Lepat pisang inti kelapa ini menggabungkan rasa manis dan lemak yang sedap. Tak cukup makan satu. Boleh masak malam untuk sarapan esok pagi. Mudah kan? Boleh bawa bekal ke tempat kerja juga.
Ini satu lagi kuih-muih tradisi orang dulu-dulu. Tapi ia masih lagi popular zaman sekarang. Nak cuba buat sendiri? Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Eniza M. Salim ini.
Orang selalu beranggapan kuih tradisional ini susah dan renyah nak buat. Tapi sebenarnya nampak je susah tapi taklah susah sangat nak membuatnya.
Selain itu, bila masak sendiri, lagi puas hati. Boleh tambah lebih inti kelapanya baig yang suka inti. Kadang yang beli intinya sikit je. Tak puas makan. Betul tak?
3 cawan pisang emas/ berangan
1 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
3 sudu besar gula – boleh beli online di sini
Daun pisang secukupnya (dilayur dulu)
Kelapa putih parut
Dalam masa yang sama, sediakan periuk pengukus ye. Kemudian sudukan di atas daun pisang yang telah dilayur terlebih dahulu. Ratakan sedikit. Letakkan inti kelapa yang telah digaul dengan secubit garam dan lipat bungkusan lepat kemas-kemas.
Ulangi langkah hingga habis. Kukus selama 25 minit hingga masak. Siap.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official