
Lepat jagung ini sesuai dimakan untuk minum petang atau sarapan. Rasanya yang lemak manis membuatkan ramai yang menyukainya.
Namun ada yang beranggapan susah nak membuatnya. Sebab itu lebih suka beli. Tapi zaman sekarang, bukan mudah nak dapat. Jadi, kalau teringin, baik buat sendiri. Tak susah pun sebenarnya.
Ikuti perkongsian resepi daripada puan Rohaiza Abd Manan. Gerenti sedap!
Lepat Jagung
Bahan-bahan:

2 tongkol jagung (disagat halus)
1 tongkol jagung (dihiris)
1 cawan tepung beras – boleh beli online di sini
1/2 cawan tepung jagung – boleh beli online di sini
1/2 cawan gula – boleh beli online di sini
2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa – boleh beli online di sini
Cara Memasak:

Satukan kesemua bahan dalam satu bekas. Kacau sebati,

Masak adunan itu dengan api sederhana, sentiasa kacau supaya tidak hangit.

Sediakan kulit jagung dan bersedia untuk membungkus lepat.

Sudukan sedikit adunan anggaran dalam 1 sudu besar, bungkus dengan daun jagung. Bungkus kemas. Setelah itu, masukkan ke dalam pengukus dan kukus hingga masak.

Kukus selama 25-30 minit ye. Siap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Inti Penuh & Garing, Resipi Kuih Bom Bijan Keledek Ni Memang Terbaik
Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuih Kacang Hijau Ikut Resipi Mak. Sedap!
https://www.rasa.my/category/resipi/kuih-muih/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
4 Kuih Tradisional Goreng , Jadikan Sarapan Esok Lebih Berselera

Kuih tradisional bukan sahaja sesuai dibuat sarapan, malahan kudapan petang pun menyelerakan juga. Tak payah kukus, tak payah bakar empata kuih ini boleh digoreng sahaja. Mudah aje buatnya. Resipi kuih yang tak lekang dek zaman ni, generasi muda patut lah cuba.
1. CUCUR BADAK

BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
- Minyak masak untuk menumis
- 1/2 biji kelapa parut
- 100 gm udang kering /direndam dulu
- 1 ulas bawang putih
- 3 biji bawang kecil
- 7 biji cili merah
- 1 sm halia
- 1 batang serai
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu makan gula
- 1/2 sudu teh garam
Bahan doh :
- 250 gm keledek /rebus dan lenyek
- 4 sudu makan tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1. Kisar semua bahan inti kecuali kelapa parut
2. Panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar, kacau hingga masak
3. Masukkan kelapa parut, gaul rata, Tutup api dan ketepikan.
CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN :
1. Ambil keledek dan masukkan ke dalam bekas, lenyek.
2. Masukkan tepung gandum perlahan-lahan dan uli.
3. Ambil sedikit doh, masukkan inti di tengah
4. Ulang sehingga doh dan inti habis
5. Goreng sampai kekuningan , angkat dan toskan
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kuih rasa keledek yang lembut dan berinti pedas
INFO CHEF : Jika anda hendak menyimpan dalam peti sejuk dalam masa yang lama anda bolehlah menggorengnya separuh masak.
2. KUIH TOPI *(Kuih Pantai Timur)

BAHAN-BAHAN :
- 1 1/2 cawan gula
- 2 cawan air
- Secubit garam
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
CARA MEMASAK :
1. Gula, air dan garam dimasak hingga gula hancur. Sejukkan air gula.
2. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan. Kemudian masukkan air gula sedikit demi sedikit.
3. Kacau sehingga adunan tidak berketul dan berbuih.
4. Kemudian perap 8 jam atau semalaman
5. Sebelum goreng kacau sebati dulu adunan kuih topi itu. Kalau pekat tambah sedikit air dan kacau sebati.
6. Apabila adunan sudah sebati ambil sesenduk adunan curah dalam kuali yang sudah panas minyak.
7. Guna kuali yang dalam, bila sudah masuk, balikkan kuih topi.
8. Masa ini anda boleh lihat topinya naik.
9. Goreng hingga tepi dan kelililing kuih agak garing
10. Kuih topi siap dihidangkan
Saiz hidangan : 4-5 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Aduan tepung gandum dan beras menghasilkan kuih yang rangup dan manis
INFO CHEF : Kuih topi cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ia juga dikenali sebagai kuih cucur manis atau cucur jawa.
3. SARDIN GULUNG

