Lesung batu yang baru dibeli mungkin nampak bersih tapi sebenarnya ada kotoran yang melekat ketika proses pembuatannya.
Biasanya kita akan bersihkan menggunakan sabun sebelum diguna. Namun begitu ini bukanlah cara terbaik untuk memastikan alat penumbuk tradisional ini benar bersih. Ada cara yang perlu kita lakukan agar lesung batu baru ini bebas daripada kotoran, serbuk atau serpihan batu.
Salah satu cara yang mudah adalah menggunakan beras. Boleh lakukan langkah berikut sebelum menggunakannya kali pertama
Ads
Cara bersihkan lesung batu baru
1. Rendam lesung batu dengan air paip semalaman.
2. Keesokan harinya keluarkannya dari air rendaman. Ambil satu sudu beras dan tumbuk menggunakan lesung yang masih basah.
3. Tumbuk, lenyek, gesek beras menggunakan alu hingga kena semua bahagian dalam lesung. Tumbuk hingga beras hancur.
4. Selepas beras lumat kita akan dapati beras bertukar warna menjadi seakan warna lesung menandakan kotoran, serbuk batu yang ada pada permukaan dalam lesung sudah keluar.
Ads
5. Kemudian boleh bersih, bilas lesung batu dan ia sudah sedia untuk digunakan.
Tip ekstra
Cara pilih lesung batu yang elok
Ads
Pilih lesung yang bentuknya dalam
Alunya besar atau berat
Diperbuat daripada batu bukan marble
Selepas guna terus cuci supaya kotoran tak melekat, tak perlu guna sabun pun kerana air sabun boleh diserap dalam batu lesung.
Alamak! Susahnya nak buka penutup botol rempah ni, bila nak cepat ada je halangannya. Tangan pulak basah aduhai…. Anda pernah alami situasi sebegini? Jangan panik mahupun naik angin. Ini empat cara mudah tangani masalah penutup botol ketat.
Celup dalam air panas : Rebus air hingga mendidih kemudian celupkan bahagian penutup botol yang ketat ke dalam air panas untuk seketika. Kepanasan air mendidih itu boleh memberi tekanan udara di dalam botol dan hasilnya penutup botol boleh dibuka dengan mudah.
Guna sarung tangan plastik: Jika anda ada simpanan sarung tangan getah di rumah untuk kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk, kerja anda lebih mudah. Sebabnya sarung tangan plastk sifatnya kasar dan lebih mudah memberikan tekanan pada penutup botol dan akhirnya anda boleh membuka penutup botol dengan mudah.
Guna pengering rambut: Ini idea lebih kreatif. Udara panas yang dikeluarkan oleh pengering rambut membantu melonggarkan penutup botol, selepas beberapa minit penutup botol boleh dibuan dengan mudah.
Ketuk-ketuk bahagian bawah botol : Jika malas untuk ikut ketiga-tiga cara di atas, cuba ketuk dengaan tapak tangan bahagian bawah botol untuk memberi tekanan pada penutup botol supaya lebih mudah dibuka penutupnya. Tapi cara ini ambil masa sikit.
Macam mana, senangkan? Harap dengan perkongsian empat tip membuka penutup botol ini membantu memudahkan kerja-kerja anda di dapur.
Bawang goreng memang sedap lebih-lebih lagi jika ditambah dalam masakan bersup. Malah kalau buat sendiri secara homemade, lagi enak. Terasa kemanisannya. Ratah macam tu je pun sudah membuka selera. Memang ada yang jual bawang goreng readymade namun rasanya kurang memuaskan hati. Nak cuba buat sendiri? Ini cara-caranya untuk menghasilkan bawang goreng homemade yang sedap, rangup dan tahan lama. Puan-puan boleh cuba.
PANDUAN MASAK BAWANG GORENG YANG SEMPURNA
1. Kupas bawang. Kemudian direndam di dalam air garam selama 10 minit.
2. Bilas bersih sebelum dihiris nipis.
3. Masukkan tepung gandum ke dalam hirisan bawang dan gaul rata.
4. Goreng bawang atas api sederhana sehingga garing.
5. Kemudian simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama dan lebih wangi dan rangup.
INFO CHEF: Untuk hasil bawang goreng yang terbaik, pilih bawang merah yang berkualiti dan tidak layu. Selain itu, sebaik-baik bawang merah yang sesuai digoreng adalah yang bersaiz sederhana.
Kerak dalam cawan ini selalu ada pada cawan atau mug yang selalu digunakan di rumah. Boleh jadi kesan dari kopi atau teh yang kita tuang di dalamnya.
Kadang-kadang cawan di restoren pun ada yang begini sehingga kita rasa geli bila melihatnya selesai minum. Kesan ini walaupun kita sental memang sukar ditanggalkan. Sebab itu ada yang terus buang saja cawan yang ada kerak begini.
Namun sebenarnya ada petua mudah untuk menghilangkan kesan kotoran ini. Ia hanya perlu direndam dengan tiga bahan dapur saja untuk membersihkannya.
Cara hilangkan kesan kerak degil dalam cawan
Bahan-bahan diperlukan
1. Baking soda
2. Cuka
3. Pencuci pinggan mangkuk
Ini langkahnya
1. Masukkan 1 sudu baking soda ke dalam bekas yang kotor.
2. Tuang 2 sudu cuka ke dalam bekas yang kotor.
3. Isikan sedikit pencuci pinggan mangkuk.
4. Tambahkan dengan air panas/air suam dan kacau sebati
5. Biarkan selama 10 minit
6. Selepas itu cuci cawan/mug itu dengan menggunakan span pencuci pinggan.
TIP: Bagi kotoran yang terlalu degil, rendam cawan/mug anda semalaman bersama baking soda dan cuka.
Sardin dalam tin selalunya kita masak sambal, digoreng atau dijadikan kari. Tapi selepas ini boleh tambah satu lagi menu sardin, boleh cuba buat sardin masak kicap pedas pula.