Rasa tak mau makan malam dengan menu berat, apa kata anda cuba lempeng gulung  yang gerenti ketagih sekali makan mesti nak cuba lagi. Yang penting ia sedap dan mudah disediakan. Anak-anak pun gerenti suka. Kalau buat lebih boleh dijadikan bekal untuk anak ke sekolah atau anda bawa ke pejabat keesokan harinya..

LEMPENG GUNTING CICAH SAMBAL TUMIS DAGING KISAR

Ads

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • 1 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh garam
  • Air secukupnya

BAHAN SAMBAL TUMIS DAGING KISAR:

Ads
  • 250gm daging kisar
  • 1 biji bawang Holland | dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 2 sudu makan sos bolognese
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar.
  2. Kisar sebati hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair.
  3. Panaskan kuali non stick, sapukan sedikit minyak untuk permulaan.
  4. Tuangkan adunan lebih kurang satu senduk bulat.
  5. Ratakan menjadi bulat yang nipis.
  6. Setelah masak angkat dan gulung. Lakukan hingga habis adunan.
  7. Seterusnya sediakan Tumus Daging Kisar.
  8. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah hingga wangi.
  9. Masukkan sos bolognese
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI