
Lemang cawan hanya kukus je. Cara ini mudah dan cepat untuk membuatnya. Tak perlu berpanas dekt api dan ambil masa nak bakar ikut cara tradisional. Tapi yang penting tetap rasa lemaknya.
Sesuai untuk yang ingin jimatkan masa dan tenaga. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Linda Muja ini ye.
Lemang Cawan
Bahan-bahan:
5 cawan beras pulut – boleh beli online di sini
1 Kotak kecil santan kotak – boleh beli online di sini
2 sudu kecil garam – boleh beli online di sini
Air secukupnya
Daun pisang secukupnya
Cawan kertas/cawan getah
Cara Memasak:
Rendam beras pulut terlebih dahulu dalam 1 jam. Toskan air rendaman beras pulut
Masukkan santan dalam bekas, campurkan dengan sedikit air dan Garam. Gaul sampai sebati. Ketepikan.
Ambil cawan, masukkan daun pisang kedalam cawan. Gunting daun pisang mengikut besar/aras cawan.
Kemudian masukkan beras pulut setengah aras cawan. diikuti dengan air Santan tadi.(air Santan Jangan banyak sangat,takut nasi pulut terlalu lembik)agak2 dalam 3 Sudu besar.

Sediakan periuk pengukus dan susun cawan tadi di dalamnya. Kukus pulut cawan hingga masak. Siap. Mudah kan?
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Pulut Serunding Kelapa Kuih Orang Lama Tetap Jadi Pilihan Ramai
Kuih Ropa Inti Sardin Kentang, Tepung Ubi Rahsia Kulitnya Rangup
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Peminat Kuih Tepung Bungkus Gedik, Boleh Cuba Tanpa Daun Pisang
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Korang Ada Stok Daging Kisar ?… Ni 5 Idea Terbaik Kudapan Arab .

Daging kisar atau cincang kalau ada banyak stok kat peti sejuk, memang terbaiklah. Macam -macam idea menu lazat boleh dibuat. Menu makanan jalanan @ street food orang Arab banyak menggunakan daging cincang/kisar dalam ramuannya. Jamu pada tetamu yang datang di musim raya, pun best nih.
Sedap berempah, aromanya pun boleh kecur air liur. Ni 5 resipi makanan gerai dan kudapan Arab paling laris dan paling meletop.
1. SHAWARMA DAGING

BAHAN-BAHANNYA :
- 500 gm daging kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh paprika
- 1 sudu teh serbuk cili
- 2 ulas bawang merah | dicincang
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa
- 2 sudu makan minyak untuk menumis
- 5 keping roti Arab | untuk digulung
BAHAN (tambahan inti) :
- 1 biji tomato | dihiris
- Sedikit daun salad | dihiris
- 2 biji jeruk timun
- 50 gm buah zaitun | dihiris
- Sedikit kentang goreng yang telah digoreng.
- 2 sudu makan mayonis
- 1 sudu makan sos cili
CARA MEMASAK :
1. Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, garam dan serbuk perasa.
3. Gorengkan sehingga air daging kering.
4. Kemudian sejukkan sebentar.
5. Setelah sejuk, sediakan roti arab, masukkan daging, salad, tomato, jeruk timun, buah zaitun, kentang goreng mayonnaise dan sos cili.
6. Gulungkan ia dan masukkan ke dalam kuali leper atau dapur pemanggang dan biarkan ia masak.
7. Biarkan ia masak lebih kurang 3 minit dan balikkan kedua dua belah.
8. Setelah masak boleh dihidangkan bersama kentang goreng.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan Panggang
Jenis masakan : Ala sandwic
Keistimewaan : Inti daging berempah dengan gulungan roti Arab yang enak
Anggaran kos :RM 20
Info Chef : Resipi yang sama boleh juga digunakan untuk inti ayam. Jika ikut cara tradisional Arab, boleh diletakkan batu berbalut aluminium untuk menindih atas pemanggang supaya ia lebih mampat dan cepat masak.
2. BEBOLA DAGING KAMBING KEBAB DAN CENDAWAN BUTANG

BAHAN-BAHANNYA :
- 500 gm daging kambing kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 biji telur | dipecahkan telur dan kacau
- 300 gm serbuk roti
- 2 ulas bawang merah| dicincang
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 10 cendawan butang segar- dihiris dua atau empat
- Garam secukup rasa
- Sedikit perasa
Bahan perapan :
- Setangkai herba thymes | dilurutkan daunnya
- Setangkai herba rosemary | dilurutkan daunnya
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu makan serbuk paprika
CARA MEMASAKNYA:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam bekas adunan seperti daging kisar, jintan manis, jintan putih, serbuk etumbar, herba thymes, rosemary, serbuk roti, bwang merah, bawang putih, garam dan perasa.
2. Gaulkan dengan sebati dan masukkan telur tadi sebagai bahan pelekat supaya mudah dijadikan bebola.
3. Setelah disebatikan jadikan daging tadi sebagai bebola dan bakar di dalam oven dalam suhu 180 c, selama lebih kurang 15 minit. Masak separuh sahaja.
4. Kemudian setelah masak perap bebola daging kambing dan cendawan sebentar dengan bahan pemerap thymes dan rosemary. Cucukkan bebola daging berselang seli cendawan.
5. Kemudian bakar lebih kurang 1o mint dan sedia untuk dihidangkan bersama yogurt kambing.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan : Kebab
Keistimewaan : Daging berjus dan gabungan cendawan segar nyata lazat
Anggaran kos :RM 35
Info Chef : Anda boleh juga mencucukkan tomato ceri, timun, bawang jika mahukan variasi dalam sajian kebab ini.
3. MUTTABAQ

BAHAN-BAHANNYA :
Bahan Inti Muttabaq:
- 500 gm daging kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 2 tangkai daun pudina
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 biji cili benggala hijau | dipotong dadu
- 2 biji telur
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan roti :
- 1 1/2 cawan marjerin
- 3 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 1 1/2 cawan air
CARA MEMASAK :
Inti daging Mutabbaq
1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, daun pudina, cili benggala hijau garam dan serbuk perasa.
3. Gorengkan sehingga air daging kering.
4. Kemudian sejukkan sebentar.
5. Masukkan 2 biji telur untuk jadi pelekat.
Cara-cara membuat lapisan Mutabbaq
1. Masukkan kesemua bahan lapisan muttabaq.
2. Uli doh itu tadi sehingga lembut.
3. Biarkan rehat seketika.
4. Uli doh dengan penguli doh dan leperkan menjadi bulat sehinga menjadi betul-betul nipis.
5. Kemudian masukkan inti daging tadi dan lipatkan menjadi 4 segi.
6. Masak di dalam kuali leper dengan sedikit minyak.
7. Balikkan apabila ia menjadi keperang-perangan.
8. Masak sehingga ia betul masak di kedua belah.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng dengan minyak sedikit
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Inti daging berempah dengan ramuan daun pudina
Anggaran kos :RM 25
Info Chef : Boleh dimakan dengan yogurt atau sos tomato dan cili cili. Inilah nama asal murtabak, iaitu Muttabaq yang bermaksud dibungkus. Inti daging yang dibungkus.
4. SAMBOOSA

BAHAN-BAHAN :
Bahan Inti:
- 500 gm daging kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
- 1 ulas bawang putih dicincang
- 2 tangkai daun pudina
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 tangkai daun parsli
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak untuk menumis
- Beberapa kulit popiah
- 1 mangkuk minyak untuk menggoreng
Bahan membuat gam :
- 2 sudu makan air
- 4 sudu makan tepung gandum
Cara-cara membuatnya:
1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun pudina, ketumbar, daun parsli dan garam.
3. Gorengkan sehingga air daging kering.
4. Kemudian sejukkan sebentar.
5. Keluarkan sehelai kulit popiah. Masukkan inti ke dalam dan lipat 3 segi.
6. Gamkan lipatan dengan campuran air dan tepung supaya inti tidak terkeluar.
7. Goreng samboosa dengan minyak banyak dengan api yang kecil. Kemudian terbalikkan dan biarkan ia masak.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng minyak penuh
Jenis masakan : Kuih, kudapan
Keistimewaan : Inti daging lazat dengan kulit samboosa yang rangup
Anggaran kos :RM 25
Info Chef : Samboosa sinonim dengan masyarakat kita, yang dikenali sebagai samosa.
Selain daging lembu, ayam atau makanan laut juga boleh dijadikan inti.
5. KIBBEH

BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk inti :
- 300 gm daging kisar (inti)
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji bawang holland | dicincang halus
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan untuk lapisan luar :
- 300 gm bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak
- 3 sudu makan tepung gandum
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun ketumbar, garam dan serbuk perasa. Ketepikan sebentar
3. Kemudian campurkan bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak tadi, tepung ke dalam daging kisar untuk dijadikan bahagian lapisan luar.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gaul sebati.
5. Bentukkan lapisan luar dengan bentuk bujur kemudian masukkan inti daging tadi ke dalam bentuk bujur tadi.
6. Jadikan ia bentuk bujur dan goreng ke dalam minyak penuh.
7. Goreng sehingga warna bertukar coklat.
8. Angkat dan toskan.
9. Boleh dihidangkan dengan yogurt.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian Arab
Keistimewaan : Inti yang berjus dengan lapisan kulit rangup
Anggaran kos :RM 20
Info Chef : Kibbeh keras di luar dan lembut di dalam. Sesuai dimakan dengan yogurt atau mayonis.

Resipi : CHEF SUHAILI MOHD NOOR
Donut Kampung Tanpa Serbuk Penaik Dan Ovalette. Hasilnya Gebu, Puas Hati Makan

Pelbagai jenis donut di pasaran ada donut susu, donut velvet tapi donut kampung juga menjadi pilihan. Donut kampung ni tak perlu guna serbuk penaik, tak guna ovalette dan paling penting, tak guna banyak bahan. Tapi hasilnya donut tetap gebu cantik kejadiannya.
Donut Kampung

Bahan-bahan:
1 paket yis 11g
3 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Segelas air suam
Cara membuat:
1.Campur semua bahan di atas, kacau

2.Ketepikan, biarkan naik buih.
3.Tepung gandum 850g(saya guna Tepung Rose, masuk sepaket),4 sudu besar planta.Campur kedua bahan.Gaul sampai jadi macam serbuk roti.
4.Tuang air yis yang dah berbuih.
5.Uli dan tambah air sikit sikit hingga jadi doh.
6.Sapu minyak pada bekas doh supaya doh tak melekat.

7.Boleh tutup dan ketepikan sehingga kembang. Anggaran 30 minit.
8.Doh kembang, boleh tumbuk manja dan bulatkan. Timbang untuk adil dan saksama.

9.Lapik dengan kertas supaya doh tak melekat. Tak nak lapik kertas boleh tabur tepung bahagian bawah.


10.Doh mengembang boleh tekan sikit dan tebuk lubang. Untuk lubang saya guna nozel saiz paling kecil.

11.Biar doh rehat sekejap lagi.Sedia digoreng
Kredit: Norhidayah Mohd Aripin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap, Mudah & Lebih Sihat. Aneka Resepi Masakan Tak Guna Minyak
Resipi Krim Coklat Jimat. Satu Resipi Boleh Guna Buat Macam-Macam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kuih Kaswi Pandan Lemak Lemak Manis, Memang Buka Selera

Kuih muih Melayu memang istimewa cukup rasa dan lemak manisnya. Kuih kaswi antara yang disukai ramai. Bau haruman daun pandan sangat membuka selera. Kalau ada yang nak cuba membuatnya dikongsikan resipi oleh Siti Hadirah.
KUIH KASWI PANDAN

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum – beli online
- 1 cawan tepung ubi – beli online
- 5 cawan air daun pandan
- 1 cawan gula putih – beli online
- 1 sudu kecil air kapur
- Kelapa putih
- Garam – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Campur tepung gandum, tepung ubi, gula kemudian masukkan air daun pandan. Masukkan air kapur dan kacau lagi. Jika mahu lagi senang, kisar semua bahan ini dan kemudian tapis.
2. Panaskan periuk kukus air sampai mendidih.
3. Sapukan acuan dengan minyak. Tuang adunan ke dalam acuan.
4. Kukus selama 15-20 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut dengan tuala kecil supaya wap air tidak masuk dalam adunan.
5. Selepas masak, sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.


6. Sementara itu, gaulkan kelapa putih dan garam. Kukus seketika lebih kurang 3 minit. Bolehlah gaulkan dengan kuih kaswi yang sudah siap dimasak tadi. Hidangkan.

Sumber kredit: Siti Hadirah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Wanita Ini Kongsi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.
Resipi Telur Puyuh Balado Sawadikap Lauk Simple Ketika Malas
Campak-Campak Dah Siap, Resipi Mudah Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

