Lempeng Kelapa Lembut Dan Sedap, Cicah Sambal Tumis Memang Padu

Share

Buat lempeng kelapa ketika sarapan atau minum petang, dicicah pula dengan sambal tumis memang sedap. Minum pula teh atau kopi panas. Nikmatnya.

Buatnya pun tak sukar. Ada kelapa muda memang terus rasa nak buat. Rasanya memang lembut dan sedap menggunakan resipi daripada Azizah Ali

ini. Makan begitu saja pun dah sedap. Terasa betul parutan kelapa mudanya. Jom buat.

LEMPENG KELAPA MUDA

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini

2 cawan kelapa muda parut

¼ cawan santan – Boleh beli online di sini

1 cawan air kelapa / air biasa pun boleh

Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

Gaulkan sebati.

Panaskan kuali dan selamat melempeng.

Selamat mencuba.

Kredit: Azizah Ali 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Fazida