Ada pelbagai petua lama atau cara yang dikongsi sejak turun temurun untuk melembutkan daging. Letak kurma, ais, sudu dan macam-macam lagi.
Tapi lembutkan daging cara ini makan masa dan belum tentu daging lembut. Sebaiknya kita ikut cara mereka yang mahir dalam masakan. Dikongsi oleh Chef Rizal
tiga cara ini dijamin dapat melembutkan daging.Perah sebiji lemon dalam daging daging yang dihiris. Gaul dan biarkan 20-25 minit. Kemudian cuci bersih. Insya-Allah lembut daging ini
Cara kedua, sediakan air dalam dalam bekas kemudian masukkan satu sudu makan baking soda ke dalam air.
Larutkan dan campurkan air ini dalam daging. Biar 10 minit dan cuci bersih. Jangan biar lama kerana daging rasa lain.
3. Cuka
Letak sedikit cuka, gaul dengan daging. Perap 15-20 minit. Cuci bersih.
Pilih salah satu daripada 3 cara ini untuk lembutkan daging sebelum memasak.
Sumber: Rizal Kitchen