
Cantiknya Kuih Lapis Pelangi ni. Rasa sayang nak makan. Kepingan kuih tu dilapis sempurna. Nampak gambar je pun dah dapat rasa keenakannya. Bagi anda yang menggemari Kuih Lapis, resipi perkongsian saudari Azura Felula ni boleh dicuba.
CARA MASAK KUIH LAPIS PELANGI LEMBUT & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 200ml santan – beli online disini
- 300ml air – rebus bersama daun pandan & sejukkan
- 200gm gula – beli online disini
- 200gm tepung ubi kayu – beli online disini
- 20gm tepung beras – beli online disini
- Secubit garam
- Pewarna makanan kegemaran – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Ambil air dan rebus bersama daun pandan. Sejukkan. Pastikan sukatannya 300ml.
2. Satukan semua bahan (kecuali pewarna) dan adun sebati.
3. Kemudian bahagikan adunan tepung kepafa 7 bahagian. Warnakan ikut cita rasa anda.
4. Sapukan minyak pada bekas yang hendak dikukus. Kukus setiap lapisan selama 3 minit. Ulang hingga habis.
5. Setelah siap kukus setiap lapisan, tambah lagi masa selama 20 minit dan kukus keseluruhan kuih.
6. Bila siap dimasak, angkat dan sejukkan kuih terlebih dahulu.
7. Pastikan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong. Sedia untuk dinikmati.


INFO RASA: Guna pisau plastik untuk mendapat potongan Kuih Lapis yang cantik.
Kredit resipi & foto: Azura Felula
Dapatkan PERIUK KUKUSAN yang murah & berkualiti? Boleh pilih DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Mudah Buat Bawang Jeruk Homemade Guna Bawang Putih Biasa
Petua Buat Pes Tomyam Homemade Yang Sedap & Tahan Lama Tanpa Guna Pengawet.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Padu! Resipi Air Tembikai Lemon Laici Paling Sedap Minum Sejuk

Sedapnya Air Tembikai Lemon Laici ni. Letak dalam balang begini, ditambah pula dengan ais, membuatkan rasa tak sabar untuk menikmatinya. Tatkala cuaca panas, dapat pula minuman sejuk begini, memang terasa nikmatnya. Segelas pun tak cukup. Bagi anda yang teringin nak buat minuman ni, saudara Ben Safwan ada kongsikan bahan-bahan serta cara pembuatannya. Mudah sahaja tapi rasa dia memang padu teruk. Sedap sangat-sangat. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Hanya guna 3 bahan je.
CARA BUAT AIR TEMBIKAI LEMON LAICI

BAHAN-BAHAN:
1 kg tembikai – ditimbang termasuk kulit
1 tin laici – beli online disini
1 botol air lemon houseboom – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit tembikai, masukkan isinya ke dalam pengisar.
2. Letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas/buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut.
3. Tambah air laici tin dan boleh letak ais dengan secukupnya.
4. Air Tembikai sedap dan sejuk ini siap untuk dihidangkan.


NOTA: Tak gunakan gula sebab dah cukup manis dari campuran air-air ni semua.
Kredit resipi & foto: Ben Safwan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Terung John. Idea Menu Rendah Karbo Untuk Turunkan Berat Badan
Resepi Kari Terung Ikan Masin Kurau. Menu Mudah Pembuka Selera
Mudah Betul Buat Ikan Rebus Thai. Goreng Garing Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Kuih Kaswi Memang Sedap,Gerenti Tak Cukup Satu