BAHANBAHAN :
Bahan doh :
- 500 gm tepung gandum
- 150 gm marjerin @ mentega
- 1 biji telur
- 1 sudu teh gula
- 1/2 sudu teh garam
- 110 ml air sejuk/dingin dari peti sejuk
Bahan inti :
- 1 tin kecil sardin
- 2 sudu makan cili kisar
- 3 ulas bawang putih /ditumbuk
- 3 biji cili padi /dicincang
- 1 biji bawang besar /dicincang
- 1 sudu makan jus limau nipis
- 1 biji ubi kentang /dipotong dadu
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1.Panaskan minyak masak dalam kuali.
2.Tumis cili kisar, masukkan bawang putih dan bawang besar dan cili padi.
3.Tumis hingga agak garing, masukkan kentang, kacau dan biarkan kentang masak
4.Masukkan sardin dan garam, biarkan masak . Angkat dan ketepikan
CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN:
1. Satukan tepung gandum, gula, garam dan marjerin atau mentega. Gaul hingga menjadi tekstur serbuk roti dan tidak mengapa jika ada sedikit ketulan kecil mentega.
2. Masukkan telur ayam dan gaul sebati.
3. Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan licin. Jika keras tambahkan lagi sedikit air.
4. Balut doh dengan ‘plastic wrap’ dan masukkan dalam peti ais selama 15- 30 minit.
5. Keluarkan doh dari peti sejuk, dan bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 25 gm setiap satu.
6. Ambil satu doh kecil, canai nipis jadi memanjang
7. Kelar bahagian atas, letakkan sedikit inti pada sebelah bahagian yang tidak dikelar
8. Gulung dan tarik bahagian sisi doh dengan kemas
9. Panaskan minyak masak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kulit doh ini sama dengan cara membuat pastri
INFO CHEF : Ketulan mentega yang terhasil akan membuatkan doh yang dileper dan digoreng menjadi berongga dan rangup. Pastikan roh direhatkan di dalam peti sejuk.
4. KUIH BOM

BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu makan tepung gandum
- Garam secukup rasa
- 1 cawan air
- Bijan secukupnya untuk salut
Bahan inti kelapa :
- 1 biji kelapa parut/ putih sahaja
- 1 cawan gula merah atau gula Melaka
- 2 sudu makan gula pasir
- 2 helai daun pandan /disimpul
- Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1. Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering
3. Angkat dan ketepikan
4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.
CARA BUAT DOH:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut
4. Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi.
5. Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
6. Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 9 biji kuih bom bersaiz bola ping pong
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dengan inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti boleh disimpan untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.
Terima kasih : KUeh Cafe , Seksyen 13,Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, Shah Alam, Selangor.
Cara Senang Buat Kuih Peneram, Sesuai Buat Pertama Kali Cuba

Sebut sahaja resipi kuih peneram, terus terbayang kuih bewarna kecoklatan yang digoreng sekejap dalam minyak panas dan sangat lembut.
Kuih peneram, antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai dan selalu dianggap susah nak buat.
Resipi yang dikongsi Khairunnisa Mohammad ini, sesuai buat yang pertama kali nak mencuba buat sendiri kuih peneram.
KUIH PENERAM

BAHAN-BAHAN:
250g tepung beras (saya guna cap gajah 3) – beli online di sini
190g gula merah – beli online di sini
80ml air
80ml santan pekat
CARA MEMASAK:
1. Masak gula, santan dan air sehingga mendidih dan berbuih. Tutup api.
2. Tuang air gula ke dalam tepung beras semasa masih panas dan kacau dengan senduk kayu. Tuang sikit-sikit ye.

3. Mula-mula adunan memang ada nampak cair sikit. Teruskan kacau dalam 7 ke 10 minit hingga adunan jadi bertali. Bila kita angkat sudu tu, adunan lambat nak turun.
4. Perap adunan minimum 5/6 jam. Saya perap semalaman. Lepas perap, memang doh jadi keras sikit. Uli sekejap jadi lembut sampai boleh dicanai atau dibentuk.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
5. Cara bentukkan: boleh canai dan tekap atau bulat-bulatkan sebesar guli, penyek di tapak tangan dan buat bulatkan di tengah dengan lidi (saya buat cara ni. Tekap dengan acuan tak jadi).

6. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Tapi api jangan kuat sangat. Nanti rentung. Cuma minyak tu kena betul-betul panas. Bila kita letak doh dalam minyak, doh tu timbul terus dalam 5 saat gitu. Kalau tenggelam je, lambat naik, maksudnya minyak belum betul-betul panas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
7. Kalau bentukkan doh dengan cara penyekkan di tangan, kena goreng terus ye. Penyek, buat bulatan di tengah, terus masukkan dalam minyak. Kena cepat sikitlah. Tapi kalau perlahanpun takpa. Sekali goreng dapat 2-3 biji.

8. Rajin balik-balikkan kuih supaya masak sekata. Agak-agak dah perang sikit, boleh angkat. Jangan biar sampai hitam legam. Nanti bila dah sejuk, keras macam batu.
9. Santan kalau tak nak letak pun takpa. Kebanyakan resipi tak letak pun. Ada jugak yang kata kuih tak tahan lama kalau letak santan. Ikutlah kehendak masing-masing ye. Boleh cuba rujuk resepi Che Nom. Dia ada buat dua versi. Bersantan dan tidak bersantan. Saya tak reti bab sukatan air tu kalau korang tanya.
NOTA:
*Bagi yang guna gula apong, boleh tambahkan gula jadi 200g. Sebab kalau 190g, dia jadi kuih peneram versi kurang manis. Tapi ada orang suka kuih ni manis.
*Bab suhu minyak tu memang cerewet sikit. Saya sendiri berapa kali buka dan tutup api. Nak cari kepanasan yang paling sesuai. Tak cukup panas, kuih tak jadi. Terlalu panas, kuih hangus. Tapi kalau kena suhunya, gerenti akan dapat kuih yang rangup di luar, lembut di dalam.
Kredit resipi: Khairunnisa Mohammad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedapnya Bistik Daging, Resipi Istimewa Daripada Tok Sendiri
4 Menu Sambal Kering Cili Padi Ikan Mudah Dimasak, Sedap Rasanya
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Koleksi Lepat Mudah & Sedap, Boleh Buat Sendiri Ni.

Dulu, orang selalu buat lepat dari pisang, labu atau ubi, tapi sekarang hasil inovasi macam-macam jenis lepat telah dihasilkan dan rasanya juga sedap. Tak percaya, sekarang ni jagung, cendul dan sagu juga boleh dibuat lepat. Kalau korang nak rasa boleh cuba mana-mana resipi lepat yang korang suka, soal rasa memang terbaik, sedap dengan rasa lemak manisnya.

RESEPI LEPAT LABU
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm labu kuning | kukus dan dilecek
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung tepung beras
- 1/2 cawan pati santan
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh garam
- Gula secukup rasa
- Kelapa parut + garam | untuk inti
- Daun pisang| layukan untuk bungkus
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung beras, gandum, kuning telur, santan dan gula di dalam bekas labu yang telah dilecek tadi.
2. Jika adunan lembik sangat tambah sedikit tepung, adunan ini tidak terlalu lembik.
3. Kemudian letakkan satua tau dua sudu makan adunan atas daun pisang.
4. Masukkan inti kelapa di tengah-tengahnya.
5. Kemudian bungkus seperti buat lepat biasa.
6. Kukus sampai masak.
7. Setlah masak tutup api dan sejukkan sebelum sedia dihidangkan.

LEPAT UBI:
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan ubi kayu | kisar atau parut
- 1 1/2 cawan kelapa parut | putih sahaja
- 1/4 cawan santan pekat
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 2 sudu makan tepung ubi
- Air secukupnya untuk kisar ubi
BAHAN MASAK & SEJUKKAN:
- 1 cwn gula merah
- 1/2 cwn air
- 2 helai daun pandan| simpulkan
- Ssecubit garam
- Daun pisang secukupnya | layur dan lap bersih.
CARA MEMASAK:
1. Buang kulit ubi, bersihkan dan potong kecil. Buang sekali empulur tengahnya.
2. Kisar ubi bersama air biasa dan toskan guna kain. Air tadi boleh digunakan semula untuk kisar ubi selebihnya. Dapatkan dalam 4 cawan ubi yg telah dikisar
3. Setelah siap, ambil kanji ubi dalam air yang telah ditus tadi air (biasanya kanji itu mendap di bahagian bawah bekas air.
4. Satukan kanji ubi bersama ubi kisar tadi dan gaul sebati.
5. Masukkan kelapa parut, garam, gula pasir, santan pekat, tepung ubi dan air gula merah yang telah ditapis tadi.
6. Gaul rata semuanya dan ketepikan dulu.
7. Ambil daun pisang bersih tadi dan sudukan dua sudu makan ke atas daun.
8. Bungkus dengan kemas. Lakukan hingga habis adunannya.
9. Kukus lepat ubi selama 40 minit dengan api sederhana kuat.
10. Biarkan kuih betul-betul sejuk, barulah dihidangkan.

