IKLAN

Sedap makan lidah lembu. Selain dibuat sup, salah satu cara menyediakan hidangan berasaskan lidah lembu adalah dibakar. Kemudian dimakan dengan cara dicecah pada air asam. Memang sedap. RASA berikan resipinya untuk anda cuba sendiri di rumah.

 

LIDAH LEMBU BAKAR & AIR ASAM

IKLAN

BAHAN PERAP
1 kg lidah lembu | potong 3
3 cm kunyit hidup | atau 2 sudu besar serbuk kunyit
Garam | jika perlu

CARA MEMBUAT
1. Letakkan lidah lembu dalam bekas. Taburkan kunyit dan garam.
2. Perap seketika.
3. Panaskan kuali dan letakkan lidah lembu di atasnya.
4. Balik-balikkan sehingga masak.

BAHAN AIR ASAM (KISAR HALUS)
2 ulas bawang merah
3 tangkai cili padi merah
2 tangkai cili padi hijau
2 tangkai cili merah besar
2 sudu besar asam jawa | bancuh dengan 1/2 cawan air masak
Sedikit belacan | dibakar
3 sudu besar gula

BAHAN AIR ASAM (HIRIS)
1 labu bawang besar | dipotong dadu
1 biji tomato | dipotong dadu
2 tangkai cili padi hijau | hiris halus

CARA MEMBUAT AIR ASAM
1. Masukkan bahan hiris ke dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan kisar halus ke dalam mangkuk tadi.
3. Kacau sehingga sebati. Sedia dinikmati dengan lidah lembu bakar.

Selamat mencuba!