Udang galah  adalah salah satu spesis udang yang begitu popular dalam masyarakat kita. Kepalanya besar dan dagingnya agak kenyal. Ia adalah udang air tawar dan memang sangat sedap kalau dibuat rendang. Namun lain orang, lain cara membuatnya. Kami kongsikan 4 resipi rendang yang boleh dicuba.

Lima Rendang Udang Galah Yang Super Sedap. Makan Dengan Pulut Kuning Pun Layan.

  1. RENDANG CILI PADI UDANG GALAH

BAHAN-BAHAN:

  • 8 ekor udang galah saiz besar | perap seketika dengan perahan lemon dan sedikit garam.  cuci bersih dan toskan
  • 4 sudu besar kerisek
  • 2 cawan pati santan
  • 1 keping asam gelugur
  • 1/2 cawan minyak
  • perencah Maggi Cukup Rasa / garam / gula
  • 1 helai daun kunyit – hiris halusBAHAN KISAR
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji bawang merah
  • 2 labu bawang besar
  • 30 biji cili padi hijau
  • 2 batang lengkuas – hiris-hiris
  • 2 cm lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana hingga pecah minyak.
  2. Masukkan pati santan, asam gelugur dan  kerisek.
  3. Setelah mendidih, masukkan udang galah dan gaul rata.
  4. Apabila kuah mulai memekat, tambahkan hirisan daun kunyit,
  5. Jika suka boleh perasakan dengan perencah Maggi Cukup Rasa atau perasa pilihan lain.
  6. Padamkan api dapur.

Kredit Resipi & Gambar: Aimi’s Little Kitchen

Ads

Lima Rendang Udang Galah Yang Super Sedap. Makan Dengan Pulut Kuning Pun Layan.

2. RENDANG UDANG GALAH  CILI GILING

BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg udang galah  |sederhana besar
  • 50 gram serbuk kunyit
  • 100 gram bawang merah
  • 30 gram bawang putih|dikisar
  • 50 gram buah keras | dikisar
  • 2 batang serai |dikisar
  • 30 gram halia |dikisar
  • 20 gram lengkuas |dikisar
  • 20 gram kunyit hidup |dikisar
  • 10 gram cili giling
  • 2 biji santan pekat
  • 50 ml air asam jawa
  • 3 helai daun kunyit |dihiris halus
  • Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
  1. Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.
  2. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengancili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.
  3. Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
  4. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.

Kredit Resipi: Puteri Zulaika

Lima Rendang Udang Galah Yang Super Sedap. Makan Dengan Pulut Kuning Pun Layan.
3. RENDANG UDANG GALAH 3

BAHAN-BAHAN:

  • 700grm udang galah (nak guna udang lain pun boleh) |dibersihkan
  • 2 helai daun kunyit (jika daun besar guna 1 helai pun ok) | dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 keping asam keping / asam gelugor
  • 4 sudu besar kerisik
  • 1 biji kelapa akan dapat lebih kurang 1 setengah cawan santan
  • 4 sudu besar cili kisar / cili boh |jika ingin pedas boleh tambah lagi
  • Garam & gula secukupnyaBAHAN KISAR:
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup (cik kuali guna serbuk kunyit)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Udang dibersihkan. Cik kuali guntingkan sedikit muncung depannya & dicuci bersih. Ketepikan seketika udang.
  2. Kisarkan semua bahan-bahan kisar hingga halus.
  3. Panaskan minyak dalam kuali . Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar & cili boh hingga naik bau / pecah minyak.
  4. Tambahkan santan, asam keping, daun limau purut, kerisik, garam & gula secukup rasa. Masakkan kesemuanya dengan api sederhana.
  5. Bila sudah mendidih masukkan udang. Kacau hingga sebati semuanya. Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit.
  6. Rasa & masak hingga kuah agak pekat. Cik kuali suka berkuah sedikit tidak terlalu pekat sangat. Terpulang pada kehendak masing-masing.
  7. Jika ok, padamkan api & hidangkan

Kredit Resipi: hanguskualisaya.blogspot

Lima Rendang Udang Galah Yang Super Sedap. Makan Dengan Pulut Kuning Pun Layan.

4. RENDANG UDANG GALAH PERAK

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 600 gm udang galah
  • 3 batang serai
  • 2 helai daun kunyit
  • 20 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 cawan santan pekat dari 2 biji kelapa
  • setengah cawan kerisik
  • garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan udang, buang tahi, kepala dan potong janggut. Kisar serai, cili, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.
  2. Campurkan bahan dikisar bersama udang. Lepas itu masukkan 3 cawan santan, asam gelugur dan garam.
  3.  Lepas menggelegak, masukkan kerisik dan daun kunyit yang dihiris dan biar hingga naik minyak.
  4. Perlahankan api, biarkan kering sedikit dan siap untuk dihidangkan.

Lima Rendang Udang Galah Yang Super Sedap. Makan Dengan Pulut Kuning Pun Layan.

5. RENDANG UDANG GALAH MUDAH.

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg udang galah segar
  • 4 btg serai
  • 5 helai daun kunyit | dihiris
  • 10 biji bawang merah |dihiris
  • 1 inci halia| dihiris
  • 1 cawan kelapa parut
  • 3 sudu makan cili kisar (Mengikut kepedasan masing2).
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 kg santan pekat.

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali dan reneh sehingga kuah pekat dan sedikit kering.  Gunakan api perlahan.
  2. Masukkan garam secukup rasa serta 1 keping asam keping.
  3. Kacau rata, sesuaikan rasa dan angkat. Siap sedia utk dihidang

Kredit Resipi &Gambar: Zainuddin Ramli

Sumber gambar: Google

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI