Lemang Cawan Hanya Kukus Je. Mudah Dan Cepat

Share

Lemang cawan  hanya kukus je. Cara ini mudah dan cepat untuk membuatnya. Tak perlu berpanas dekt api dan ambil masa nak bakar ikut cara tradisional. Tapi yang penting tetap rasa lemaknya.

Sesuai untuk yang ingin jimatkan masa dan tenaga. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Linda Muja ini ye.

Lemang Cawan

Bahan-bahan:
5 cawan beras pulut – boleh beli online di sini

1 Kotak kecil santan kotak – boleh beli online di sini
2 sudu kecil garam – boleh beli online di sini
Air secukupnya
Daun pisang secukupnya
Cawan kertas/cawan getah

Cara Memasak:

Rendam beras pulut terlebih dahulu dalam 1 jam. Toskan air rendaman beras pulut
Masukkan santan dalam bekas, campurkan dengan sedikit air dan Garam. Gaul sampai sebati. Ketepikan.

Ambil cawan, masukkan daun pisang kedalam cawan. Gunting daun pisang mengikut besar/aras cawan.

Kemudian masukkan beras pulut setengah aras cawan. diikuti dengan air Santan tadi.(air Santan Jangan banyak sangat,takut nasi pulut terlalu lembik)agak2 dalam 3 Sudu besar.

Sediakan periuk pengukus dan susun cawan tadi di dalamnya. Kukus pulut cawan hingga masak. Siap. Mudah kan? 

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

Published by
Nurul Azwa