Lembut & Gebu Macam Kapas! Jom Buat Donut Minion Viral Ni Pula!

Share

Wah..wah..wah…comel betul tengok donut warna kuning ni. Gebu pula tu. Donut Minion Viral atau donut susu kuning ini, sesuai untuk menarik perhatian anak-anak buat sajian minum petang.

Resipi yang dikongsikan Fienaz Shafie ini, memang teksturnya sangat gebu macam kapas!

Lembut dan bukan gebu donut angin tau tapi memang terasa isinya. Lagi-lagi bila tarik donut tu, memang boleh nampak tekstur lembutnya.

 

DONUT MINION @ DONUT SUSU KUNING

BAHAN-BAHAN:

1 ½ sudu besar yis – beli online di sini
30ml air suam

BAHAN ULI:

1 cawan tepung gandum – beli online di sini
8 sudu besar tepung high protein jepun (tepung roti) – beli online di sini


1 biji telur gred A
½ sudu kecil baking powder
½ sudu kecil garam
1 sudu besar gula kastor – beli online di sini
¼ cawan full cream milk (saya tak suka guna susu tepung sebab nak tekstur ala pastry di luar negara)
1 sudu besar marjerin (saya guna cap pelangi) – beli online di sini
1 sudu besar k-fine cream super (wajib untuk gebukan terutama donut @ roti – di shopee @ kedai bahan kek ada)
Pewarna kuning (saya guna pewarna gel base fodd colouring)

CARA MEMBUAT:

1. Rendam yis dengan 30ml air suam selama 30-40 minit (saya guna instant yis mauripan. Masa rendaman bergantung yis anda, kalau dah kembang naik 4 kali ganda tu, walaupun tak sampai 30 minit dah boleh.)


2. Campurkan semua bahan dalam bread maker set kan pada dough.
3.Bila dah nampak doh terbentuk, titiskan pewarna.


4. Kemudian lepas 1 jam 30 minit stop dan keluarkan masuk dalam mangkuk / besen kemudian tutup dengan plastic wrap.


5. Biar doh kembang penuh mangkuk. Lebih kurang 1 jam kemudian, tumbuk doh keluarkan angin dan lenyekkan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


6. Kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian dengan anggaran setiap doh 35g.
7. Lepas tu bulatkan letak atas baking paper (tak perlu dan tabur tepung lagi sebab baking paper fungsinya supaya donut tak melekat senang nak masak).


8. Lenyekkan doh, kemudian lubangkan di tengah donut (saya guna besi yang deko icing cake je. Kalau anda tak dak, guna apa-apa janji ada lubang kat donut).
9.Tutup sekejap donut dengan kain lebih kurang 15 minit bagi dia kembang.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


10. Kemudian baru goreng dengan api jangan kuat sangat dan jangan perlahan sangat, sederhana sahaja. Yang penting jangan sampai donut makan minyak.


11. Kemudian angkat. Dah agak donut suam sikit, baru salut dengan gula icing + susu tepung (susu tepung optional tak mau letak pun tak pa).


12. Macam video (tengok sini), saya tak campur susu tepung sebab tak berapa suka gula icing sahaja.

NOTA PENTING: kalau adunan lembik, tambah tepung, kalau keras tambah susu. Pastikan adunan tak lekat di tangan dan elastik.

Kredit: Fienaz Shafie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff