
Lempeng adalah salah satu masakan yang lazim dihidang ketika sarapan. Bagi masyarakat Melayu, lempeng dimakan dengan sambal sebagai pencecah. Memang sedap apatah lagi kalau lempeng itu lembut teksturnya.
Melalui facebook, Yasmin Fami memberikan resipi bancuhan adunan lempeng menggunakan tiga bahan. Resipi ini menjadikan lempeng lebih lembut dan sangat sedap sehingga menjadi kegemaran anaknya.
LEMPENG 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
2 biji telur ayam
Air panas secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Campurkan tepung gandum, telur ayam dan air panas.
2. Bancuh agak cair supaya lebih cantik lempeng itu.
3. Letak sedikit perencah Maggi Cukup Rasa jika suka.
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
5. Tuang 1 senduk bancuhan tepung tadi. Biarkan masak dan terbalikkan.
6. Angkat dan ulang sehingga habis adunan.
7. Siap dihidang dengan sambal tumis ikan bilis, madu, atau mentega yang disukai.
Kredit: Facebook Yasmin Fami
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kuih Boko Ubi Kayu Gula Merah Legend Guna Sukatan Cawan

Suka makan Kuih Tepung Boko Ubi Kayu Gula Merah? Seperti yang kita tahu, nak buat kuih ini memerlukan kita memarut ubi kayu hingga halus. Lenguh tangan. Namun sangat berbaloi segala kepenatan tu bila makan kuih yang sedap. Nak cuba? Opah Mas Cotek ada kongsikan resipi serta cara-caranya. Sangat sesuai dijadikan hidangan keluarga. Malah jika diletak dalam bekas-bekas kecil seperti di bawah ini, ia boleh dijadikan sebagai buah tangan untuk sebarang majlis keraian malah boleh juga dijadikan produk jualan. BOleh juga menggunakan loyang. Ikut kesesuaian. Berbaloi kan? Jom tengok resipi.
CARA MUDAH BUAT KUIH BOKO UBI KAYU GULA MERAH LEGEND

BAHAN BOKO UBI (LAPISAN BAWAH):
- 3 cawan ubi
- Pati ubi yang mendap
- 3 cawan air
- 1 cawan gula merah – beli online disini
- 1/2 cawan gula pasir atau ikut manis yang disukai – beli online disini
- 2-3 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1.Parut ubi kayu, perah kemudian baru disukat sebanyak 3 cawan. Ambil sekali pati yang mendap dari perahan tadi. Airnya dibuang.
2.Satukan gula merah, gula pasir, air dan pandan. Masak sehingga larut,
3.Kemudian tapi. Sejukkan larutan gula terlebih dahulu.
4.Setelah sejuk, tuang ke atas parutan ubi. Masukkan juga pati ubi kemudian gaul semua bahan hingga rata.
5.Masukkan adunan ke dalam bekas-bekas kecil, kemudian kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan terlebih dahulu.

BAHAN LAPISAN ATAS:
- 1/2 cawan tepung beras – beli online disini
- 4 cawan santan – beli online disini
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan sebatikan.
2.Masak guna api sederhana hingga adunan pekat dan meletup-letup.
3.Adunan haruslah sentiasa dikacau untuk mengelakkannya berketul.
4.Tuang adunan ke atas boko ubi tadi. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
4 Menu Berasaskan Lobak Merah Sungguh Sedap.

Bila sebut lobak merah mesti ramai yang terbayangkan sayur dan paling tidak pun sebagai jus. Tapi cer korang cuba inovasikan lobak merah jadi makanan seperti pancake dan bergedel yang sungguh sedap dan korang patut cuba sebab ia kaya dengan khasiat kesihatan. Rasanya sesuai sangat ni dijadikan hidangan sampingan ataupun kudapan di majlis open house yang bakal korang adakan nanti.

CARROT PANCAKE
BAHAN-BAHAN:
- 1 3⁄4 cawan susu segar
- 2 biji telur
- 1⁄4 cawan mentega
- 4 batang lobak merah | kisar
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 1sudu teh garam
- 4 sudu makan gula
- 2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
- 2 sudu teh serbuk buah pala
BAHAN SOS KASTARD:
- 1/2 tin susu cair
- 1/2 cawan air
- 1 sudu makan tepung kastard
- 1 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
1 Masukkan susu, mentega dan telur dalam mesin pengisar.
- Kisarnya hingga sebati.
- Masukkan pula lobak merah yang dikisar halus.
- Keluarkan adunan dan masukkan dalam mangkuk.
- Seterusnya masukkan garam dan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
- Selepas digaul sebati, tambahkan serbuk kulit kayu manis dan buah pala.
- Adun lagi, dan bancuhan sedia digoreng.
- Panaskan kuali leper dan sapukan dengan sedikit menteg.
- Gunakan senduk bulat sebagai ukuran dan mulakan membuat pancake.
- Lakukan hingga bancuhan habis.
- Sediakan pula sos kastard. Campurkan semua bahan, kacau rata dan renehkan atas api perlahan. Kacau hingga kuah pekat. Tutup api.
- Hidangkan pancake dengan sos kastard

JEJARI LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 4 batang lobak merah | potong memanjang
- 1 sudu garam
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu teh garam halus
- 1 sudu teh herba campuran
- 1 sudu teh bawang putih yang dicincang
- 1 sudu teh serbuk paprika
- Serbuk roti secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Gaulkan jejari dengan semua bahan kecuali serbuk roti dan minyak.
- Perapkan lebih kurang7-10 minit.
- Toskan, kemudian gaulkan dalam serbuk roti.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Goreng jejari kentang hingga garing.
- Sedia dihidangkan dengan sebarang sos yang anda suka.

BEBOLA LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 2 batang lobak merah | kisar & perah airnya
- 1/4 cawan kismis | kisar
- 21/2 cawan badam | goreng sangai, kisar kasar
- 6 biji kurma | cincang halus
- 11/4 cawan kacang pecan| goreng sangai dan kisar kasar
- 1 sudu makan gula perang
- 1/2 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
- 1/2 sudu teh serbuk buah pala
- 1/2 cawan bijan | goreng sangai
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan kisar di dalam mangkuk.
- Kemudian masukkan serbuk koko, gula perang serbuk kulit kayu manis dan buah pala.
- Gaul sebati dan bulat-bulatkan sebesar bola pingpong hingga habis doh.
- Salutkan bulatan doh di dalam mangkuk berisi bijan.
- Setelah siap susun dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk.
- Atau boleh sahaja terus hidang bebola lobak merah ini.

BERGEDIL LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 cawan lobak merah yang telah dikisar halus
- 2 batang seleri | cincang halus
- 1/2 cawan bawang besar | cincang halus
- 1/4 cawan serbuk roti
- 2 biji telur | kacau
- 1/2 cawan parseli | cincang halus
- 1 sudu teh garam halus
- 1/2 sudu makan serbuk lada sulah
- 2 sudu makan mayones
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk.
- Adun rata dan bentukannya menjadi leper. Buat hingga habis.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali non stick.
- Goreng bergedil dengan api kecil hingga kuning keemasan.
- Setelah habis digoreng, hidangkan bergedil dengan sos yang ada suka.
Menu Wajib Cuba Hari Ini: Ayam Cendawan Sos Lada Hitam

Kombinasi isi ayam yang berjus dan juga sos lada hitam yang menyengat. Memang terbaik!
BAHAN-BAHAN:
- 500gm hirisan isi dada ayam | diperap 15 minit dengan serbuk lada putih dan garam
- 5-6 ketul cendawan shitake | potong dua
- 1 biji bawang besar | potong dadu kecil
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 3 cm halia | hiris halus
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
- Garam dan gula secukupnya
CARA-CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng hirisan isi dada ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Seterusnya masukkan cendawan shitake,kacau seketika, masukkan isi dada ayam tadi.
- Kemudian perasakan dengan sos tiram, kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
- Setelaah cukup rasa angkat dan hidangkan panas-panas.


