Sajian Malaysia penuh dengan rasa yang enak dan menyelerakan. Adunan pelbagai ramuan serta rempah menjadikan makanan negera ini makin dikenali serta digemari ramai bahkan menjadi bualan masyarakat di luar negara. Selain penggunaan bahan mentah yang segar dan berkualiti, pemilihan daging juga amat penting dalam penghasilan sajian yang memukau selera.
Bersempena Webinar Halal Integrity of Australian Beef and Lamb from Farm to Table, Chef Jason Mansontelah berkongsi 3 resipi istimewa menggunakan daging dari Australia yang pastinya memenuhi cita rasa dan selera tempatan.
Webinar ini juga turut menampilkan 3 orang speaker yang memberi penerangan lanjut mengenai daging lembu & kambing Halal dari Australia iaitu Encik Sanjay Boothalingam dari Australian Agriculture Counsellor, Australian High Commission, Encik Terry Nolan, wakil dari Australian Meat Industry Council (AMIC)dan Cik Valeska Valeska, Regional Manager for Southeast Asia, Meat & Livestock Australia.
1. AUSTRALIAN BEEF RENDANG (RENDANG DAGING)
BAHAN-BAHAN: 500gm kiub daging lembu Halal Australia 1 kuntum bunga lawang 1 keping kulit kayu manis 2 kuntum bunga cengkih 2 biji buah pelaga 2 helai daun kunyit 3 helai daun limau purut – hiris nipis 4 sudu makan kerisik 4 sudu makan gula melaka / gula kabung Garam secukup rasa 1 cawan minyak masak 1 cawan santan
BAHAN KISAR: 7 biji bawang merah 10 ulas bawang putih 4 inci halia 2 inci kunyit segar 2 inci lengkuas 5 batang serai 6 tangkai cili merah
Ads
BAHAN SANGAI/GORENG TANPA MINYAK: ½ sudu teh jintan manis ½ sudu teh jintan putih ½ sudu teh biji ketumbar
CARA MEMASAK: 1. Panaskan periuk saiz sederhana dan masukkan minyak masak. 2. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian masukkan bahan kisar bersama bahan-bahan yang disangai. 3. Tumis dan kacau semua bahan hingga mula naik bau. 4. Masukkan daging yang telah dipotong kiub dan gaul sebati bersama rempah tumis tadi. Masukkan juga daun kunyit. 5. Bila daging kelihatan sebati bersama rempah, masukkan santan dan kacau sebati. Masak guna api sederhana hingga daging lembut dan empuk. 6. Bila daging sudah masak, tambahkan kerisik dan juga daun limau purut. Perasakan dengan gula melaka yang telah diparut dan juga garam secukupnya.
2. CHEF JASON’S AUSTRALIAN BEEF SOTO (SOTO DAGING)
BAHAN-BAHAN: 400gm kepingan daging lembu Halal Australia – hiris nipis 750gm bihun – dicelur 150gm timun – hiris nipis 150gm tauge – buang akarnya 5 biji telur – rebus 50gm hirisan ketumbar – untuk hiasan 50gm hirisan daun bawang – untuk hiasan 3 biji limau – potong dua 2 sudu makan minyak masak
BAHAN AIR REBUSAN DAGING : 1.5 liter air 6 kiub pati daging 1 uncang sup bunjut
BAHAN KISAR: 3 batang serai 3 biji bawang merah kecil 2 inci halia 2 ulas bawang putih 2 ketul kunyit segar
CARA MEMASAK: 1. Panaskan periuk, masukkan minyak dan tumis bahan kisar hingga masak. 2. Bila bahan kisar telah masak, masukkan air rebusan daging dan masak lagi hingga mendidih anggaran 10-15 minit. Kecilkan api dan biarkan kuah mereneh. 3. Untuk menghidang, masukkan bihun yang telah dicelur ke dalam mangkuk bersama hirisan timun dan tauge. 4. Ambil hirisan daging, celur seketika di dalam sup panas selama 1 minit dan letakkan di dalam mangkuk berisi bihun tadi. 5. Tuang 1-2 senduk kuah sup panas ke dalam mangkuk. 6. Hiaskan dengan hirisan ketumbar, daun bawang, bawang goreng dan juga limau.
3. STIR-FRIED AUSTRALIAN BEEF WITH BELIMBING BULUH (DAGING GORENG BERSAMA BELIMBING BULUH)
BAHAN-BAHAN: 300gm kepingan daging lembu Halal Australia 200gm Belimbing Buluh – potong dua 100gm Taucu 1 sudu makan kicap pekat 1 sudu makan kicap cair 1 sudu makan sos tiram 2 sudu makan gula 3 biji bawang merah – potong baji nipis 3 biji cili padi merah – hiris 2 ulas bawang putih – cincang ½ cawan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih. Kemudian masukkan taucu, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan gula. Tumis hingga wangi. 2. Kemudian masukkan hirian daging. Kacau hingga sebati bersama sos. 3. Tambahkan hirisan cili dan bawang merah. Goreng selama 2 minit. 4. Akhir sekali, msukkan belimbing buluh. Goreng lagi selama 1 minit. 5. Hiaskan dengan hirisan cili merah dan hidangkan bersama nasi panas.
Wow…Nampak sedap kan? Masak menggunakan daging lembu dan kambing Halal dari Australia ini ternyata lazat dan berkhasiat. Nak masak menu Asia lain atau masakan Barat pun boleh menggunakan daging dari Australia ni. Ini kerana dagingnya yang berkualiti, segar dan lembut. Malah bagi orang muslim, tidak perlu lagi rasa was-was bila menikmatinya.
Ads
NIKMATI DAGING HALAL AUSTRALIA TANPA RAGU
Australia adalah pembekal daging dan produk daging yang dipercayai malah telah membekalkan produk daging lembu dan kambing halal ke lebih 100 buah negara termasuk Timur Tengah, Indonesia dan Malaysia.
Peka akan kepentingan ‘Halal’ dalam sumber makanan masyarakat Muslim, haiwan ternakan di negara ini dipastikan memenuhi syarat serta kriteria yang ditetapkan oleh undang-undang Islam.
Di Autralia, haiwan ternakan dibela dengan baik dalam persekitaran yang bersih dan bebas dari penyakit. Haiwan-haiwan ternakan dibiarkan merumput secara bebas di padang ragut. Ini adalah selaras dengan undang-undang pihak berkuasa tempatan bagi menjaga kebajikan haiwan ternakan. Maka tidak hairanlah Australia mampu menghasilkan daging lembu dan kambing Halal yang berkualiti tinggi secara konsisten.
Baru-baru ini satu kajian oleh Meat and Livestock Australia (MLA) telah mendedahkan bahawa haiwan yang dibesarkan dan diproses dalam persekitaran bebas tekanan akan menghasilkan daging berkualiti yang konsisten, lebih bersih, selamat dan berkhasiat menjadikan daging-daging ini pilihan terbaik untuk dinikmati oleh para pengguna.
Ads
MACAM MANA DAGING UNTUK PASARAN MALAYSIA DIPROSES?
Semua lembu, biri-biri dan kambing yang diproses di Australia untuk pasaran Malaysia disembelih oleh orang Islam bertauliah di bawah Program Halal Selia Kerajaan Australia (Australian Government Supervised Halal Programme). Ia adalah salah satu program yang diselia oleh Jabatan Pertanian Persekutuan (Federal Department of Agriculture) di Australia.
Selain itu, semua kemudahan pemprosesan di Australia hanya menggunakan penyembelih Muslim yang berdaftar dan terlatih dari Halal Certifying Bodies yang diiktiraf dan diluluskan oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).
Sebelum diimport ke Malaysia, daging akan diperiksa dengan teliti supaya mematuhi standard Halal oleh wakil-wakil yang dilantik. Terdapat juga syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi malah setiap penghantaran dilengkapi dengan sijil Halal dan sijil Kesihatan.
Oleh itu tidak perlu lagi ragu-ragu untuk membeli dan menikmati seleksi daging Halal dari Australia ini. Macam-macam menu boleh disediakan dan pastinya bakal menggembirakan seisi keluarga.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ada yang teringin nak makan laksa? Jom cuba buat Laksa Utara perkongsian saudari Mariana Zainalni. Sekali cuba, pasti tidak menyesal. Kuah yang enak, pekat berperisa. Sekali cuba, memang layan habis! Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan. Jom!
RESIPI LAKSA UTARA SEDAP, MUDAH & KUAH KAW
BAHAN UTAMA UNTUK KUAH:
1kg ikan sardin @ Selayang (nak guna ikan kembung pun boleh tapi tak lemak macam ikan selayang)
CARA-CARA:
Rebus ikan kemudian asingkan isi ikan daripada tulang.
Kisar hingga betul-betul halus.
(masukkan isi ikan 1/2 jug blender kemudian masukkan air hingga hampir penuh dan kisar. Kemudian ulang kisar baki isi ikan tadi. Tulang ikan juga boleh dikisar berasingan dan tapis)
1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan kisar, asam keping, garam dan aji. Tumis hingga bahan kisar elok garing dan naik minyak.
2. Masukan isi ikan yang telah dikisar, bunga kantan, daun kesom dan sedikit air jika perlu (air jangan banyak nanti kuah cair).
3. Masak hingga kuah mendidih dan asam keping elok kembang.
4. Sesuaikan rasa. Masa ni boleh ceduk buang lebihan minyak dalam kuah.
5. Bila kuah sudah cukup rasa, bolehlah dihidangkan bersama laksa dan bahan-bahan sampingan yang lain.
TIPS UNTUK MASAK KUAH LAKSA YANG LIKAT
Jangan kisar ikan ala kadar sahaja nanti kuah terasing dengan isi ikan. Kuah jadi ceroi. Kena kisar isi ikan hingga betul-betul halus. Nanti bila nak makan, kacau kuah tu baru ummmphh!
Apam berkuah? Uishh macam mana tu? Selalu makan gitu je mana ada makan dengan kuah. Kuih apam berkuah ni asalnya dari negeri Terengganu kini dikenali sebagai kuih tradisional Terengganu kerana tak semua orang sekarang kenal kuih apam berkuah ni. Cara nak buat kuih apam berkuah ni mudah sahaja sebenarnya. Resipi asal telah dikongsikan oleh Muliadi Ramli di Facebook. Jom cuba resipi ini.
APAM BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
APAM
Bahan A
1. Gula merah 2 sudu besar
2. Gula putih 2 sudu besar
3. Air 1 1/2 cawan
4. Nisang besar 1 keping
4. Daun pandan 3 helai( optional)
Masak semua bahan di atas hingga cair.
Bahan B
1. Yis mauripan 1 pek (11 g)
2. Gula 1 sudu besar
3. Air cawan 1/2
Masukkan yis bersama gula dan air, kacau rata tunggu dalam 10 minit hingga yis mengembang.
Bahan C
1. Tepung gandum 220g
2. Tepung beras 220g
3. Pisang 150g (dikisar halus)
KUAH
1. Bahan kisar halus
– Bawang besar 1 biji
– Bawang merah 5 biji
– Lengkuas 1 inci
– halia 1/2 inci
– kunyit 1/2 inci
2. Bahan tumbuk
– ketumbar 2 sudu kecil (disangai)
– jintan manis 1 sudu kecil ( disangai terlebih dahulu)
– lada hitam 2 sudu kecil
3. ikan selayang 3 ekor ( direbus dan diambil isi)
4. rempah masak cap ros 1 sudu kecil (optional)
5. santan 1 kotak kecil
6. kerisik 1 sudu kecil
7. kelapa parut 1 sudu besar
8. Nisang secukup rasa
8. garam gula secukup rasa
9. Minyak dan air
CARA PENYEDIAAN:
APAM
Campurkan kesemua bahan A, B dan C kacau rata sehingga tiada tepung berketul
Perap selama 1 1/2 jam. Sapukan minyak kepada acuan dan kukus selama 20 ke 25 minit bergantung kepada pengukus dan acuan.
Bila masak sejukkan dulu dalam 10 minit barulah keluarkan.
KUAH
Tumis bahan kisar halus
Bila naik bau masukkan bahan tumbuk dan rempah, tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan 1 cawan air, masukkan santan dan 1 cawan air lagi ( kepekatan terpulang pada citarasa) Masukkan ikan, kelapa parut,kerisik, nisang, garam dan gula. (Kuah hendaklah tidak terlalu cair dan terlalu pekat)
Ikan kembung percik adalah salah satu menu yang popular bila tibanya bulan puasa. Pergila ke mana-mana bazar sekalipun, pasti ada yang menjual hidangan ini. Namun jika nak masak sendiri di rumah, tidak susah pun. Malah lagi puas hati. Kalau makan bersama nasi kerabu, memang nikmat. Nak cuba masak Ikan Kembung Percik untuk berbuka nanti? Jom lihat resipi yang dikongsi oleh saudari Suhasnida Ismail. Istimewa resipi ini dimasak menggunakan cara tradisional. Nanti bolehlah cuba. Kalau guna ayam pun boleh.
CARA MASAK IKAN KEMBUNG PERCIK SEDAK DOOH
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kembung atau 1 1/2 ekor ayam saiz 2 kg – bersihkan
1. Kisar bahan A. Lumur pada ikan dan perap sejam. Jika menggunakan ayam, lumur bahan kisar pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak. Ketepikan.
2. Kisar bahan-bahan B yang perlu dikisar dan masukkan dalam periuk.
3. Tambahkan cili kering kisar.
4. Kemudian masukkan santan pekat, bahan perasa dan limau nipis dengan secukupnya.
5. Masak kuah percik sampai mendidih dan pekat. Ketepikan.
5. Cucuk lidi pada ikan supaya ikan tidak patah masa dibakar. Kepitkan guna pemanggang buluh yang dipanggil nama ‘pranggey’ . Kemudian bakar ikan atau ayam yang telah diperap tadi sampai masak.
6. Kemudian salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar sebentar. Ulang langkah salut dan bakar ini sebanyak 4 kali supaya rasa percik bertambah sedap.