Lembut Seperti Air Embun Pagi, Mudah Je Nak Buat Rain Drop Cake

Share

Menu yang tengah viral pada ketika ini, rain drop cake! Memang cantik dan comel je. Jernih dan lembut macam air embun pagi. 

Rupanya cara nak buat pun senang je. Menerusi resipi dan cara yang dikongsi Siti Masitah Awang KechikFull ini, sekejap saja untuk membuatnya.

 

RAIN DROP CAKE

BAHAN-BAHAN:

½ sudu besar serbuk agar-agar (saya guna swallow laying-layang) – beli online di sini


1 sudu besar gula kastor (kalau gula ni tak cukup, boleh tambah sendiri) – beli online di sini
700ml air

TONTON Laksa PeranakanProjek Air Tangan Emas Bersama MAGGI

TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Rebus serbuk agar-agar dan gula bersama air sampai mendidih. Kacau-kacau bagi sekata semuanya.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

2. Dah cair semuanya, padam api. Tuang ke dalam bekas atau mangkuk bahagian dalamnya membulat macam acuan lompang tu. Saya guna mangkuk Tupperware je.


3. Sejukkan dalam peti sejuk. Bila dah mengeras, keluarkan dan hidang bersama air gula melaka dan serbuk soy bean. Saya tak letak sebab tak ada serbuk tu.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

BAHAN HIASAN:

Air gula melaka
Soy bean powder (yang dipanggang)

Kredit resipi: Siti Masitah Awang KechikFull

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff