Lemak Oh Lemak, Kena Bijak Kalau Tak Nak Mudarat

Share

Semua makanan umumnya mengandungi beberapa jenis lemak. Ada jenis lemak yang baik untuk kesihatan tetapi ada juga yang dikenali lemak jahat dan boleh memudaratkan kesihatan.

Kredit Foto : befiteverafter.com

Jadi mak-mak, kakak-kakak dan adik-adik sangat penting untuk bijak memilih jenis lemak yang sihat. Apa pun gunakannya secara sedehana. Apa pun jenis makanan memang memudaratkan jika berlebihan kan.

Ok min nak cerita pasal jenis lemak yang berpotensi memberikan manfaat bagi kesihatan sahaja. Mungkin ramai dah tahu, tak pe kan kita sama-sama ‘refresh ‘ memori’. Dua jenis utama dari lemak yang berpotensi memberikan manfaat bagi kesihatan iaitu:

I.Lemak Monounsaturated (lemak tak tepu)

Kredit Foto : health.harvard.edu

Lemak jenis ini ditemukan dalam berbagai jenis makanan dan minyak. Penelitian menunjukkan bahwa makanan yang banyak mengandung lemak monounsaturated dipercayai boleh memperbaiki paras kolesterol. Bermakna ia mampu mengurangi risiko dari penyakit jantung.Kajian menunjukkan bahwa lemak monounsaturated ini mungkin bermanfaat untuk paras insulin dan mengawal gula darah.

Ia sangat membantu para penderita diabetes. Lemak ini termasuk kelompok lemak sihat. Anda boleh memperoleh lemak ini dari minyak zaitun, kanola, bunga matahari , avokado, badam dan juga minyak bijan.

II. Polyunsaturated Fat (lemak poly tak tepu)

Kredit Foto : cleaneatingmag.com

Lemak jenis ini terdapat dalam minyak sayuran, ikan, dan makanan laut. Penggunaan minyak lemak jenis ini akan menurunkan jumlah kolesterol dalam darah terutama LDL. Minyak safflower (Carthamus tinctorius) dan minyak bunga matahari banyak mengandung lemak jenis polyunsaturated.

Masih tergolong sebagai lemak sihat, lemak polyunsaturated jugaditemui dari minyak kacang soya dan juga minyak jagung. Bukan hanya itu saja, lemak sihat ini juga didapati dari biji bunga matahari, buah labu kuning dan flaxseed. Ikan laut seperti tuna, makarel, salmon, hering, sardin dan trout juga kaya kandungan lemak ini.

Ini pula 5 pilihan minyak yang lebih elok digunakan untuk memasak :

 1. Minyak zaitun

Kredit Foto : medicalnewstoday.com

Minyak zaitun kaya antioksidan yang disebut polifenol, yang terkait dengan kesehatan jantung. Ia lebih stabil bila dipanaskan. Namun ada juga yang berpendapat minyak zaitun tidak sesuai untuk menggoreng secara ‘deep fry’kena ia memiliki tahap didih yang rendah.

2.Minyak Canola

Kredit Foto : parade.com

Rasa semulajadi dan tahap asap tinggi menjadikan minyak kanola pilihan yang sangat baik untuk panggan dan tumis. Sebahagian besar minyak canola melalui teknik penyulingan kompleks, bermakna ia tidak memiliki anti oksidan sebanyak minyak zaitun.

3.Minyak biji anggur (grape seed)

Kredit Foto : healthline.com

Minyak biji anggur organik kaya akan asid lemak tak tepu terutamanya omega 6. Menurut American Heart Association asid lemak ini jenuh ganda dapat mengurangkan kolesterol dan risiko penyakit jantung.Asid lemak tak tepu dalam kandungan minyak goreng tidak akan membuat minyak tersebut mengalami oksidasi.

4. Minyak kacang

Kredit Foto : tides-mark.com

Minyak kacang paling sesuai digunakan untuk segala masakan yang dipanggang dan ditumis. Tahap pijar dari minyak kacang tergolong tinggi, membuatnya pilihan yang tepat untuk teknik memasak dalam kepanasan tinggi. Minyak kacang mengandungi phythosterol yang sihat untuk jantung, lemak sayuran di dalamnya penting untuk menurunkan kolesterol dan mengawal perkembangan kanser.

5. Minyak bijan

Kredit Foto : rd.com

Minyak bijan telah terbukti mencegah diabetes, dan juga dapat meningkatkan plasma glukos pada penderita diabetes hipersensitif. Selain itu, minyak bijan dapat menurunkan tekanan darah pada penderita diabetes karena kandungan magnesiumnya yang tinggi.

Minyak bijan juga dipercayai dapat membantu penurunan kadar kolesterol, kerana ia mengandung phythosterol. Malah ia juga meningkatkan kesihatan jantung kerna ia bersifat agen antioksidan dan anti peradangan.

Published by
Faridah Talib