
Lengkong sirap atau agar agar sirap begini sangatlah sesuai sebagai hidangan pembuka mahu pencuci mulut sewaktu berbuka puasa.
Sejuk tekak dan terasa segar bila dimakan terutama ketika cuaca panas.
Selain boleh dimakan terus agar-agar merah ini lagi sedap dan berlemak rasanya bila dimakan bersama susu cair, susu penuh krim atau pun santan. Lebih terasa keenakannya.
Nak buat petang ini pun boleh, sebab cara membuatnya tersangatlah senang.
Lengkong sirap penyejuk tekak
Bahan bahan
10 gram serbuk agar agar
1/2 cawan gula
2 sdb sirap
5 cawan air
Susu cair atau susu penuh krim
Cara membuat
1. Campurkan ke semua bahan kecuali susu dalam periuk. Sukatan air lima cawan ini menjadikan lengkong ini lembut dan senang hancur. Jika mahu lengkong yang agak keras boleh kurangkan air kepada empat cawan.
2. Biarkan semua bahan mereneh lebih kurang 20 minit sampai serbuk agar-agar hancur. Kena selalu kacau ya.
3. Tutup api bila agar-agar larut sepenuhnya. Kemudian boleh terus tuang dalam Loyang.
4. Apabila agar-agar suam baru masukkam dalam peti sejuk.
5. Selepas lengkong sirap ini keras boleh dipotong mengikut cita rasa.
4. Kemudian, bubuh dalam bekas kegemaran. Tuangkan susu cair, atau susu penuh krim. Nak guna santan pun boleh. Tapi penggunaan susu cair lebih sedap, rasa lemak susu kena sangat dengan lengkong sirap yang manis.
5. Boleh hidangkan untuk berbuka puasa sebelum atau selepas akan nasi.
Kredit resipi & foto: Umi Watie
Baca Lagi: Agar-Agar Permata 5 Bahan, Resipi Istimewa Dari Bonda Di Kampung
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI