Makan

Lengat Pisang, Kuih Tradisi Yang Sedap Berlemak. Ini Cara Membuatnya

Share

Kuih lengat pisang ini mungkin ramai yang tak pernah makan malah ada yang tak pernah melihatnya. Kuih tradisi memang jarang sangat dihidangkan ketika ini. Sayang kerana lengat pisang cukup enak rasanya.

Manis berlemak bersatu, kuih lengat pisang ini sesuai dihidangkan untuk minum petang. Bagi yang nak cuba boleh gunakan perkongsian resipi daripada Wani Sulinan

.

Katanya kuih lengat pisang ini sangat mudah membuatnya, lebih mudah dari cekodok pisang dan hanya menggunakan empat bahan.  Bahagian putih rasanya seperti tepung pelita dan hanya empat langkah untuk menyediakannya.

Cara buat lengat pisang

Bahan-bahan

1 sisir pisang berangan – resipi asal pisang lemak manis, boleh ikut citarasa
1 kotak kecil santan segera
3 sudu penuh tepung beras
Gula, garam secukupnya

Cara membuat

1) Hiris pisang nipis setiap satu kemudian susun dalam loyang cantik-cantik.

2) Tabur gula atas pisang, buat beberapa lapisan hingga pisang habis.

3) Tuang sekotak santan dalam bekas berasingan kemudian guna kotak yang sama tambah sekotak air. Masukkan tiga sudu tepung beras dan letak garam. Kacau sebati.

4) Tuang semua santan tadi ke dalam loyang pisang. Kukus selama 20 minit. Siap! Makan sejuk-sejuk lagi sedap.

 

Sumber: Wani Sulinan

 

Published by
Rose