Sarapan pagi nanti teringin nak makan kuih tradisi. Biasa makan lepat pisang, jadi kita tukar angin buat lepat jagung pula. Tak perlu susah-susah nak cari daun pisang untuk membungkus, boleh guna kulit jagung untuk rasa lebih sedap dan wangi.
Lepat jagung
2 tongkol jagung sagat 1 tongkol jagung dihiris 3 cawan santan 1 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung jagung 1/2 cawan gula pasir sedikit garam. kulit jagung untuk membungkus lepat.
Cara memasak: 1. Semua bahan di atas dimasak sehingga pekat. Jangan sampai masak pulak. 2. Apabila sudah likat angkat dan bolehlah dibungkus. 3.Ambil 1 sudu makan, masukkan ke dalam kulit jagung lipat bagi kemas. Buat sehingga habis. 4.Panaskan pengukus. Kukus lepat dalam 20 minit.
Masak sup, letak bebola ikan. Masak kicap pun boleh letak bebola ikan. Bebola ikan atau selalunya kita panggil fish ball sangat sedap kalau dimasak sup. Boleh juga jadi pelengkap pada hidangan sayur. Kalau nak buat sendiri bebola ikan, RASA berikan resipinya.
BEBOLA IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
300 gram isi ikan tenggiri
2 sudu teh tepung jagung
1/2 – 3/4 cawan air sejuk (dalam peti)
Garam secukup rasa
1/2 Sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMBUAT
1. Kikis isi ikan menggunakan sudu ceramik. Ambil isinya sahaja.
2. Kisar isi ikan sehingga lumat.
3. Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Gaul sebati.
4. Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan mendapat tekstur yang tidak likat sangat dan tidak lembik sangat. Lebih kurang macam adunan cekodok pisang.
5. Kemudian keluarkan adunan dan masukkan ke dalam besen kecil. Basahkan tangan dan ambil adunan sedikit demi sedikit. 6. 6. Adunkan doh ikan tadi dalam besen berulang kali sehingga anda rasa adunan menjadi kenyal, berkilat dan licin.
7. Semakin lama adunan dipukul, semakin kenyal tekstur bebola ikan anda.
8. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola seperti di dalam gambar.
9. Ambil bebola ikan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk yang telah dibancuh dengan 1 sudu garam. Rendam selama 15 minit.
10. Didihkan air dan masak bebola ikan sehingga terapung. Kemudian toskan airnya dan dimasak mengikut citarasa.
Nota: Bebola ikan ini enak dinikmati bersama sup sayur, yong taufu. Boleh juga dijadikan penambah rasa dalam sajian nasi atau mi goreng. Boleh disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.
Sup adalah menu yang sedap dimakan ketika cuaca panas kerana berkuah. Jadi, buatlah sup yang segar untuk menjadikan sup lebih sedap dinikmati.
SUP TULANG RUSUK
BAHAN-BAHAN
400 gram tulang rusuk lembu (bersihkan dan rebus ¾ empuk)
400 ml air rebusan tulang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
50 gram rempah sup
2 inci halia (hiris tebal)
1 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugur
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air rebusan tulang tadi dan masukkan semua bahan di atas kecuali tulang, garam dan serbuk perasa.
2. Biarkan kuah mereneh dan mendidih seketika dan masukkan tulang.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau sekata.
4. Angkat dan sedia dinikmati.
Petang-petang begini memang sedap kalau dapat menikmati sepinggan Cucur Bilis panas-panas. Cicah pula dengan sos, memang berselera. Menerusi perkongsian saudari Rosni Musa, beliau kongsikan petua yang diajar oleh ibu mertua untuk menghasilkan cucur atau jemput-jemput yang rangup diluar dan lembut di dalam. Ikut car ani, adunan pun jadi sempurna. Tidak terlalu lembik dan tidak keras. Barulah cucur bila digoreng, elok bentuknya. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
1. Masukkan tepung, bawang besar, cili besar dan ikan bilis ke dalam mangkuk.
2. Kacau sekata bahan-bahan tadi.
3. Kemudian masukkan pula air panas. Kacau laju supaya semua bahan sebati.
4. Sampai adunan jadi macam ni.
5. Tambah lagi air sejuk dan adun sekata. Tekstur adunan akan jadi sempurna. Tidak lembik sangat dan tidak terlalu keras.
6. Panaskan minyak dengan menggunakan api sederhana perlahan. Jemputkan adunan ke dalam minyak.
7. Goreng seketika. Bila adunan cucur sudah sedikit keras, sentiasa balik-balikkan agar masak sekata.
8. Bila cucur sudah nampak garing, angkat dan toskan minyaknya.
9. Hidangkan untuk keluarga. Enak dimakan bersama sos.
PETUA: Mak mentua ajar kalau nak membuat cucur yang rangup di luar dan lembut di dalam, bancuhan pertama kena guna air panas menggelegak. Selebihnya barulah guna air sejuk biasa. Adunan pula tak lembik dan tak keras sangat baru menjadi cucur yang bulat dan tidak leper apabila digoreng. Selain itu, ikan bilis juga boleh diganti denga nisi udang.