkan adunan 30 minit hingga 1 jam untuk hasil kuih yang lebih cantik.

8. Ambil acuan Kuih Puteri ayu, oles minyak dan isi kelapa dalam acuan. Kukus sekejap acuan berisi kelapa agar kelapa tidak mudah masam dan kuih tahan lama.

9. Kemudian isikan adunan separas acuan.

10. Kukus semula kuih guna api sederhana selama 7 -10 minit ikut saiz acuan.

11. Keluarkan acuan dari pengukus kemudian picit tepi acuan supaya kuih lekang dari acuan dan mudah tanggal. Puteri Ayu Jagung siap disediakan.

NOTA:

  • Untuk Puteri Ayu Jagung Coklat Rice, masukkan coklat rice ke dalam adunan dan kacau sebelum isi adunan ke dalam acuan kuih.
  • Setelah masukkan bahan kisar dan tepung, jangan adun terlalu lama. Cukup sekadar semua bahan sebati.

 

Kredit resipi & foto: Zurina Kifli

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Nur