Letak Sikit Jus Ini Kalau Buat Ayam Buttermilk, Barulah Rasanya Jadi Makin Sedap

Share

Ayam buttermilk ini antara lauk yang mudah dibuat dan anak-anak pun suka. Tapi nak dapatkan rasa yang lebih sedap sampai kuahnya licin dikaup boleh guna tip yang dikongsi oleh Ila Najwa.

Menggunakan sedikit jus, ujarnya hasil ayam buttermilk ini akan jadi cukup rasa dan confirm akan ada permintaan untuk buat lauk ini lagi.

Tip masak ayam buttermilk rasa lagi sedap

 

Bahan-bahan

-Ayam bahagian dada- dipotong kecil
-Tepung serba guna -apa jua jenama untuk salutan
-Mentega
-Bawang putih -dicincang
-Cili api -dicincang
-Daun kari
-Susu cair
-Sedikit jus lemon

 

Cara membuat:

1. Gaul ayam yang dipotong tadi dengan tepung serba guna. Boleh juga gaul sekali dengan kunyit.

2. Goreng ayam hingga masak dan tos.

 

3. Panaskan kuali, masukkan mentega secukupnya untuk menumis.

4. Bila mentega dah cair, masukkan bawang putih dan tumis hingga garing. Selepas itu baru masukkan cili api dan daun kari.

 

5. Bila semua bahan dah garing, masukkan ayam yang digoreng tadi. Ada yang buat kuah dulu baru masukkan ayam. Tapi cara saya masukkan ayam dulu.

6. Seterusnya masukkan susu cair. Kuantiti terpulang, jika nak kuah banyak lebihkan susu dan sebaliknya. Tapi kuah banyak baru sedap.

 

7. Biarkan kuah mendidih. Sebelum tutup api, masukkan sesudu kecil perahan jus lemon. Sikit saja ya. Inilah tip supaya ayam buttermilk makin sedap. Kuahnya ada rasa lemak, manis, masam dan pedas. Kemudian kacau dan boleh tutup api.

 

Siap!

 

Selamat mencuba

Sumber: Ila Najwa

 

Published by
Rose