Lempeng Kelapa Cicah Sambal Bilis, Menu Sarapan Gamit Kenangan

Share

Lempeng kelapa sesuai dijadikan sarapan. Kalau di kampung, inilah yang sering dijadikan hidangan pada pagi hari. Cicah pula dengan sambal bilis. Nikmat tak terkata.

Hidangan ini sesuai sangat digandingkan dengan secangkir kopi panas. Memang padu! Nak dapatkan cara untuk menghasilkan lempeng kelapa yang sedap? Jom ikuti perkongsian resipi daripada Salwani Ibrahim

ini.

LEMPENG KELAPA SAMBAL BILIS

BAHAN-BAHAN:

½ biji kelapa parut (kalau dapat kelapa muda lagi sedap)

3 cawan tepung gandum (saya guna cap Ros)

2 biji telur

1 sudu kecil garam

3 sudu besar marjerin (yang dicairkan)

Air suam

CARA MEMASAK:

Gaulkan semua bahan hingga sebati.

Kandungan air suam agak-agak sahaja seperti bancuhan tepung pisang goreng.

Sendukkan aduanan dalam kuali non stick tanpa minyak. Ini kerana dalam adunan dah ada marjerin.

Masak kedua-dua bahagian hingga bertukar warna keperangan.

Siap. Enak dimakan dengan dengan sambal bilis.

Selamat mencuba.

Kredit: Salwani Ibrahim

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Fazida