Lepat Ubi Leleh perkongsian saudari Rozita Daud ni. Sekali pandang seakan Kuih Koci tapi sebenarnya bukan. Lemak manis, memang sangat enak.
Bahan-bahannya juga cukup ringkas. Bagi anda yang gemar makan kuih muih tradisional, resipi ini tentunya anda harus cuba
Jom buat Kuih Lepat Ubi Leleh ni untuk keluarga. Pasti berselera.
CARA MEMBUAT KUIH LEPAT UBI LELEH
BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu – diparut dan diperah air ubi
1 kotak santan (200ml) – beli online disini
2 sudu makan tepung ubi kayu – beli online disini
Sedikit garam
1 senduk gula merah – beli online disini
½ senduk gula pasir
1 cawan air
BAHAN DADIH / KEPALA SANTAN:
1 cawan tepung beras – beli online disini
1 sudu kecil garam
1 kotak santan + air = pastikan campuran santan & air dapat 5 cawan. Jangan lebih
CARA MEMASAK:
1.Masak gula merah dan gula pasir bersama air hingga gula larut dan mendidih.
2. Bila air gula sudah sejuk, masuk dalam bekas berisi ubi yang telah diperah.
3.Masukkan juga tepung ubi dan santan. Letak sedikit garam dan gaul. Adunan mestilah lembab supaya nanti bila dikukus, tekstur Lepat Ubi tidak keras.
4.Ambil acuan lompang dan sapu sedikit minyak. Ia membantu menjadikan kuih lembab.
5.Kukus kuih hingga masak.
6. Untuk memasak dadih leleh @ kepala santan, satukan semua bahan dan sebatikan.
7.Kemudian hidupkan api perlahan dan kacau sampai santan pekat dan meletup-letup kecil. Padamkan api.
8. Masukkan ubi lepat yang dimasak tadi ke dalam santan. Salut hingga rata.
9. Ambil seketul dan letak atas daun pisang. Bungkus dengan kemas.
10. Lepat Ubi Leleh sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Rozita Daud
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official