KUANTAN – Meskipun perniagaan Nasi Lemak Simple pernah ditutup kira-kira empat tahun lalu, namun sebaik dibuka semula ia masih mendapat sambutan menggalakkan.
Perniagaan Nasi Lemak Simple yang sebelum ini telah beroperasi selama 25 tahun dan popular di kalangan warga Kuantan, kembali dengan nama baharu Llan Nasi Lemak Simple sebagai langkah penjenamaan semula seiring kerancakan Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017.
Menurut peniaganya, Saiful Bahri Samuel, kemunculan Llan Nasi Lemak Simple itu mampu mengubat rindu penggemarnya untuk merasai keenakan masakan air tangan pengasasnya, Rusland Dol.
Katanya, beliau menjalankan perniagaan itu secara kongsi dengan Rusland yang lebih dikenali sebagai Pok Lan dan pemilik Restoran Santai, Ruslan Sulaiman Mat.
Ads
“Kami berniaga di beberapa lokasi sekitar bandar Kuantan termasuk Taman Esplanade yang dikenali sebagai Benteng dalam kalangan warga Kuantan sejak 1991.
“Sambutan amat menggalakkan. Orang ramai sanggup beratur panjang membeli nasi lemak ini sebab keenakan sambalnya, selain telur dan sambal bilis. Nasi yang kita jual tak mahal iaitu RM2.50 sebungkus dan turut dijual di Restoran Santai, Tanjung Lumpur,” katanya ketika ditemui di Dataran Teluk Chempedak di sini.
Menurut Saiful Bahri, mereka turu menyediakan perkhidmatan penghantaran nasi lemak itu kepada pelanggan yang membuat pesanan dalam kuantiti banyak.
Kata beliau, usaha menghidupkan kembali perniagaan nasi lemak dengan nama Llan Nasi Lemak Simple adalah sebagai langkah mereka menyumbang mempromosi TMP 2017.
Selain itu, ujarnya, kemunculan semula Llan Nasi Lemak Simple juga mampu mengubat rindu pelanggan tetapnya dan memberi peluang kepada orang ramai menikmati keenakannya.
“Berdasarkan maklum balas menerusi media sosial, ramai peminat nasi lemak ini termasuk dari luar Kuantan turut mencari dan rindu dengan masakan ini selepas penjualannya dihentikan pada 2013,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, jelas Saiful lagi, mereka turut melakukan sedikit pembaharuan terutama pada bungkusan yang digabungkan dengan kertas bercetak bagi tujuan pengiklanan, di samping daun pisang bagi memastikan keharumannya kekal.
“Kita turut mencetak logo TMP2017 pada bungkusan nasi itu sebagai tanda kerjasama kami dengan kerajaan negeri dan sedikit ruangan iklan kepada pihak yang berminat.
“Inilah sedikit perubahan yang kami lakukan dalam usaha menjadikan Llan Nasi Lemak Simple jenama francais terkemuka dan pada masa sama mewujudkan usahawan berjaya.
Ads
“Kami beri jaminan rasa dan keenakannya tetap sama seperti sebelum ini kerana kita kekal menggunakan resipi asal oleh Rusland,” katanya.
Saiful berkata, mereka turut mengadakan perbincangan dengan beberapa hotel untuk membekalkan Llan Nasi Lemak Simple dan tentunya dapat beri tarikan kepada pengunjung hotel berkenaan.
“Sekiranya ada acara di luar kawasan, kami turut menggunakan konsep perniagaan bergerak dengan menggunakan kereta Volkswagen Kombi yang sudah diubah suai sebagai tujuan promosi,” katanya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Selepas 22 tahun beroperasi dengan jayanya, Utara Coffee House di restoran di Hotel Armada bertukar dekorasinya dengan stail moden dan dikenali dengan nama ‘UTARA’. Bagi mempekenalkan wajah baru bagi di restoran ini, jemputan antaranya media dipelawa datang bagi menyaksikan dan merasai pengalaman makan di sini baru-baru ini.
Utara Entrance
Utara Entrance
Melangkah masuk ke ruang restoran Utara di Hotel Armada Petaling Jaya ini sungguh teruja dengan susun atur dan gaya hiasan moden yang ditampilkan. Ruang yang luas dapat memuatkan lebih kurang 200 orang tetamu untuk menikmati hidangan secara bufet. Bagi memenuhi kapasiti ruang bagi restoran , proses renovasi berjaya memberi ruang yang sempurna buat tetamu untuk menikmati hidangan. Kewujudan cermin yang luas memberi pandangan yang luas secara langsung dapat menikmati cahaya semualajadi dari luar.
Private Dining Room
Elemen konkrit dan kayu mendominasi ruang restoran. Bagi menyempurnakan gaya restoran, penggunaan Rose gold/brass dan kaunter marmar. Konsep terbuka di Utara memudahkan komunikasi antara staf dan tetamu.
Projek renovasi ini diketuai oleh Elizabeth Yap dari firma hiasan dalaman StudioN3m yang menampilkan dua bahagian baru pada restoran iaitu dapur terbuka di belakang restoran juga open café-bar di hadapan. Dengan konsep terbuka yang dicetuskan, tetamu berpeluang melihat bagaimana makanan disediakan.
Open Kitchen
Menurut Elizabeth apa yang diilhamkan di Utara bersifat timeless; di mana stail yang diterapkan elegan yang dapat disesuaikan untuk ruang dalaman hotel. Semestinya ia ringkas dan mudah diselenggara.
Walaupun Utara menerimakan pembaharuan rekaan dalaman, namun ia tidak menjejaskan rasa makanan yang dihidangkan. Menu signature tetap ada seperti biasa antaranya Nasi Lemak Utara, Roti Durian, Kari Kepala Ikan, Daging Masak Assam Pedas, Siput Sedut Masak Cili Padi dan Ketam Masak Berlada.
Bagi melengkapi menu sedia ada , Utara juga menambah menu baru iaitu Vegan. Set menu istimewa Vegan boleh ditempah tiga hari lebih awal. Bufet tengahari, High-Tea dan makan malam juga menampilkan sudut Vegan istimewa.
Restoran Utara dibuka dari 6.30am hingga 12am. Rasai pengalaman makan di sini dalam suasana serba moden.
Buah Berangan kalau makan masa suam-suam, memang sedap. Biasanya kalau di pasaraya atau pasar tani, ia dijual dalam bentuk yang sudah masak. Kalau lalu di RnR Genting Sempah, memang ralitlah melihat penjual Buah Berangan ni duk melambai-lambai.
Jarang sekali jumpa Buah Berangan yang dijual mentah apatah lagi melihat pokok asalnya. Menyedari keunikan tanaman ini, seorang pemuda melalui posting di laman sosial telah menjemput sahabat-sahabat alam maya untuk datang ke kebunnya bagi mengenali dan merasai sendiri pengalaman mengutip buah berangan.
Menurut Hafiyullah Afiqselaku pemilik kebun, pokok-pokok Berangan ini pada mulanya hanya ada beberapa pokok sahaja namun lama kelamaan ia makin membiak. Kini, beliau memilik 10 batang pokok yang sedang berbuah lebat.
Posting beliau di laman sosial mengenai pokok Buah Berangan yang berbuah lebat ini menarik perhatian ramai sehinggakan ada yang sangup turun dari Kuala Lumpur ke Kedah semata-mata mahu merasai sendiri keseronokan mengutip hasil hutan ini. Oleh yang demikian, sempena cuti umum hujung minggu nanti, beliau sekali lagi menjemput orang ramai untuk datang ke kebun.
Salam hormat. Tumpang lalu…Sekali lagi bersiaran atas permintaan rakan-rakan yang nak datang ke kebun Berangan saya di lokasi Lata Celak Kg Iboi Kupang, Baling Kedah Darul Aman. Saya ingin mempersilakan terutama tuan admin en Izham Alias dan akak-akak, makcik-makcik, mak-mak, toknek-toknek yang nak mai ke kebun saya yang tak seberapa ni. Berhajat nak tengok pokok Berangan sambil mengutip buahnya sekali, saya open. Buka pintu pagaq ni seluas-luasnya kepada group Rakan Kebun Bandar JTS FB pada hari yang mulia.
Nampak menarik kan? Tengoklah buahnya. Bergugus-gugus. Bagi anda yang nak tengok rupa pokok Buah Berangan dan rasai sendiri pengalaman mengutip buah ni, bolehlah hubungi pemiliknya dan berkunjung ke Lata Celak Kg, Iboi Kupang, Baling Kedah.
Santa Grand Signature Kuala Lumpur memperkenalkan “Menu Tradisi Peranakan Baba Nyonya”.
Menu promosi boleh didapati di ketiga-tiga restoran; Kopi Bar, Kapitan Café dan Sky Lounge dari 1 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Anda boleh mengunjungi Santa Grand Signature Kuala Lumpur untuk merasai resipi asli Nyonya yang dibawakan oleh Chef Tengku Abdul Hakim (Senior Sous Chef), Chef Nabilah Hanum (Chef De Partie) dan Chef Syafik (Demi Chef)
Menu Nyonya ini merangkumi kesegaran, kemanisan, masam dan pedas iaitu Assam Laksa, Mee Kari dan Peranakan Nyonya Laksa.
Selain hidangan istimewa ini, pengunjung juga boleh menikmati juadah Nyonya yang menjadi kegemaran ramai termasuk Cucur Udang, Nasi Goreng Nyonya dan banyak lagi.
Sehingga hari ini, Santa Grand Signature Kuala Lumpur mengekalkan kaedah memasak tradisional dan menggunakan bahan premium yang paling segar. Inilah yang benar-benar membezakan hotel ini daripada yang lain.Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi atau e-mel reservation@santagrandhotels.com.my.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira