Untuk hidangan buka puasa nanti, boleh cuba resipi ikan talapia garing bersos limau ini, pasti membuka selera.
Resipi yang dikongsi Marina Ismail ini, lengkap dengan rasa masam, masin, manis dan pedas yang mampu membuka selera.
TALAPIA GARING BERSOS LIMAU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan talapia
3 biji limau nipis | ambil jusnya – beli online di sini
3 sudu besar gula – beli online di sini
3 biji cili padi merah | potong halus
5 biji cili padi merah | potong halus
5 sudu besar sos ikan – beli online di sini
7 ulas bawang putih | cincang halus – beli online di sini
2 tangkai daun ketumbar | potong halus
Garam | untuk lumur pada ikan
CARA MASAK:
1. Basuh ikan bersih-bersih dengan limau nipis. Bau hanyir ikan pasti akan hilang.
2. Lumurkan garam secukupnya pada ikan tadi. Perap seketika, tidak perlu letak kunyit.
3. Goreng ikan sehingga betul-betul garing. Ketepikan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
5. Campurkan sos ikan, gula, jus limau nipis, cili padi dan daun ketumbar. Kacau sebati.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
7. Kacau dan rasa. Pastikan cukup rasa masam, manis, masin dan pedas. Apa yang kurang, boleh adjust.
8. Dah cukup rasa, tuangkan ke atas ikan yang digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi: Marina Ismail
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: