Resipi Lempeng Mozzarella Cheese yang sangat mudah dan enak dimakan ketika sahur dan juga berbuka. Lebih sedap jika dimakan bersama Ayam Sambal. Memang kombinasi yang cukup padu. Tak rugi cuba resipi ni. Yang penting, gunakan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk efek keju tarik yang sempurna. Enak juga dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango. Jom cuba.
LEMPENG MOZZARELLA CHEESE WITH AYAM SAMBAL
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
80gm Perfect Italiano Mozzarella
80gm Perfect Italiano Perfect Melt
4 cawan air
30gm daun sup
Ayam Sambal | leftover
Garam secukupnya
Cara Memasak:
Gaulkan semua bahan termasuk keju Perfect Italiano Mozzarella di atas hingga sebati.
Masak adunan satu persatu di atas kuali non stick.
Hidangkan bersama leftover Ayam Sambal.
Untuk melengkapkan hidangan, makan bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.
Bestnya kalau cuaca panas-panas ni dapat makan makanan yang sejuk kan? Jom kita buat Agar-Agar Yogurt Buah Campur untuk berbuka puasa nanti. Tak perlu bahan yang banyak pun dah boleh buat satu hidangan pencuci mulut yang sedap dan menyegarkan. Hidangan ini ternyata lebih sedap kerana ia menggunakan Fernleaf Yogurt Asli yang diperbuat dengan kebaikan susu 100% dari New Zealand. Yogurt ini pastinya menjadi pilihan kerana ia rendah lemak dan tiada gula tambahan. Jom cuba, pasti licin sepinggan!
AGAR-AGAR YOGURT BUAH CAMPUR
Bahan-bahan:
20gram agar-agar kering/tali
200gram Fernleaf Yogurt Asli
200ml Fernleaf Susu UHT
400ml air
180gram gula
1 cawan buah-buahan campur
Cara Memasak:
Satukan agar-agar kering dengan air dan gula. Didihkan hingga semua bahan larut. Tapis dan masukkan semula dalam periuk.
Masukkan Fernleaf Susu UHT dan didihkan dengan api yang kecil untuk beberapa minit.
Tutup api, masukkan Fernleaf Yogurt Asli dan buah-buahan campur. Kacau sebati.
Tuang ke dalam acuan pilihan dan sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya satu jam. Hidangkan sejuk.
Tak perlu ke kedai bakeri dah kerana anda boleh buat sendiri Jejari Rangup Parmesan ini di rumah. Memang puas hati bila makan tu kerana cukup segala rasa. Lebih-lebih lagi apabila ditambah keju dan dimakan panas-panas. Satu memang tak cukup! Sangat lembut, gebu dan enak.
Tentunya penggunaan Keju Perfect Italiano Parmesan membantu menaikkan rasa hidangan ini. Ia merupakan keju tulen yang menambah rasa pada mana-mana hidangan. Keju yang wajib ada dalam peti sejuk rumah anda. Wajib cuba dan gerenti menjadi.
JEJARI RANGUP PARMESAN
BAHAN-BAHAN:
250gram tepung gandum
150ml air suam
200gram Keju Perfect Italiano Parmesan Grated
7gram yis kering
½ sudu makan minyak zaitun
½ sudu teh garam
½ sudu teh gula
CARA MEMASAK:
Tuang yis kering dan gula ke dalam 50ml air suam dan biarkan kembang (berbuih) selama 3-5 minit.
Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk pengadun. Tuang minyak zaitun dan campuran yis tadi lalu uli perlahan. Perlahan-lahan tuang lebihan air suam tadi lalu teruskan menguli untuk beberapa minit.
Masukkan KejuPerfect Italiano Parmesan Grated ke dalam mangkuk pengadun lalu uli lagi hingga jadi doh yang tak melekat di mesin pengadun.
Keluarkan doh dan masukkan ke dalam mangkuk yang telah ditabur sedikit tepung. Tutup dengan cling wrap dan rehatkan selama 10 minit atau hingga agak kembang.
Keluarkan doh lalu canaikan di atas papan pencanai yang telah ditabur tepung. Canai dengan ketebalan yang diingini lalu potong memanjang seperti jejari.
Susun doh di dalam dulang pembakar yang telah diletakkan parchment paper lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 8-10 minit atau hingga keperang-perangan.
Keluarkan dari ketuhar dan tabur lebihan Keju Perfect Italiano ParmesanGrated ke atas jejari rangup tadi.
Tauhu Sumbat memang best makan untuk berbuka puasa. Makan dengan kuah kacang, memang sedap. Buat sendiri tentunya lebih puas hati kerana lebih gebu dan banyak isinya. Nak lebih berkhasiat, letakkan juga kepingan Keju Cheddar Chesdale bersama sayuran di dalamnya.
Keju Cheddar Chesdale diperbuat dengan susu dari New Zealand yang tinggi dengan kalsium dan protein. Memang berkhasiat, pastinya anak-anak lebih sihat dan kuat. Cubalah nanti. Gerenti menjadi!
TAUHU SUMBAT BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4 biji tauhu
1 batang lobak merah – potong memanjang (julienne)
1 biji timun – buang empulur & potong memanjang
½ cawan hirisan kobis ungu
6-8 keping Keju CheddarChesdale – hiris memanjang
Sos cili Thai/mayonnaise secukupnya
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam pada tauhu lalu goreng hingga keperang-perangan. Potong tauhu kepada segitiga dan belah bahagian tengahnya dan keluarkan sedikit isi.
Masukkan hirisan lobak merah, timun, hirisan bunga kobis dan hirisan Keju CheddarChesdale ke dalam tauhu dan kemaskan.
Hidangkan tauhu sumbat dengn sos chili Thai atau mayonnaise.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!