Limau asam boi bukan saja boleh dijadikan minuman yang sedap, tapi mungkin ramai tak tahu ia juga boleh dijadikan ramuan untuk menghilangkan masalah batuk.
Ia boleh dijadikan alternatif untuk merawat masalah batuk semula jadi tak reda walaupun ubat sudah habis dimakan. Petua ini dikongsi oleh Nor Hasnah Abdul Kadir
yang juga merupakan pesakit autoimmune.Selalu mengalami masalah batuk yang sukar kebah, namun inilah ramuan ubat batuk yang digunakan untuk meredakannya.
2 sudu makan madu
Air 3/4 balang
Limau kasturi dan asam boi sama banyak
Baca: Sebelum Makan Limau Mandarin Buat Satu Langkah Ini Untuk Elak Batuk & Sakit Tekak
1. Bancuh air madu isi dalam botol kaca atau plastik.
2. Belah 2 limau tapi jangan putus.
3. Perah jus limau ke dalam bancuhan air madu.
4. Isi asam boi dalam limau.
5. Isi limau ke dalam air madu tadi.
Sumber: Nor Hasnah Abdul Kadir