LEPAT CENDOL
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung gandum
- 5 cawan santan
- 1 cawan cendol
- 3/4 cawan gula pasir
- Secubit garam
- Daun pisang secukupnya | layur dan lap bersih
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan kecuali cendol.
2. Kacau sebati, kemudian masak atas dapur dengan api perlahan.
3. Apabila nampak mereneh, masukkan cendol, kacau hingga adunan pekat.
4. Bila timbul blup-blup adunan, tutup api.
5. Bungkus adunan dengan daun pisang.
6. Kukus hingga masak lebih kurang 15-20 minit.

LEPAT SAGU
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung jagung
- 2 sudu makan tepung Hoen Kwe
- 1 cawan gula
- 5 1/2 cawan santan
- 1sudu teh garam
- 1/2 cawan sagu
- 2 helai daun pandan | disimpul
- Daun pisang secukupnya| layur dan lap bersih
CARA MEMASAK:
1. Dididihkan tiga cawan air dalam periuk.
2. Kemudian masukkan setengah cawan sagu, masak sampai sagu jernih.
3. Tutup api dan tapis sagu dan bilas di bawah air mengalir sebelum ditoskan. ketepikan.
4. Satukan tepung jagung, tepung Hoen Kwe, santan, gula dan garam. Sebatikan.
5. Masak atas api perlahan sampai adunan nampak berkilat.
6. Masukkan sagu, kacau atau sebatikan.Tutup api.
7. Ambil dua sudu makan adunan, letakkan atas daun pisang, kemudian bungkus kemas
8. Sejukkan dalam peti sejuk. Hidangkan

LEPAT LIAT
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan air
- 3 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 cawan gula merah
- 1 1/2 cawan santan pekat
- Daun pisang secukupnya | layur dan lap bersih
CARA MEMASAK:
1. Masak guka merah dan gula putih dengan dua cawan air, masak hingga mendidih.
2. Sejukkan dan ke tepikan.
3. Masak pula santan dalam periuk hingga mendidih.
4. Campurkan santan dengan air gula tadi ke dalam bekas berisi tepung pulut, uli hingga sebati.
5. Letakkan dua sudu makan adunan atas daun pisang, masukkan inti.
6. Bungkus kemas dan kukus hingga masak.
7. Setelah sejsuk lepas sedia dihidangkan.

LEPAT JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan biji jagung | rebus sekejap
- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan santan pekat
- 1/2 gula cawan
- 3 cwan air
- 1 sudu teh garam
- Daun pisang yang telah dilayurkan atau daun jagung.
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan kecuali jagung dalam mangkuk.
2, Kacau rata hingga sebati baru masukkan jagung tadi.
3. Masak hingga adunan menjadi pekat. Tutup api.
4. Ambil dua sudu adunan masukkan atas daun pisang atau daun jagung, kemudian lipat.
5. Kukus hingga masak, kemudian sejukkannya.
6. Lepat Jagung sedia dihidangkan apabila sejuk.

LEPAT PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 13 biji pisang berangan/pisang emas
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan kelapa parut | putih sahaja
- 2 sudu makan gula pasir
- 2 sudu makan gula merah
- 1 sudu teh garam
- Daun pisang secukupnya | layur dan lap bersih
CARA MEMASAK:
1. Kupas pisang, kemudian lenyek pisang hingga hancur.
2. Masukkan gula, gula merah dan garam secukup rasa, kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum dan kelapa parut dan gaul hingga sebati.
4. Sudukan dua sudu makan adunan ke atas daun pisang. kemudian lipat kemas.
5. Susun kuih lepat dalam pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
6. Tutup api, biarkan lepas sejuk seketika.
7. Setelah sejuk lepat sedia dihidangkan.

KUIH NAGASARI
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung beras
- 5 cawan santan
- 2 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu makan gula
- 1/2 sudu teh garam
- 5 biji pisang raja
- Daun pisang secukupnya | layur dan lap bersih
- Gaul sebati tepu
CARA MEMASAK:
1. ng, santan, garam dan gula hingga sebati.
2. Tapiskan adunan ke dalam periuk.
3. Kacau di atas api kecil hingga pekat dan angkat
4. Ambil dua sudu makan adaunan dan letak di atas daun pisang.
5. Letakkan sepotong pisang, kemudian bungkus dengan daun pisang seperti buat lepat.
6. Buat hingga habis.
7. Sementara itu panaskan pengukus.
8. Kukus selama setengah jam atau hingga masak.

