Linguine Vongole. Hidangan Pasta Istimewa Buat Penggemar Sajian Itali.

Share

Linguine Vongole ( pasta linguine bersama sos kepah). Kalau dekat oversea, sajian asalnya menggunakan arak (wine). Resipi ni dan diolah menggunakan bahan-bahan halal. Jadi, penggemar pasta bolehlah cuba.

LINGUINE VONGOLE

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm pasta linguine
  • 500gm kepah | dibersihkan
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu teh daun parsli | dicincang
  • 1/2 sudu teh emping cili
  • 4 sudu makan minyak zaitun
  • 10 ulas bawang putih | dihiris halus
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Rebus pasta linguine mengikut aturan yang tertera pada paket. Setelah masak, tos air dan ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumis hirisan bawang putih sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan kepah. Tumis lagi sehingga kepah separuh masak. Masukkan air dan biarkan mendidih dan kepah kelihatan masak sepenuhnya.
  4. Masukkan pasta linguine diikuti garam, serbuk lada hitam, daun parsli cincang dan emping cili dengan secukup rasa. Gaul hingga rata.
  5. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Pastikan kepah betul-betul masak sebelum digaul bersama pasta.

Published by
Nur