Campurkan kedua-dua tepung + kuning telur + santan + gula ke dalam labu yang telah dilecek. Jika adunan lembik sangat tambah sedikit tepung. Adunan ni tak terlalu lembik.
Bubuh adunan 1 @ 2 sudu besar atas daun pisang. Masukkan inti kelapa di tengah-tengahnya. Letak lagi sesudu adunan untuk menutup inti. Kemudian bungkus.
Kukus sampai masak. Anggaran 15-20 minit atau hingga lepat masak sepenuhnya. Siap!! Mudah kan?
Ads
Nota: Kalau nak guna tepung gandum sahaja pun boleh. Adunan jangan terlalu kental atau lembik. Saya tak letak pewarna kuning kerana warna kuning asli daripada buah labu.
Selepas meneliti resipi dan video yang disediakan oleh Nurul Jannah di facebook Rasa Share Resipi, memang agak lama proses membuat apam lenggang.
Rendam beras 10 jam. Selepas itu, proses penapaian pula ambil masa semalaman. Boleh tahan lama.
Namun, sangat berbaloi kerana sangat sedap rasa apam lenggang ini. Lemak manis dan rangup di tepi apam memang sedap!
Jom cuba!
APAM LENGGANG (THENGAI PAAL APPAM)
BAHAN APAM
3 pot beras
1sb urad dhal
1/2sk halba
air suam secukupnya
air kelapa secukupnya
1 mangkuk kelapa parut muda
1 mangkuk nasi sejuk
2 sudu besar gula pasir
Garam secukupnya
BAHAN KUAH SANTAN
1 biji kelapa parut putih
3 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Kuah santan
CARA MEMBUAT
1. Elak guna beras basmathi. Guna beras biasa saja. Basuh beras dan toskan airnya. Masukkan dalam bekas besar.
2. Masukkan kacang urad dhal, halba dan air. Rendam selama 10 jam.
3. Selepas 10 jam, toskan air rendaman tadi.
4. Masukkan air kelapa, kelapa parut, nasi sejuk dan gula. Gaul rata.
5. Masukkan adunan tadi dalam pengisar. Kisarkan sehingga betul-betul halus. Masukkan dalam bekas besar yang lain.
6. Taburkan sedikit garam dalam adunan yang telah dikisar halus tadi.
7. Gaul rata adunan menggunakan tangan supaya proses penapaian lebih mudah berlaku.
8. Tutup adunan ini dan simpan semalaman.
9. Adunan akan jadi pekat. Gunakan senduk, gaul sebati adunan tadi.
10. Untuk kuah santan, kisar kelapa parut sehingga halus. Perah dan tapiskan santannya.
11. Masukkan gula dan garam dalam santan. Gaul rata. Masak santan dengan api perlahan. Tak perlu sampai mendidih. Cukup setakat panas sahaja.
12. Panaskan kuali. Letakkan sesenduk bancuhan beras. Lenggangkan menjadi bentuk bulat. Tutup kuali. Apabila sudah masak, angkat.
13. Ulangi sehingga bancuhan habis.
14. Siap!
Apam lenggangApam lenggang dimakan bersama kuah santan.
Kalau korang biasa makan dangai bakar, boleh cuba buat dangai kukus ni. Mak oii. Memang sedap rupanya.
Dangai kukus Bahan-bahan: 3 cawan kelapa parut putih saja.Kalau dapat yang agak muda lagi sedap. 1 cawan tepung pulut 1/2 cawan gula halus Secubit garam
Cara memasak: 1.Gaul sebati. 2.Masuk dalam acuan lompang. Buat lubang sikit. Boleh letak coklat ataupun gula melaka.Kukus 10 minit.