Lepat Labu Inti Kelapa, Rasanya Tak Kurang Sedapnya

Share

Lepat labu inti kelapa ini memang sedap. Kelapa parut membuatkan lepat labu itu rasa bertambah sedap bila dimakan.

Sesuai untuk dimakan ketika minum petang atau pun sarapan. Tak kisah. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Ezniza M Salim ini. Gerenti jadi.

LEPAT LABU INTI KELAPA

Bahan-bahan:

500 gram labu kuning (kukus dan lecek)

1 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini

1 cawan tepung tepung beras – boleh beli online di sini

1/2 cawan pati santan

1 biji kuning telur (optional)

1sudu teh garam atau secukupnya – boleh beli online di sini

Gula secukup rasa ( seeloknya brown sugar ) – boleh beli online di sini

Kelapa parut + garam ( untuk inti )

Daun pisang (dilayurkan dulu)

Cara Memasak:

Campurkan kedua-dua tepung + kuning telur + santan + gula ke dalam labu yang telah dilecek. Jika adunan lembik sangat tambah sedikit tepung. Adunan ni tak terlalu lembik.

Bubuh adunan 1 @ 2 sudu besar atas daun pisang. Masukkan inti kelapa di tengah-tengahnya. Letak lagi sesudu adunan untuk menutup inti. Kemudian bungkus.

Kukus sampai masak. Anggaran 15-20 minit atau hingga lepat masak sepenuhnya. Siap!! Mudah kan?

Nota: Kalau nak guna tepung gandum sahaja pun boleh. Adunan jangan terlalu kental atau lembik. Saya tak letak pewarna kuning kerana warna kuning asli daripada buah labu.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

Published by
Nurul Azwa