Alang-alang nak kelainan jom cuba resipi pelik tapi sedap ni. Korang yang suka makan lemang boleh cipta menu Lemang Goreng Celup Telur a.k.a Pulut Kukus Goreng buat ahli keluarga. Sedap! Boleh cuba resipi perkongsian saudari NorShawatie Mohamed ni.
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras pulut | direndam 8 jam
- 1 kotak kecil santan
- 1 cawan gula
- 1 sudu kecik garam
- 3 biji telur
- 1 cawan air panas
CARA MEMASAK:
- Satukan santan, gula dan garam dalam bekas. Campurkan juga air panas ke dalam santan. Kacau hingga sebati.
- Toskan beras pulut dan kukus separuh masak. Angkat dan gaulkan dengan bancuhan santan tadi.
- Kukus kembali pulut tadi hingga betul-betul masak. Angkat dan sejukkan anggaran 20 minit.
- Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan ratakan hingga padat.
- Potong kecil pulut tadi dan celupkan ke dalam telur yang telah dipukul.
- Goreng dalam minyak panas sehingga garing dan kekuningan.
- Angkat dan boleh dinikmati bersama gulai, sambal atau dimakan begitu sahaja.
Kredit resipi & gambar: NorShawatie Mohamed