1. Mula-mula goreng ayam dulu, angkat dan ketepikan. 2. Panaskan minyak, masuk 2 batang serai dalam kuali. 3. Masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis sampai pecah minyak. Saya guna 4 biji cili api je. Kalau nak pedas sikit letak la lebih.
4. Masuk 3 sudu sos cili dan 2 sudu sos tiram. 5. Masukkan sedikit gula melaka. Sebenarnya tak kisah gula apa pun, tapi gula melaka ni akan cantikkan kuah dan rasa lebih kick gitu. Kacau dan kacau.
Sayur keladi masak tempoyak. Bagi yang suka keladi, ini antara masakan yang sering dimasak. Simple je masakannya. Campak-campak je dah siap. Tapi, sedapnya tak boleh bawa bincang.
Makan dengan nasi sedap, ratah macam tu je pun sedap. Rasa masam, manis dan masin sangat membuka selera. Masak untuk berbuka boleh, untuk sahur pun boleh. Gandingkan dengan ikan goreng pun dah cukup sedap.
Ikuti saja resipi yang dikongsikan oleh puan Mazuin Mahmud ini. Gerenti jadi. Tambah istimewa bila bubuh budu. Lain macam sedapnya. Cubalah!
Menjelang nak hari raya ni, dah bolehlah buat biskut raya pilihan. Bolehlah buat biskut yang senang dan sedap,biskut Florentine. Resipi ni boleh dapat dalam 220 keping yang tebal-tebal sikit dari mereka yang buat jualan. Memang berbaloi la buat sendiri.
Bahan-bahan: 500 gram golden florentina 250 gram flake almond 250 gram green pumpkin seed 250 gram sun flower seed 100 gram black sesame seed
Cara membuat: 1. Goreng kekacang atas dapur / bakar dahulu kekacang selama 5 minit (tapi step ni saya tak buat).
2. Campur semua bahan dalam bekas dan kacau sekata.
3. Masukkan dalam cup muffin. Sayu buat tebal-tebal sikit sebab nak makan sendiri (cup ni boleh guna berulang kali)
4. Bakar 130° selama 15 minit sehingga keperangan (tengok atas oven masing-masing. Saya bakar lebih 30 minit. Bila dah keperangan, angkat. Suhu tu nak guna lebih pun ikut la sebab masuk round ke-3 saya ejas naik sikit) 5. Tekan sikit kat bawah cup bagi dia tercabut keluar.
Anda yang menghidap diabetes jika teringin makan steak, boleh je makan. Tak ada pantangnya, selagi steak bebas dari gula dan karbohidrat. Nak lagi sedap tambah apa sahaja sos dan hidangan sampingan seperti salad, bunga kobis, brokoli dan lobak merah. Namun, elak makan steak bersama nasi, kentang ataupun jagung kerana makanan ini sumber gula dan karbohidrat.
Ini resipi steak yang bebas gula dan karbohidrat. Anda boleh cuba ye:-
SAVOURY MARINATED STEAK
BAHAN-BAHAN PERAP :
180gm Striploin beef
1 sudu makan herba campur
1/2sudu makan paprika
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
BAHAN SOS SAVOURY
3 sudu makan sos BBQ
1 sudu makan serbuk lada hitam
CARA MEMASAK :
Gaulkan kepingan daging dengan bahan perapan. Perap selama lima minit.
Kemudian, panggang daging lebih kurang 15 minit untuk kedua-dua belah daging.
Sementara itu campurkan sos BBQ dengan serbuk lada hitam. Kacau rata sos.
Setelah steak masak, tuangkan sosdi atas steak dan hidangkan bersama salad segar, cili bangala panggang, hirisan lemon dan salad segar.