Kuih Lompang adalah antara kuih tradisional yang popular dan digemari ramai. Namun agak sukar untuk jumpa kuih ni yang sedap. Jadi, kalau anda cuba buat sendiri Kuih Lompang sedap ni, resipi perkongsian dari FB saudari Jamal dan Asmahan antara yang terbaik dan nampak menyelerakan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
KUIH LOMPANG KAMPUNG SEDAP BERLESUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
- 350gm gula merah
- 60gm gula pasir
- 450ml air
- 170gm tepung gandum
- 120gm tepung ubi
- 60gm tepung beras cap 3 gajah
- 900ml air
- 1/2 sudu teh kapur sireh
CARA MEMASAK:
- Satukan gula merah, gula pasir dan air dalam periuk. Masak hingga gula larut. Angkat dan sejukkan.
- Bila air gula dah sejuk, campurkan bahan-bahan lain. Adun hingga sebati.
- Tapis adunan bagi memastikan tiada ketulan dan bahan-bahan larut sempurna.
- Didihkan periuk kukusan dan panaskan acuan lompang terlebih dahulu. Panaskan anggaran 3-4 minit.
- Kemudian tuang adunan lompang tadi ke dalam acuan. Kukus selama 15 minit atau sehingga kuih masak.
- Angkat dan sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan. Tabur kelapa parut sebelum dinikmati.
INFO:
- Jika terdapat air bertakung diatas permukaan kuih, buang atau lap dengan tisu terlebih dahulu.
- Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dinikmati. Sebaiknya, jika buat malam, boleh makan esok pagi.
- Kelapa parut sebaiknya perlu dikukus terlebih dahulu untuk mengelakkannya cepat rosak.
- Kapur boleh guna yang jenis serbuk.
- Acuan perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum dimasukkan adunan. Bila acuan panas, maka akan terbentuk lesung pipit pada kuih.
Kredit resipi & foto: Jamal dan Asmahan
Nak cari aneka ‘HOME APPLIANCES’ yang terbaik & ‘value for money’? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
https://www.rasa.my/koleksi-resipi-jeruk-boleh-buat-secara-homemade/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official