Kuih lepat ni memang tak pernah jemu makan. Guna pisang emas lagi enak rasanya.Makan pula panas-panas gerenti tak cukup satu.
Lepat Pisang Emas
Bahan-bahan:
20 biji pisang emas
2 1/2 cawan kecil tepung gandum
4 sudu besar gula pasir
1 ketul kecil gula Melaka
2 helai daun pandan
ketiga bahan dimasak dengan secawan air
1 sudu kecil garam
1 kotak kecil santan
1 sudu besar minyak masak
Cara membuat:
1.Lenyek pisang dan masukkan semua bahan.
2.Balut di dalam daun pisang yang telah dilayur.
3.Kukus sehingga 20 minit api sederhana.
Kredit: Noriza Awang Hamat