Lepat Jagung Lemak Manis, Memang Tak Cukup Satu

Share

Petang ni teringin nak makan lepat. Geram tengok kulit jagung lebar dan besar kita buat bungkus lepat la pula hari ni.Memang tak cukup satu ni.


LEPAT JAGUNG
Bahan-bahan:
1 – 1 1/2 tongkol jagung (1 cawan)


1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula (ikut citarasa)
3 cawan santan (santan + air)
¼ sudu kecil garam #zida2004
Kulit jagung/daun pisang

Cara membuat:
1.Setengah daripada jagung dihiris. Setengah lagi disagat atau dikisar dengan bahan lain.

2. Kisar,campurkan tepung beras, tepung gandum,tepung jagung, gula, santan dan garam. Nak tambah setengah dari jagung pun boleh. Kisar hingga sebati.


3.Tuangkan adunan ke dalam kuali/periuk. Masukkan juga jagung yang telah dihiris. Kacau dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup api. Biarkan adunan sejuk sedikit.

4.Sudukan satu atau dua sudu besar adunan lepat ke atas sehelai kulit jagung/ daun pisang yang telah dilayur/kukus dan disapu sedikit minyak. Gulung dan lipat dengan kemas. Buat hingga adunan habis.

5.Panaskan pengukus. Bila air kukusan telah mendidih, kukus adunan lepat selama 20 minit.
Kredit: #norfazidagda

Published by
Putri Adila Saari