Petang begini mula terbayang kuih muih yang enak. Tambah pula cuaca seakan mendung. Sejak kuih kaswi gedik jadi viral, hampir setiap hari menu ini lalu lalang di fb.
Kalau ikut yang cara viral, kenalah pakai acuan khasnya. Memang berebut orang nak beli acuan ni. Stok di kedai pun boleh habis. Bolehlah beli secara atas talian acuan viral ni.
Sebenarnya secara asas kuih kaswi ni dimasak guna loyang jer, macam opah kita buat dulu. Rasa lemak-lemak manis ditambah kelapa parut memang lengkap minum petang korang.
Tak kisahlah nak buat guna acuan apa, yang penting rasanya kuih kaswi, bukan kuih lain. Jomlah kita masuk dapur sediakan bahan-bahan nak buah kuih ni.
KASWI BERAS PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN KASWI:
- 1/2 cawan tepung ubi – beli online disini
- 1/2 cawan tepung beras pulut hitam – beli online disini
- 1 cawan tepung gandum – beli online disini
- 1 cawan gula – beli online disini
- 1 cawan santan
- 1 cawan air
- Sedikit garam
- 1 sudu makan air kapur – beli online disini
BAHAN TOPPING SANTAN:
- Santan
- Tepung jagung @ tepung beras – beli online disini
- Sedikit garam
- Bijan goreng / sangai (tabur atas kuih) – beli online disini
CARA MEMASAK:
- Campur semua bahan kaswi dalam bekas bersesuaian.
- Kacau-kacau sampai semua bahan sebati dan gula larut.
- Tapis adunan supaya tiada tepung yang berketul.
- Ambil acuan dan oleskan minyak.
- Tuang adunan kuih dan kukus selama 15 minit.
- Untuk buat topping santan, satukan santan, tepung jagung @ tepung beras dan juga garam. Sebatikan dan masak sekejap.
- Susun kuih dalam pinggan, tuang santan dan tabur bijan yang telah disangai. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Surina Abadi

KASWI PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum – beli online
- 1 cawan tepung ubi – beli online
- 5 cawan air daun pandan
- 1 cawan gula putih – beli online
- 1 sudu kecil air kapur
- Kelapa putih
- Garam – beli online
CARA MEMBUAT:
- Campur tepung gandum, tepung ubi, gula kemudian masukkan air daun pandan. Masukkan air kapur dan kacau lagi. Jika mahu lagi senang, kisar semua bahan ini dan kemudian tapis.
- Panaskan periuk kukus air sampai mendidih.
- Sapukan acuan dengan minyak. Tuang adunan ke dalam acuan.
- Kukus selama 15-20 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut dengan tuala kecil supaya wap air tidak masuk dalam adunan.
- Selepas masak, sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.

- Sementara itu, gaulkan kelapa putih dan garam. Kukus seketika lebih kurang 3 minit. Bolehlah gaulkan dengan kuih kaswi yang sudah siap dimasak tadi. Hidangkan.

Sumber kredit: Siti Hadirah

KUIH KASWI / KOSUI GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1/2 cawan tepung ubi – beli online disini
1 sudu air kapur (secubit kapur + sesudu air kapur yang siap dibancuh) – beli online disini
1 cawan gula merah – beli online disini
1 helai daun pandan
3/4 cawan gula pasir – beli online disini
5 cawan air
Kelapa parut – ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam garam
CARA MEMASAK:
1. Larutkan gula pasir dan gula merah dengan 2 cawan air. Masak atas api sekejap untuk hancurkan gula. Letak daun pandan untuk aroma. Bila gula telah larut, biarkan sejuk.
2. Dalam bekas berasingan, campurkan tepung gandum, tepung ubi dan air kapur bersama 3 cawan air. Sebatikan.
3. Kemudian masukkan air gula yang dimasak tadi. Kacau sebati dan tapis.
4. Guna adunan ke dalam loyang bersaiz 8×8.
5. Kukus adunan kuih selama 30 – 40 minit.
6. Bila Kuih Kaswi telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

- Gaul kelapa parut bersama sedikit garam. Kemudian kukus sekejap supaya kelapa tahan lama dan lambat basi.

- Gaulkan potong Kuih Kaswi bersama kelapa parut. Sedia untuk dinikmati.
TIP UNTUK POTONGAN KUIH KASWI YANG CANTIK
- Tunggu kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.
- Potong guna pisau plastik yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Kredit resipi & foto: NorDiana Mat Desa

KASWI DURIAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepong gandum
- 1/2 cawan tepong ubi
- 1/2 cawan isi durian dan guna santan cair atau air.. Blend jadikan 1 cawan
- 1/2 cawan gula pasir dimasak guna 1 cawan air. + daun pandan
- 1 sudu teh air kapor


CARA MEMASAK:
- Bila air gula dah suam, kisar semua..
- Saya guna acuan kecil sebab nak cepat masak. Guna loyang pun boleh.
- Kukus selama 20minit.Guna loyang 40minit.
- Dah sejuk boleh keluarkan kaswi dari acuan. Gaul dengan kelapa parut.

Kongsi resipi: Badariah Abdrahman
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
8 Resipi Lauk Berbuka Yang Ringkas, Mudah Masak & Sedap!

Bila dah dekat nak habis puasa ni, ada harinya kita akan buntu memikirkan menu. Jika asyik ulang lauk sama, naik jemu pula. Berikut adalah koleksi idea masakan kampung yang boleh anda cuba hasilkan sebagai sajian berbuka puasa hari ni. Ringkas dan mudah. Selamat mencuba!
1. TUMIS KACANG PANJANG & KUPANG

BAHAN-BAHAN:
- 10 tangkai kacang panjang | dipotong 3cm
- 100gm isi kupang | dibersihkan
- 1 biji bawang besar| dihiris
- 2 biji cili merah | dihiris
- 4 ulas bawang putih | dicencang
- 1 sudu makan sos tiram
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang hiris dan cili sehingga layu dan berbau wangi.
- Selepas itu masukkan sos tiram, sedikit air dan isi kupang. Kacau rata sehingga sebati.
- Masukkan kacang panjang dan garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga rata.
- Biarkan kupang masak dan kacang panjang layu sedikit.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jangan dimasak terlalu lama kerana kacang panjang akan lembik.
2. PERIA GORENG RANGUP

BAHAN-BAHAN:
- 1 batang peria | dihiris bulat, dibuang biji dan dicuci
- 1 sudu makan rempah kari
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 4 sudu makan tepung beras
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh serbuk cili
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan air
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rendam peria bersama 2 sudu garam dan gula. Kemudian tos dan keringkan.
- Masukkan peria yang telah dicuci ke dalam sebuah mangkuk.
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk peria tadi kecuali air. Gaul semua bahan hingga rata dan sebati.
- Masukkan 1/2 sudu makan air dahulu dan gaul rata. Jika ia nampak masih agak kering masukkan 1/2 sudu makan air lagi. Pastikan tepung bersalut cantik pada peria.
- Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali. Bila minyak sudah panas, masukkan peria sekeping demi sekeping dan jangan digoreng terlalu banyak pada sesuatu masa.
- Goreng peria hingga betul-betul garing. Angkat dan tos minyaknya. Sedia dihidangkan.
Info Chef: Peria direndam di dalam air garam dan gula untuk mengurangkan rasa pahitnya. Selain itu jika ingin peria digoreng cantik, gunakan kuali tanpa lekat.
3. IKAN PARI AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan pari | direbus dengan asam keping dan sedikit garam
AIR ASAM:
- 1 biji bawang besar | dipotong dadu
- 1 biji tomato segar | dipotong dadu
- 10 biji cili api | dihiris halus
- 2 tangkai cili merah
- 2.5cm belacan
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 1 sudu makan sos cili
- 500ml bancuhan air asam jawa
CARA MEMASAK:
- Tumbuk cili merah bersama belacan, gula dan garam secukup rasa.
- Masukkan bancuhan air asam jawa ke dalam bekas bersama bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Gaul rata.
- Masukkan bawang besar, tomato dan cili api yang dipotong tadi. Gaul sebati.
- Letakkan ikan pari ke dalam pinggan dan curahkan air asam jawa ke atasnya.
- Sedia dihidangkan.
Info Chef: Selain direbus, ikan pari boleh juga dikukus agar ia tidak pecah.
4. SAMBAL TUMIS PETAI

BAHAN-BAHAN:
- 5 keping petai |dihiris nipis termasuk kulitnya
- 1 biji kelapa |diambil santannya
- 5 tangkai cili kering |dikisar
- 5 biji cili padi |dikisar
- 2 biji bawang besar |dikisar
- 3 ulas bawang putih |dikisar
- 10gm belacan |dikisar
- Air secukupnya
- Sedikit asam keping
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Hiris petai bersama kulitnya sekali dan rendamkan seketika di dalam air. Toskan.
- Satukan bahan kisar bersama petai dan biarkan petai empuk seketika.
- Masukkan santan bersama asam keping. Kacau rata.
- Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan kuahnya pekat seketika.
- Angkat dan hidangkan.
Info Chef: Jika suka anda boleh juga meletakkan sedikit udang segar ke dalam kuahnya untuk lebih menaikkan rasanya.
5. ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ikan kembung
- 10 tangkai cili kering |dikisar
- 4 biji bawang merah |dikisar
- 2 ulas bawang putih |dikisar
- 1sm kunyit hidup |dikisar
- 1sm halia |dikisar
- 1sm lengkuas |dikisar
- 1 sudu makan pati asam jawa
- 3 biji kacang bendi
- 500ml air
- Daun kesum secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tumiskan bahan kisar hingga naik minyaknya.
- Masukkan sedikit air bersama air asam jawa. Biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan ikan bersama garam, daun kesum serta kacang bendi.
- Didihkan hingga kuahnya sedikit pekat dan berminyak.
- Angkat dan hidangkan.
Info chef: Selain kembung, boleh juga menggunakan ikan kegemaran anda yang lain.
6. SAMBAL CILI PADI POWER

BAHAN-BAHAN:
- 20 tangkai cili padi hijau | ditumbuk lumat
- 1 labu bawang besar | dipotong bulat
- 4 ulas bawang putih | di mayang
- 1 keping asam keping
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan cili padi yang ditumbuk tadi. Kacau rata dengan api perlahan.
- Setelah itu masukkan garam dan gula. Seimbangkan rasanya.
- Akhir sekali, masukkan asam keping dan biarkan sambal masak sempurna.
Info Chef: Asam keping dimasukkan di akhir tumisan untuk menyeimbangkan rasa pedas. Tidak perlu dimasukkan asam keping yang banyak kerana ia akan menyebabkan rasa sambal masam.
7. KERABU KAKI AYAM

BAHAN-BAHAN:
- 8 ketul kaki ayam
- 1/2 biji bawang besar | di mayang
- 5 biji cili api hijau | dipotong
- 2 biji cili merah | dihiris halus
- 1 batang serai | dihiris halus
- 2 biji limau nipis | diambil jusnya
- 3 sudu makan sos ikan
- 1 pokok daun sup| dihiris halus
- Gula & garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan kaki ayam ke dalam periuk bersama sedikit garam dan air. Rebus sehingga empuk.
- Setelah kaki ayam betul-betul empuk, tos dan pisahkan isi dari tulangnya.
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
- Sesuaikan rasanya dan sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Pastikan ayam yang direbus ditos terlebih dahulu sebelum digaulkan bersama bahan kerabu. Ini membuatkan kerabu lebih tahan lama.
8. BENDI GORENG BERLADA

BAHAN A:
- 10 biji sayur bendi
- 5 biji cili merah | ditumbuk
- 3 biji bawang merah | ditumbuk
- 1 ulas bawang putih | ditumbuk
- 2 sudu besar udang kering
- Sedikit air
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan bendi dan potong serong.
- Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama udang kering sehingga naik bau.
- Seterusnya masukkan sayur bendi bersama sedikit air. Kacau hingga rata dan tutup kuali seketika.
- Apabila bendi telah lembut, matikan api dan perasakan dengan sedikit garam.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Untuk rasa lebih pedas, boleh menggunakan cili padi yang ditumbuk bersama cili merah.

