Masakan panas memang menjadi kegemaran ramai terutamanya bila tiba waktu makan malam. Sajiannya tidak terlalu berat namun sangat sedap dan membuka selera. Bagi anda yang tercari-cari idea hidangan makan malam terbaik yang mudah dan sedap, seleksi menu hidangan makan malam gaya gerai masakan panas perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni boleh dicuba.

 

KOLEKSI RESIPI SAJIAN MAKAN MALAM MUDAH & SEDAP

 

1. KUETIAU KUNGFU

Lima Menu Makan Malam Inspirasi Gerai Masakan Panas Paling Sedap.

BAHAN A:

  • 1 cawan kuetiau
  • 1 biji telur
  • Garam dan serbuk lada sulah secukupnya

BAHAN B:

  • 3 ulas bawang putih – ketuk
  • 100gm isi ayam
  • 2 ekor sotong – hiris
  • 3-4 ekor udang
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • Secubit serbuk lada hitam
  • Sedikit serbuk rempah sup
  • 1 gelas air
  • Sedikit hirisan bunga kubis
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • Sedikit hirisan sayur kalian
  • 2 sudu makan putih telur
  • 1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 5 sudu makan air
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Bilas kuetiau dengan air panas. Toskan dan masukkan ke dalam pinggan.
  2. Pecahkan 1 biji telur dan perasakan dengan secubit garam serta lada sulah. Gaul sebati.
  3. Panaskan minyak masak dan goreng kuetiau tadi hingga garing. Angkat.
  4. Untuk kuah, tumis bawang putih guna lebihan minyak menggoreng kuetiau tadi hingga wangi.
  5. Masukkan isi ayam. Goreng seketika. Kemudian masukkan sotong.
  6. Tambah serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Tambahkan juga serbuk rempah sup. Kacau sebati.
  7. Masukkan air dan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut. Boleh masukkan udang jika suka.
  8. Tuang air bancuhan tepung jagung dengan secukupnya. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  9. Bila rasa sudah cukup, tuang putih telur dan kacau laju.
  10. Masukkan kalian dan lobak merah. Biar seketika.
  11. Padam api dan tuang dalam pinggan berisi kuetiau. Sedia untuk dinikmati.

 

2. MAGGI KARI TOMYAM

Lima Menu Makan Malam Inspirasi Gerai Masakan Panas Paling Sedap.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus mi segera perisa kari
  • 1 keping kecil isi ayam – hiris
  • 1 ekor sotong – hiris
  • 3-4 ekor udang
  • 1 sudu makan pes tomyam
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit bunga kubis
  • Sedikit sayur kalian
  • 3 biji cendawan butang – hiris
  • 1/2 biji tomato – hiris
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk
  • 1/4 biji bawang holland – hiris
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 batang serai – dipotong tiga
  • 1 hiris lengkuas
  • 1 hiris nipis halia
  • 2 biji cili padi

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang holland, daun limau purut, serai, halia, lengkuas dan cili padi hingga wangi dan keperangan.
  2. Bila sudah naik bau, masukkan hirisan isi ayam. Tambahkan juga pes tomyam.
  3. Masukkan air dan juga perencah mi segera. Kacau rata.
  4. Untuk memekatkan kuah, tuang sos cili dan sos tiram. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
  5. Kemudian masukkan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut.
  6. Tambahkan juga hirisan cendawan, kalian dan juga tomato.
  7. Masukkan hirisan sotong, udang dan juga mi segera.
  8. Masak sekitar 1-2 minit hingga mi lembut.
  9. Sedia untuk dinikmati.

 

3. MAGGI GORENG SEAFOOD

Lima Menu Makan Malam Inspirasi Gerai Masakan Panas Paling Sedap.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus mi segera perisa kari
  • 1 biji bawang merah (saiz syiling 10 sen) – tumbuk
  • 1 ulas bawang putih – tumbuk
  • 2 biji cili padi – tumbuk
  • 1/2 sudu teh cili boh @ cili kisar
  • 3-4 ekor udang
  • 1 ekor sotong – hiris bulat
  • Sedikit hirisan kek ikan @ fishcake
  • 1 sudu makan kicap sotong
  • 2 sudu makan kicap lemak manis
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1/2 sudu teh sos tiram
  • 1/2 sudu makan gula
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit hirisan kubis
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • Sedikit sawi
  • Tauge secukupnya
  • Cili padi – hiris

