Siapa jer yang tak kenal dengan selebriti popular Sheila Rusly, bukan sekadar hebat sebagai pelakon tetapi juga hebat memasak di dapur. Banyak rancangan memasak yang telah Sheila Rusly kendalikan dan tak kurang hebat buku masakan Ketuk-Ketuk Sheila Rusly pun sudah ada di pasaran keluaran Alaf 21.

Sheila Rusly dilihat selalu menaik muat pelbagai jenis resipi masakan diwaktu terluang jika tidak sibuk dengan shooting.

Lima Sebab Utama Jinggo Sayang Shiela Rusly. Masakan tu No.3, Jadi No.1 Apa?Lima Sebab Utama Jinggo Sayang Shiela Rusly. Masakan tu No.3, Jadi No.1 Apa?

Sheila Rusly dalam kehidupan Jinggo

1. Sheila akan menyediakan pakaian Jinggo apabila hendak ke mana-mana. Sheila amat mementingkan imej Jinggo sebagai seorang suami.

2. Anak-anak rapat dengan Sheila. Sebelum tidur mereka akan baring bawah ketiak Sheila. Kalau Jinggo tiada di rumah, Sheila akan menelefonnya jika dua heronya nakal.

IKLAN

3. Pakar masak, gelaran Jinggo untuk Sheila. Bagilah apa sahaja, mesti masakan itu menjadi dalam waktu yang singkat. Memasak adalah jiwa Sheila selain berlakon.

4. Sheila tegas dalam mendidik anak-anak. Jinggo pula seorang yang cool dan tidak beberapa kisah dengan perangai anak-anak. Disiplin amat penting dalam hidup Sheila.

5. Dekorasi dalaman rumah adalah cetusan idea Sheila. Jinggo hanya mengikut arahan memasang dan memaku.

6. Kalau ada lebih dari nombor satu tentang kebersihan, Sheila berhak menerimanya. Jelas Jinggo, Sheila terlalu detail.

IKLAN

Baru-baru ini kak Sheila telah memuat naik satu video resipi masakan Fettuccine Telur Masin untuk anaknya. Nampak menyelerakan. Jom cuba!

Fettuccine Telur Masin

Bahan:

  • Fettuccine (Rebus al dante)
  • Udang & sotong (goreng separately)
  • Telur masin (rebus ambik kuning jer)
  • Bawang putih
  • Cilipadi
  • Daun kari
  • Minyak
  • Butter
  • Kiub ayam maggi
  • Cili flakes
  • susu cair

Cara Memasak:

IKLAN
  1. Goreng dahulu udang dan sotong, kemudian ketepikan.
  2. Masukkan sedikit butter, bawang putih, cili padi dan daun kari, kacau sehingga naik bau.
  3. Masukkan kiub ayam maggi.
  4. Kemudian masukkan telur itik yang telah direbus (ambil kuningnya sahaja dan dihancurkan), tuang sedikit susu cair.
  5. Masukkan fettuccini yang siap direbus kedalam kuali, kemudian masukkan udang dan sotong yang telah goreng.
  6. Letakkan cili flakes(ikut tahap kepedasan yang disukai) dan gaul. Siap!

 

https://www.facebook.com/resipisheilarusly/videos/769047683280365/

 

Sumber: Resipi Sheila Rusly

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI