
Sayur lobak merah antara yang selalu ada dalam peti sejuk kita. Tapi ada masa disebabkan lama tak masak yang awalnya segar jadi kecut dan lembik.
Bila dah jadi begini, ramai juga yang masuk dalam tong sampah sebab ingat dah tak boleh guna. Lepas ni kalau lobak merah dah jadi macam jangan buang tau sebab kita boleh segar semula dan guna kembali untuk memasak.

Nak segar dan keraskan kembali lobak merah ini pun mudah sangat. Tip ini dikongsi oleh Munirah Jamaluddin. Caranya;
1. Buang kulit lobak merah yang dah lembik dan potong beberapa bahagian.

2. Sediakan air dalam mangkuk, kemudian rendam dalam air.

3. Lobak merah akan kembali segar dan keras setelah direndam dan boleh digunakan dalam masakan.

@munirahjamaludin_ carrot dah lembik? Haaa.. jangan buang. Ni cara dia nak bagi fresh balik.. #tipsdapur #greatestmakanhits #fypシ ♬ Just the Two of Us LUVRS Remix – LUVRS
Selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Guna Beberapa Hiris Saja, Ini Cara Simpan Baki Lengkuas

Penggunaan lengkuas dalam masakan selalunya sedikit saja, hanya beberapa hiris. Tapi biasanya kita akan beli seketul besar. Selebihnya simpan dan selalu jadi sampai kecut dan tak boleh digunakan lagi. Membazir pula.
Supaya tak jadi lagi pembaziran lengkuas ini, elok kita praktikkan cara simpan yang betul agar lengkuas yang seketul itu tahan berbulan-bulan lamanya. Caranya dikongsi oleh Faizah Husain.
Petua simpan lengkuas agar tahan berbulan bulan
Lengkuas kegunaannya agak jarang juga tapi kalau tiada lengkuas tak sedap singgang dan rendang. Bau lengkuas kalau dalam singgang terus rasa nak ambik nasi.
Lengkuas yang jual di kedai biasanya seketul besar. Nak guna 5 atau 6 hiris saja. Jadi selebihnya simpan ikut cara ini.
1. Basuh kesan-kesan tanah terlebih dulu, buang kulit, hiris sampai habis dan basuh sekali lagi.
2. Susun hirisan lengkuas dalam bekas leper. Jangan bertindih atau sentuh satu sama lain. Simpan dalam peti beku hingga lengkuas keras macam air batu.
3. Kemudian keluarkan dari peti beku dan terus masukkan dalam bekas atau plastik ziplock. Masukkan cepat sebelum lengkuas berair.

Tujuan dibekukan supaya bila nak ambil untuk masuk dalam masakan lengkuas tak melekat satu sama lain. Tak perlu nak defrost semua padahal nak guna 3-4 keping saja.
4. Simpan semula dalam peti beku. Cara ini lengkuas tahan selamanya jika tak digunakan untuk memasak. Lebih mudah berbanding cara rendam dalam air dan kena tukar air selalu.
Semoga bermanfaat
Sumber: Faizah Husain
Hampas Kelapa Usah DiBuang, Cara Murah Cantikkan Diri

Kalau anda perasan, hampas kelapa banyak digunakan dalam produk kosmetik kerana manfaatnya yang boleh menghaluskan kulit, melembapkan kulit, mencerahkan kulit, menanggalkan kulit mati, meredakan masalah kegatalan kulit dan menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat.

.
Kali ni kami nak kongsi dengan anda petua untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dengan menggunakan hampas kelapa. Jom ikuti petua di bawah ini.
Okay, resipi yang cikgu nak berkongsi ini boleh digunakan sebagai scrub untuk muka dan seluruh badan.
SCRUB MUKA DAN BADAN

.
BAHAN-BAHANNYA;
• 7 sudu besar hampas kelapa
• Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit
• 2 sudu besar gula biasa atau gula perang
• 1 sudu besar garam halus
• 2 sudu tepung beras
*Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering.
Dah siap!
CARA GUNA :
1. Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan scrub muka atau badan
2. Kalau mahu kesan lebih power boleh perah sedikit air limau kasturi @ atau lemon dan scrublah di badan dan muka.
3. Amalkan seminggu 2-3 kali.
4. Lebihan scrub boleh simpan dalam peti. Boleh tahan dekat 2 minggu kalau tidak di campur air.
Selamat mencuba. In Sha Allah. Akan nampak perubahan ketara.
Sumber : Sarifa Redzuan II dan Abang Terlajak Laris
INFO TAMBAHAN :

.
MELEMBUTKAN DAN MELEMBABKAN KULIT
Masyarakat di Karibia serta Afrika memakai hampas kelapa bagi pembersihan badan yang berguna untuk detoksifikasi kulit.
Untuk orang yang kulitnya berminyak, hampas kelapa umumnya dipakai untuk pelembab bagi menghakis kandungan minyak yang berlebihan. Dan ia juga berguna dalam melembutkan kulit badan.
MELEMBABKAN RAMBUT KERING

.
Bukan sekadar kecantikan muka dan wajah, hampas kelapa juga dipercayai baik untuk penjagaan rawatan rambut kering. Dengan sapuan hampas kelapa pada rambut yang mengalami masalah kekeringan secara konsiten, rambut akan lebih berkilau dan subur cantik
Kredit : Che Aween
Kredit : Solehah Johari
Nak Dapur Nampak Sempurna Di Mata, Cara Ini Boleh Membantu

Dalam hal menyusun atur ruang dapur ramai yang berhadapan dengan masalah terutama dalam hal menyimpan kuali, periuk dan pinggan mangkuk. Sebolehnya kita inginkan kekemasan dan tidak semak mata dengan perletakkan yang tidak sempurna di sudut dapur. Bila semuanya teratur kerja masak pun mudah. Capai saja peralatan yang dikehendaki dengan pantas.
Terdapat berbagai cara untuk penyimpanan barang-barang dapur seperti kuali, periuk dan pinggan mangkuk. Berikut ialah beberapa cara untuk menyimpan barangan tersebut
- Kabinet dapur
- Rak terbuka
- Gantungan

Kabinet dapur – kabinet dapur adalah merupakan satu sistem di mana ruang-ruang penyimpanan peralatan ditutup dengan pintu kabinet. Sistem ini memberikan kelebihan di mana peralatan yang mungkin agak lama dan buruk dapat disorok dari pandangan mata. Ini sekaligus memberikan pandangan yang lebih kemas dan teratur pada sesebuah dapur.

Rak terbuka/para-para – rak terbuka atau para-para adalah satu sistem penyimpanan terbuka di mana perkakasan dapur di susun di atas rak kayu atau konkrit. Sistem ini mempunyai kelebihan jika kita mempunyai perkakasan yang menarik kerana ia dapat dilihat secara terus.
Jika dapur tersebut berkonsep tradisional misalnya, periuk belanga serta perkakasan tradisi boleh disusun dan menjadi satu feature di dalam dapur tersebut. Kelebihan utama bagi sistem penyimpanan begini ialah perkakasan dapur dapat dilihat secara terus dan ini memudahkan pemilihan dan pengambilan perkakasan yang ingin digunakan.

Gantungan – gantungan adalah merupakan para yang digantung pada bahagian siling dapur. Gantungan ini biasanya diletakkan di bahagian atas pulau iaitu di tengah-tengah dapur. Periuk bertangkai dan kuali digantung menggunakan penyangkut yang memberikan kesan rustic dan bersahaja.
Sistem sebegini biasanya sesuai untuk dapur yang berkonsepkan country. Di samping menjadi satu feature yang menarik, gantungan ini juga berperanan sebagai tempat pengeringan untuk perkakasan dapur.
Kredit gambar:123 royalty free
INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.
Ini Caranya Menjaga Blender Supaya Tahan Lama Dan Mudahkan Kerja Mengisar Makanan
Buat Sendiri Rak Barang Dapur Gaya Inggeris Guna Barang Kedai Eco.