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air. Celur sebungkus mi segera dalam dua hingga tiga minit. Toskan.
  2. Kemudian rebus sekejap udang. Kupas kulitnya.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
  4. Masukkan cili boh atau cili kisar. Kemudian tuang sepaket rencah kari mi segera tadi.
  5. Kemudian masukkan sotong yang telah dihiris bulat dan dibuang kulit. Untuk tambahan, boleh masukkan sedikit hirisan kek ikan.
  6. Tambahkan kicap sotong, kicap lemak manis, sos cili, sos tiram dan gula sebagai perasa. Gaul sebati.
  7. Tuang 1/2 cawan kecil air dan masukkan hirisan kubis dan lobak merah. Bila kubis layu, masukkan sawi, tauge dan cili padi.
  8. Masukkan mi segera yang telah dicelur tadi. Biarkan sebati dengan kuah. Kacau sehingga sedikit kering.
  9. Tutup api selepas mi segera goreng masak dengan sempurna. Nikmati segera.

 

4. MI BERKUAH

Lima Menu Makan Malam Inspirasi Gerai Masakan Panas Paling Sedap.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1/2 paket mi kuning – lalukan di bawah air terlebih dahulu
  • Isi dan kaki ayam secukupnya – jika suka
  • 4 ulas bawang putih – ketuk
  • 1/2 biji bawang holland – hiris
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 5 cawan air
  • Hirisan fishcake dan fishball secukupnya
  • Sedikit hirisan kubis, lobak merah, tomato, sawi & cili merah
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih, bawang holland dan serbuk lada hitam hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam dan kaki ayam. Gaul rata.
  3. Tambahkan air dan biar hingga kaki ayam empuk. Jika perlu, tambah air dengan secukupnya.
  4. Masukkan hirisan fishcake dan fishball. Masukkan juga hirisan kubis.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
  6. Seterusnya masukkan mi. Biar hingga urat mi menjadi kembang.
  7. Tambahkan sayur-sayuran yang lain dan padamkan api.
  8. Sedia dinikmati bersama sos cilia tau sambal kicap sebagai penambah rasa.

 

5. MI GORENG KETAGIH

Lima Menu Makan Malam Inspirasi Gerai Masakan Panas Paling Sedap.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 paket mi kuning – basuh dan tos
  • 1 keping isi ayam – hiris
  • 1 ekor sotong – hiris
  • Udang secukupnya
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 5 sudu makan kicap lemak manis
  • 5 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan kicap sotong
  • 4 sudu makan sos cili
  • Hirisan sawi, tauge dan cili merah secukupnya

BAHAN TUMBUK:

  • 2 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi merah

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sehingga wangi bahan tumbuk tadi.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang dihiris nipis serta lebar. Gorenmg seketika.
3. Kemudian masukkan kicap pekat, kicap lemak manis, kicap cair, kicap sotong dan sos cili.
4. Masukkan pula hirisan sotong dan tambahkan air.
5. Seterusnya masukkan mi ke dalam kuali. Gaul hingga sebati.
6. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
7. Setelah urat mi menjadi lembut, masukkan udang. Selepas seminit dua, pecahkan telur. Gaul sebati.
(Pastikan ada baki kuah dalam mi. Jika kering, masukkan sedikit air lagi sebelum dipecahkan telur)
8. Masukkan sawi, tauge dan hirisan cili merah. Kacau seminit sebelum ditutup api.
9. Mi Goreng sedia untuk dihidangkan. Nikmati bersama sambal cili, keropok ikan dan sedikit perahan jus limau nipis untuk rasa lebih enak.

IKLAN

 

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

 

Nak cari aneka HOME APPLIANCES yang terbaik & ‘value for money’? Boleh dapatkan DISINI.

 

Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:

Resipi Bihun Sup Mudah & Sedap. Ini Cara Membuatnya.

Koleksi Resipi Donut Gebu Popular, Dapat Ribuan Share Di FB.

Tomyam Sayur Thai. Resipi Istimewa Yang Sangat Sedap.

Koleksi Resipi Kek Lama Paling Popular & Digemari Ramai.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI